Cinta Awek & Pakwe - 13


BAB 13
HAMEEDAH terjaga dari lena bila telinganya menangkap satu bunyi. Dia yang baru sampai dari rumah kakaknya di Kota Tinggi petang tadi terlena di hadapan televisyen dek kepenantan melangkah dari jalan utama ke ruamh sewanya ini. Adalah dalam lima ratus meter jauhnya.
Sampai sahaja di rumah tadi, sudah pukul tujuh malam. Selesai mandi dan solat dia terus menempek bedak sejuk di wajah seperti kebiasaannya. Rakan-rakan serumahnya yang lain sudah meninggalkan rumah ini. Maklumlah sudah tamat belajar. Semua sudah kembali ke pangkuan mak dan ayah masing-masing selepas berpenat lelah memerah otak menuntut ilmu sepanjang tiga tahun di perantauan. Dia pula akan meninggalkan rumah sewa yang banyak meninggalkan kenangan manis ini lusa. Semua barang-barangnya sudah dibungkus. Tinggal berangkut sahaja.
Sekarang, hanya tinggal Didi Dania dan dia sahaja yang masih tertinggal di rumah ini. Didi Dania juga akan meninggalkan rumah ini lusa. Jika tidak kerana majlis tari menari malam ini, sudah pasti rakan serumahnya itu sudah pulang ke kampungnya tengah hari tadi. Dalam keasyikan menononton televisyen dia terlena.
Bunyi suara perempuan menangis yang menyapa gegendang telinga telah mengugah lenanya. Suara itu sayup-sayup sahaja kedengaran. Berkerut dahinya menahan silau dari cahaya lampu kalimantang yang betul-betul melekat pada siling. Terasa bedak sejuk di wajahnya meretak lalu berderai jatuh ke lantai. Bunyi suara itu lebih diutamakan dari bedak sejuknya yang kini kembali menjadi debu.
Alat kawalan jauh televisyen di sisi bantalnya di capai. Disebabkan dua lagi rakan serumahnya sudah awal-awal keluar dari rumah ini untuk selama-lamanya. Ruang tamu ini sudah lengang. Dia berbaring pun di atas lantai beralasan tikar pandan dan bantal. Semua perabut sudah di angkut sejak seminggu yang lalu. Mujurlah televisyen itu dia yang punya. Jika tidak, mati kebosanan juga dia di rumah ini.
Suara televisyen diperlahankan. Tiba-tiba dia merinding kengerian bila suara tangisan itu semakin kedengaran jelas selepas suara televisyen diperlahankan. Perlahan-lahan dia bangun lalu mendudukan diri. Telinganya diarahkan ke arah datangnya suara itu. Suara itu datangnya dari arah dapur.
Alamak, kenapa aku lupa nak hidupkan lampu dapur? Ni yang buat aku cuak ni. mana Dania ni, tak balik-balik lagi. Rungutnya sendirian sambil memandang jam yang tergantung di dinding. Sudah pukul sebelas malam. Semakin tebal perasaan seriaunya.
“Suara apa pulak ni? Puntianak kut? Malam ni malam Jumaat ke?” Hameedah bercakap sendirian demi menghilangkan rasa takutnya. Dia diam sejenak memikirkan tentang hari ini. “Hari ni hari Sabtulah, bukan Khamis malam Jumaat. Puntianak ni pun satu. Yang dia nak datang rumah aku, malam ni kenapa? Datanglah rumah orang lain,” sambungnya lagi. Sempat lagi dia menyalahkan makhluk itu.
“Siapa?” laung Hameedah tiba-tiba sahaja mendapat keberanian ke arah dapur yang gelap.
Ting!
Kedengaran bunyi gelas kaca berlaga di dapur. Semakin seram Hameedah dibuatnya.
“Siapa pulak kat dapur time macam ni? Dania dah balik ke? Kalau Dania, dia buat apa dalam gelap? Takkan dia terlupa suiz lampu kat mana kut?” Hameedah masih tertanya di kala suasana seram begini. Suara tangisan itu kedengaran lagi.
“Adui… suara tu bunyi lagi,” keluh Hameedah resah sambil mengaru belakang kepalanya yang tidak gatal. “Siapa pulaklah kat dapur tu,” keluhnya lagi lalu dia bangkit berdiri. Dengan baju kelawar corak batik kobinasi warna pink pekat dan hitam dia melangkah ke dapur perlahan-lahan dengan perasaan cemas yang membuak-buak.
Menapak dia perlahan-lahan dan terhendap-hendap. Persis pencuri ingin memecah masuk rumah orang. Sekaki payung di tempat letak kasut dicapai. Dia terperasan pintu utama rumah sewa mereka terbuka sedikit. Berkerut dahinya seketika.
Setahu aku aku tutup pintu ni. Siap kunci lagi, siapa yang bukak? Ni mesti kerja pencuri. Tebak Hameedah lalu menyambung langkahnya perlahan-lahan sambil menghendap ke arah dapur. Suara wanita menangis tadi semakin jelas dan kuat kedengaran.
Sampai pada suis lampu dapur, Hameedah memberhentikan langkahnya. Dia memasang kekuda bersiap siaga dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku. Satu… Hameedah menutup mata. Dua… jari telunjuk sebelah kanannya sudah bersiap sedia menekan suiz lampu. Tiga…. Klik! Dia membuka kelopak matanya.
Argh!!! Berdengunglah suara jeritan Hameedah selepas melihat apa yang ada di hadapan matanya ketika ini.
*****
TERMANGU Noah Zuhairi duduk di luar bilik kecemasan itu. Keadaan yang sunyi di situ sedikitpun tidak memberi ketenangan di jiwanya. Jiwanya bergelogak. Perasaan takut, cemas, bimbang dan kecewa bergaul menjadi satu. Apa yang berlaku begitu pantas. Dari perasaan-perasaan itu datang pula perasaan serba salah yang amat menjerut tangkai hatinya yang begitu senak.
Darah merah yang masih basah bertompok-tompik pada pakaiannya sedikitpun tidak di endahkan. Kotnya sudah dibuka sejak tadi. Bowtienya juga entah ke mana. Hatinya tidak tenteram. Cemas dan serba salah bila memikirkan Juliana kini berada di dalam bilik kecemasan menerima rawatan mengejut.
Tangan yang masih melakat sasa darah dipandang lama. Ini kali pertama dia melihat kemalangan berlaku betul-betul di hadapan matanya. Dan yang membuatkan dia semakin dihimpit rasa serba salah bila memikirkan Juliana ditimpa kemalangan disebabkannya. Menyelamatkannya dari dilanggar oleh sebuah kereta yang muncul secara tiba-tiba. Jika Juliana tidak menyelamatkannya tadi, entah apa nasibnya. Mungkin dia yang sedang terlantar di dalam wad kecemasan itu. Di dalam hatinya di terus berdoa agar kecederaan Juliana tidak serius.
Namun, apa yang dilihatnya terlalu sukar untuk dizahirkan dengan kata-kata. Wajah Juliana berlumuran darah. Serius kecederaannya di bahagian itu. Apakah wajahnya… persaoalan yang tidak mampu untuk dia luahkan. Apalah nasib sepupunya itu jika kecederaan di wajahnya serius dan akan meninggalkan parut? Ah… satu keluhan halus yang sarat lagi berat dihembus keluar.
Auntie dan uncle bawa bertenang ya? Saya dan Noah ada di sini,” kedengaran suara Razy Radin yang baru sampai di hadapan wad itu bercakap-cekap melalui telefon. “Sama-sama auntie. Pesan pada uncle hati-hati memandu… waalaikumussalam,” sambungnya lagi lalu menamatkan panggilan. Dia baru sahaja menghubungi keluarga Juliana memaklumkan tentang kemalangan yang telah menimpa anak mereka. Langkah di sambung menuju ke arah kawasan menunggu di luar wad kecemasan itu. Kelihatan Noah Zuhairi sedang duduk sendirian dalam kegelisahan.
“Macam mana dengan keadaan Juliana? Dia okey?” tanya Razy Radin cemas selepas melabuhkan punggungnya di sebelah adiknya itu. Dia tidak menyangka, rancangannya tidak berjalan dengan sempurna. Sudah dinasihatkan pada Juliana agar jangan mengejar Noah Zuhairi semasa di hotel tadi. Inilah akibatnya kalau tidak mendengar kata.
Noah Zuhairi tidak terus menjawab. Sakit hatinya pada abangnya itu masih tebal di dalam sanubarinya. Ikutkan hati ingin sahaja dia menumbuk kasar berulang kali pada wajah Razy Radin. Bila memikirkan dia kini berada di hospital dan di luar wad kecemasan, dia mematikan niatnya itu.
“Manalah aku tau, dia masih kat dalam tu. Aku bukannya doktor yang merawat dia,” jawab Noah Zuhairi sinis sekali. Semuanya berlaku secara spontan akibat rasa sakit hatinya pada Razy Radin yang begitu berani memegang pinggang Didi Dania semasa di dewan tadi. Dia pun belum pernah menyentuh tubuh Didi Dania walaupun berlapik. Dia merasakan Razy Radin sengaja melakukan semua ini. Bukannya dia tidak tahu, abangnya itu sanggup buat apa sahaja untuk mengenakannya.
Mendengarkan jawapan adiknya itu membuatkan hati Razy Radin tertampar. Dalam keadaan beginipun, Noah Zuhairi masih mahu mempertahankan egoisnya. Dan itulah yang membuat hatinya gembira ketika ini. Dia tertawa sinis sambil memalingkan pandangan ke arah lain.
Menyampah sungguh dia dengan sikap angkuh adiknya walaupun nasib hidupnya selepas ini bakalan berubah. Dalam keadaan beginipun, masih sempat dia memikirkan tentang rancangannya yang seterunya untuk mendera perasaan adiknya. Setiap inci rasa sakit hatinya selama ini perlu adiknya rasa. Itu tekadnya.
Diam. Masing-masing sibuk bermain dengan fikiran. Suasana luar bilik kecemasan itu sunyi sepi. Maklumlah waktu malam. Lagipun, hospital swasta tidak sesibuk hospital kerajaan yang senantiasa ada pesakit baru mendaftar masuk. Di hospital ini ada juga pesakit baru mendaftar masuk, tetapi jumlahnya tidaklah setinggi hospital kerajaan.
“Harap-harap kecederaan Juliana tak parah. Kalau tak, kau akan dibelenggu rasa serba salah seumur hidup kau, Noah.” Sindir Razy Radin sengaja ingin menyakiti hati adiknya itu. Sinis pandangan dan tutur katanya. Puas hatinya dapat menyakiti hati Noah Zuhairi. Bila memikirkan sakit hatinya selama ini, membuatkan dendamnya semakin meninggi.
Pantas Noah Zuhairi memandang wajah Razy Radin di sebelahnya dengan pandangan yang cukup tajam dan benci. Dia dapat merasakan ada satu muslihat yang sedang dirancang oleh abangnya itu untuk mengenakannya. Sakit hatinya bila melihat wajah itu. Tangannya tekepal dengan sendiri dek menahan geram.
Dush! Satu tumbukkan padu menghentam kuat pada wajah Razy Radin. Terdampar lelaki itu di atas lantai hospital itu.
“Rasakan tumbukan aku tu. Kau ingat aku tak berani nak pukul kau, bang?” tertawa Noah Zuhairi kepuasan kerana dapat menumbuk wajah abangnya itu sekuat hati. Sudah seperti gaya Naruto ketika menang dalam perlawanan dengan musuhnya.
Razy Radin yang masih terdampar di atas lantai lekas berpaling memandang adiknya yang sudah berdiri sambil tertawa di hadapannya. Hujung bibir yang terasa pedih disentuh dengan telapak tangan. Ada darah tertinggal pada telapak tanggnya. Sah! Bibirnya sudah pecah dek tumbukan padu Noah Zuhairi itu.
“Kau apa hal tersengih sendiri ni?” pertanyaan Razy Radin itu menyentak lamunan Noah Zuhairi yang jauh. Berkecai drama rekaan imaginasiknya. Kaku sengihannya secara mendadak. La… aku berangan rupanya. Alangkah bagusnya kalau perkara tadi tu berlaku betul-betul. Detik di hatinya kecewa. Dalam keadaan gelisah dan serba salah begini masih sempat lagi dia berfantasi anime.
Noah Zuhairi menjeling maut pada Razy Radin. Keadaan kembali diam. Tiada tutur biacara yang bersambung selepas itu.
Razy Radin merengus sinis, dia tahu adiknya berangan sebentar tadi. Mereka berdua terus berdebar menanti doktor melangkah keluar dari bilik kecemasan itu. Malang sungguh nasib Juliana. Niat mahu menyelamatkan Noah Zuhairi akhirnya memakan diri. Moga-moga kecederaannya tidak serius.
“Macam mana kau boleh ada kat majlis tadi? Setahu aku itu majlis untuk budak-budak kampus aku aje?” tanya Noah Zuhairi secara tiba-tiba selepas agak lama mereka berdiam.
Razy Radin yang sudah berpindah tempat duduk selang dua kerusi dari Noah Zuhairi memandang adiknya itu sekilas. Noah Zuhairi bertanya tanpa memandang wajahnya. Jelas sekali ada keserabutan jiwa di dalam diri adiknya itu. Aku suka... detik hatinya gembira.
“Kenapa kau tanya? Kau ingat kau seorang aje dapat invitation?” jawab Razy Radin dengan sindiran.
“Sah-sahlah aku memang layak pergi sebab majlis tu memang untuk budak-budak batch aku. Kau tu yang langsung tak ada ke mengena macam mana boleh ada kat majlis tu?” tanya Noah Zuhairi serius sekali bila pertanyaannya tadi cuba dipersenda oleh Razy Radin. Jika tadi dia bertanya tanpa melihat wajah abangnya itu. Kali ini tajam dia memandang abangnya itu cuba meraih kejujuran. Hatinya terlalu ingin tahu bagaimana Razy Radin boleh mengenali Didi Dania.
Tergelak kecil Razy Radin mendengar pertanyaan itu. Hatinya sudah melonjak gembira kerana berjaya membuat adiknya itu sakit hati yang mendalam. Sekarang… baru kau rasa macam mana rasanya sakit hati macam ni. Sakitkan? Bisik di hati Razy Radin tersangat gembira.
“Dania jemput aku,” Razy Radin berbohong. Memulakan watak sandiwaranya. Rancangannya kembali ke landasan yang asal. Apa yang berlaku terhadap Juliana semakin memudahkan rancangkannya untuk terus menyakiti hati adiknya itu. Sudah sampai waktunya untuk dia memuaskan hatinya pula.
Terkejut Noah Zuhairi mendengar jawapan abangnya itu. Hatinya mula di datangi persoalan-persoalan baru yang merungsingkan. Semua persoalan-persoalan itu berbau curiga terhadap Didi Dania. Apa motif  Didi Dania? Namun, belumpun sampai seminit persoalan itu telah diusir jauh.
“Dari mana kau kenal Dania?” tanya Noah Zuhairi lagi ingin melunaskan persoalan-persoalan tadi.
Razy Radin tergelak sinis. “Kenapa kau nak tahu? Apa hak kau nak tahu? Siapa Diana tu pada kau? Kau kenal dia?” jawabnya dengan soalan maut. Dia tahu, ego adiknya itu terlalu tinggi. Pasti pertanyaannya itu akan menjerut jiwa Noah Zuhairi agar tidak bertanya lagi.
Terdiam Noah Zuhairi. Dia membuang pandangan ke arah lain. Malas untuk bertanya lagi. Kuatir jika dia bertanya lanjut bakalan mencetus syak was sangka. Takut abangnya memikirkan dia cuba masuk campur dalam hal hidup lelaki itu. Baik dia berdiam dan pendam sahaja perasaan ingin tahunya itu.
Puas hati Razy Radin melihat adiknya terkedu dan terdiam. Semakin bersorak gembira hatinya bila dapat membuat jiwa adiknya memekung derita dan sakit hati. Itulah yang di inginkan selama ini. Dia sudah puas hidup makan hati dan sakit hati. Sudah tiba masanya dia perlu memuaskan hatinya sendiri walaupun terpaksa menyakiti hati orang lain. Dia tidak kisah semua itu.
Keadaan kembali senyap. Yang seorang menahan rasa sakit hati. Yang seorang lagi terasa senang hati. Walaupun adik beradik, masing-masing bermusuhan seolah mereka tiada ikatan darah langsung. Sungguh pelik hubungan mereka ini.
Tiba-tiba telefon bimbit Razy Radin bergetar. Lekas dia meninggalkan ruang itu meninggalkan Noah Zuhairi sendirian bagi menjawab panggilan itu. Sampai sahaja di koridor, terus panggilan itu dijawab selepas melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya.
“Hallo, apa hal kau telefon aku?” tanyanya serius sekali selepas talian disambungkan.
Senyap. Seketika kemudian senyuman mula meleret di hujung bibirnya.
“Bagus, kau memang boleh diharap. Esok kita jumpa untuk bayaran yang seterusnya,” ujarnya gembira sekali. Beberapa minit kemudian, dia menamatkan panggilan. Semakin melengkung senyuman di bibirnya.  Puas, bila rancangannya yang lain berjalan dengan lancar sekali.
*****
WAH!!!” terjerit Hameedah bila melihat seorang wanita anggun sedang duduk bersempoh di tepi kabinet dapur sambil menangis teresak-esak memegang sebiji gelas yang berisi separuh air masak.
“Cinderalla mana tercampak kat rumah aku ni? Woi! Kau siapa ha? Baik kau cakap. Apa kau buat kat rumah aku? Kau bidadari dari syurga yang tersesat kat rumah aku ke?” tanya Hameedah cemas sekali sambil menghala hujung paying di tangannya ke arah wanita berbaju hitam itu. Muslimah sungguh bidadari ni. Siap pakai tudung lagi. Desis di hatinya. Sempat lagi memuji walaupun di dalam keadaan cemas begini.
Wanita itu memandangnya kemudian menangis persis anak kecil. Suara itu seolah dia kenal. Macam suara…
“Dania, ni kau ke?” tanya Hameedah mula mengecam suara itu. Sah! Milik Didi Dania. Kenapa tiba-tiba Didi Dania bergitu berbeza malam ini? Seperti baru pulang dari majlis resepsi. Hari ini hari persandingan Didi Daniakah? Kenapa dia tidak dapat jemputan? Sempat lagi Hameedah berfikir-fikir.
“Yalah, siapa lagi. Sah-sah kat rumah ni tinggal kita berdua aje. Takkan makcik jiran sebelah kut?” maki Didi Dania sambil mengesat air matanya yang sedari tadi berguguran.
“Ya ampun Dania, kenapa kau lain benar malam ni? Baju siapa kau rembat (curi) ni?” tanya Hameedah terkejut lalu meluru mendapatkan kawannya itu.
Didi Dania tidak terus menjawab. Wajah kawannya itu dijeling sinis. Aku tengah sedih ni, boleh pulak dia tanya pasal baju. Tanyalah aku menangis kenapa. Sengallah kawan aku seorang ni. Bebel Didi Dania di dalam hati, kepiluan.
“Orang tengah sedih, dia tanya pasal baju pulak. Ada orang sponsorlah!” rungut Didi Dania sambil mengesat air hidungnya yang meleleh.
“Wah… siap ada yang sponsor lagi. Kelas kau Dania. Siapa sponsor?” masih mahu loyar buruk Hameedah ini walaupun kawannya itu sudah sedih tahap tidak ingat.
“Wa… aku tengah sedih ni. Kenapa isu baju yang kau ungkitkan? Tanyalah kenapa aku sedih wei… kau ni kejam. Tak sensitif langsung dengan jiwa rakan serumah kau ni. Kau tak nampak aku tengah menangis ni? Kau ingat air yang keluar dari mata aku ni peluh ke? Ini air hmata kau tahu tak? Diulangi… air mata!” maki Didi Dania dalam tangisan. Sadis sungguh dapat rakan serumah seperti Hameedah ini. Tidak sensitif langsung dengan sutuasi dirinya yang sedang berduka lara.
“Yalah… yalah… kau ni apa hal? Dah chantek-chantek begini duk menangis? Ni mesti ada sesuatu berlaku kat kau, kan? Noah buat hal ke?” Hameedah sudah masuk lorong cerita yang betul.
“Kejap,” Didi Dania meminta sedikit masa. Air masak di dalam gelas diteguk sehingga habis. Air yang keluar perlu diganti. Baru air matanya tidak kering. Baru boleh teruskan drama sedih ini dengan lebih berkesan dan emosi. Hatinya sedang remuk ketika ini.
“Amboi, dalam kesedihan sempat lagi minum air. Licin pulak tu. Haus ye Cik Dania?” perli Hameedah sambil meneleng-nelengkan kepalanya.
“Haruslah minum dulu. Kau ingat tak penat ke menangis? Haus kau tahu tak?” balas Didi Dania dengan nada sindiran. Dua saat kemudian dia terus memeluk tubuh gempal Hameedah itu. Sejak duduk serumah, Hameedah sering melakukan senam aerobic di rumah ini. Namun, sehingga kini, tiada apa-apa perubahan pun pada kawan baiknya itu. Maintain macam itu sahaja.
Hameedah agak terkejut dengan tindakkan Didi Dania itu. Namun, tidak pula dia menolak. Dia membalas pelukkan Didi Dania. Dari tangis Didi Dania dia dapat merasakan kehancuran yang sedang kawan baiknya itu sedang alami. Didi Dania tidak pernah berkeadaan begini. Dia seorang yang cerita dan happy go lucky. Jarang bersedih-sedih. Bersih dari jiwang karat katanya. Tapi, malam ini sungguh berbeza. Apakah puncanya?
“Kenapa ni Dania? Kenapa kau memangis? Apa dah berlaku pada kau? Noah miang dengan kau? Dia meragut…”
“Bukanlah!” pintas Didi Dania sebelum sempat Hameedah menghabiskan kata-katanya. Tubuh Hameedah masih dipeluk erat.
Hameedah tersengih. “Sorry, over imagination. Jadi, apa telah berlaku?”
Pakwe aku…”
“Siapa? Si Noah tu ke?”
“Yelah, sah-sah dia seorang aje lalaki yang aku panggil pakwekan? Yang kau tanya lagi kenapa? Takkan aku nak rewind balik dari mula. Penatlah aku nak bercerita…” bidas Didi Dania masih dalam pelukan Hameedah dan menangis.
“Okey-okey, apa masalahnya dengan Si Noah tu?”
Didi Dania meleraikan pelukan. Air matanya diseka perlahan. Hanya Hameedah dan Feroz sahaja yang tahu akan isi hatinya selama ini terhadap Noah Zuhairi. Hanya mereka berdua yang dia paling percaya.
“Kau tahu, kan selama ini perasaan aku pada Noah tu macam mana?” tanya Didi Dania memulakan cerita kenapa dia bersedih ketika ini.
Hameedah angguk. Fokusnya diberikan sepenuhnya kepada Didi Dania ketika ini. Dia tahu Didi Dania sukakan Noah Zuhairi. Cuma mulutnya sahaja sering menafikan.
“Aku ingat… dia pun suka kat aku. Semuanya sudah terbukti Meedah. Aku bertepuk sebelah tangan. Tadi masa kat majlis tari menari…” dengan kesakitan yang menghunus sanubari dan kekecawaan yang mencengkam hati, Didi Dania menceritakan apa yang telah berlaku di majlis Tari Menari Gemerlapan tadi. Perkara yang telah merobek-robek hatinya tanpa belas kasihan. Dan yang paling membuatkan dia sedih, Noah Zuhairi tidak mengejarnya semasa dia pulang ke rumah. Sampai sekarang lelaki itu tidak ke rumah ini untuk memujuknya. Ternyata, dia tidak pernah penting di dalam hidup lelaki itu. Selama ini dia syok sendiri. Tidak ketinggalan cerita tentang dia dan Razy Radin. Sakitnya perasaan ini!!! Jeritnya di dalam hati.
“Ya ke? Selama ni aku ingat kau orang berdua dah couple cuma tak nak mengaku dengan semua orang, termasuk aku. Konon-kononnya nak biarlah rahsia, tup, tup buat press conference. Rupanya selama ni kau bertepuk sebelah tangan istilah yang lebih tepat, kau syok sendiri?” bebel Hameedah selepas Didi Dania selesai bercerita.
Didi Dania mengecilkan kelopak matanya memandang sinis pada Hameedah. “Kau perli atau mengetuk aku ni? Terasa jiwa aku kau kata aku syok sendiri.” Didi Dania sudah berdrama sedih. Sambil meletakan tangan di dahi… drama, drama, drama…
“Okey, aku mintak maaf…” pohon Hameedah serba salah kerana telah terusik hati kawan baiknya itu. “Tapi… dari penceritaan kau… memang kau syok sendiri pun, kan? Noah tak suka kau, kau yang suka kat dia,” sambungnya lagi dengan wajah selamba seolah tidak bersalah. Dia tidak sedar kata-katanya itu sudah mengores hati kawannya itu walaupun berniat bergurau.
“Meedah!!! Sampai hati kau kata macam tu. Mencik!!!” jerit Didi Dania sambil memukul-mukul tubuh Hameedah yang berisi. Kenyal dangingnya yang montok itu.
“Aku gurau ajelah!” balas Hameedah.
“Gurauan kau tu sakitkan hati aku!!!” semakin laju Didi Dania memukul tubuh Hameedah berulang kali. Beberapa saat kemudian mereka berdua tergelak bersama. Itulah mereka, susah untuk serius kalau sudah berbual. Perkara sedih dan menyakitkan sebegitu masih boleh dibawa ketawa. Cuma jika hal yang memerlukan mereeka serius, mereka tetap akan tampil seserius yang boleh.
“Macam tulah kawan aku. Dalam sedih pun sempat ketawa,” pujuk Hameedah sambil menyeka air mata Didi Dania yang masih menitis membasahi pipinya. Celak matanya yang kalis air sebelum ini sudah serender untuk bertahan. Akhirnya luntur juga mengikut alir deras air mata Didi Dania. Sudah comot kelopak matanya. Sekali pandang sudah seperti gadis gothic pula.
“Kau sengaja nak perli-perli aku kan? Aku tahulah aku yang syok sendiri tapi…”
“Dahlah, tak payah di kenang masa yang sudah berlalu. Setakat Noah Zuhairi tu, apa ada hal? Banyak lagi lelaki yang nak kat kau ni Dania oii… ha… lelaki yang selamatkan kau dari accident tu dan tiba-tiba jadi partner kau menari malam ni. Kan boleh di adjust tu?” pintas Hameedah. Beria sekali kata-katanya. Seolah dia sudah kenal dengan lelaki yang telah dimaksudkannya itu. Sedangkan berjumpa pun belum pernah. Dan baru malam ini dia tahu tentang lelaki bernama Razy Radin itu yang muncul dalam cerita Didi Dania sebentar tadi.
Didi Dania menarik muncung. “Senang kau bercakap guna modal air liur basi kau tu. Yang mengalas bebannya aku kau tahu tak?”
“Ala… dahlah Didi Dania. Kita baru tamat belajar dengan jayanya. Sepatutnya kita happy. Bukan nak bersedih berduka lara macam ni. Come on, lepas ni ranjau kehidupan kita lebih berduri sis, kau balik kampung halaman kau. Si Noah tu berambus balik rumah family dia. Dah tak berjumpa. Sure kau boleh lupakan dia,” berkobar-konar Hameedah memberi kata penyuntik semangat kepada Didi Dania.
Didi Dania terdiam sambil menyeka air mata dan hidungnya berulang kali. Ada benarnya kata-kata Hameedah itu. Selepas ini entah bila dia boleh bertemu lagi dengan Noah Zuhairi. Sama ada dia atau Noah Zuhairi tidak pernah berjanji akan bertemu lagi atau buat perjanjian jangan lost contact selepas tamat belajar. Jadi, dengan ini dia bolehlah melupakan Noah Zuhairi dengan mudah jika tidak mengadap muka lelaki itu lagi. Tapi… perasaan ini sudah senyawa dengan hatinya sejak dua tahun lalu. Apakah mudah untuk dia melupakan terus tertang Noah Zuhairi? Dia masih tidak yakin dan belum ada kekuatan yang jitu untuk melaksakan tekad hatinya itu.
“Dahlah tak payah fikirkan lagi. Mulai malam ni kau lupakan semuanya tentang apa yang dah berlaku kat sini. Dah orang tak suka, takkan kita nak desak dia suka kau kan? Dari kau terus merana jiwa sebab cinta tak berbalas. Baik kita makan laksa Johor kakak aku bekalkan tadi. Dahlah, tak payah sedih-sedih lagi. Dah cantik-cantik pakai baju vogue macam ni, tiba-tiba nangis sebab syok sendiri, apa da…” pujuk Hameedah. Sempat lagi dia memerli kawannya itu sambil membantu kawannya itu untuk bangkit berdiri.
Thank you Meedah sebab kau banyak bagi semangat pada aku selama kita kenal. Kaulah kawan sejati aku,” terharu Didi Dania kerana memiliki kawan sebaik Hameedah. Akan ada bersamanya di kala susah dan senang sepanjang masa mereka berkenalan di sini. Kedua tangan kawan baiknya itu dipengang lalu digenggam.
“Sama-sama. Kau pun kawan sejati kau jugak.” Balas Hameedah. “Dahlah, jom makan. Aku dah kebulur ni tunggu kau balik.”
“Okey-okey, aku pun tak jamah apa-apa dari tadi. Kat hotel tadi pun tak sempat nak jamah apa-apa. Aaku terus blah… tak tahan tengok dia orang menari…”
“Dahlah… jangan ingat lagi. Jom makan,” pintas Hameedah malas mahu membiarkan Didi Dania terus tenggelam ke dasar kecewanya. Makan lagi bagus, kenyang juga perutnya. Seketika kemudian mereka berdua sudah melantak (makan) dengan perlahapanya seolah sudah tidak makan seminggu. Buat seketika, kekecewaan Didi Dania telah tertimbus dek kesedapan laksa Johor buatan kakak kepada Hameedah. Emmm… sedapnya…
*****
“ASSALAMUALIKUM Makcik Peah! Ooo… Makcik Peah.  Assalamualikum!!!” suara  memberi salam itu memekik kuat dari arah luar rumah. Rafeah yang sudah terlena sejak dua jam yang lalu, terkejut mendengarkan suara itu. Semenajak Didi Dania menyambung pelajaran di universiti, dia hanya duduk sendirian di rumah peninggalan arwah emak dan abahnya ini.
Berpisat-pisat mata Rafeah cuba memandang ke arah jam dinding yang tersangkut di dinding kamar tidurnya yang hanya diterangi dengan cahaya dari lampu tidur. Dek rabun yang semakin serius akibat peningkatan usia, dia tidak dapat melihat jarum waktu pada jam itu. Dengan lesu dia bangkit bangun lalu melangkah menuju ke arah suis lampu. Sampai sahaja suis lampu ditekan lalu bilik itu menjadi terang benderang.
“Siapalah yang datang rumah aku malam-malam buta macam ni?” Rafeah tertanya sendiri sambil mencapai anak tudung lalu disarung dikepala. Lesu badannya menyebabkan langkahnya lembab. Jam di dinding di pandang sekilas selepas bilik itu terang dengan cahaya lampu kalimantang. Jam menunjukan pukul dua belas lima belas minit malam.
“Makcik Peah! Ooo… Makcik Peah, tidur mati ke orang tua ni?” kedengaran suara Taufik menjerit-jerit di luar rumah. Sempat lagi dia mengutuk majikannya itu di saat-saat genting begini.
Suiz lampu ruang tamu rumahnya ditekan sejalur dengan suis lampu anjung rumahnya. Dalam hanya sekali tekan, serentak ruang tamu dan anjung rumahnya terang dengan cahaya lampu. Dia melangkah pula menuju ke pintu utama rumahnya.
“Makcik Peah! Bangunlah! Takkan tidur sampai tak ingat dunia kut?” Taufik menjerit-jerit lagi.
“Waalaikumussalam,” salam Taufik tadi baru dijawabnya. “Yalah kau Taufik, tak boleh nak bersabar ke? Terjerit-jerit macam esok nak raya kenapa?”  tanyanya selepas daun pintu rumahnya dikuak ke dalam. Kelihatan Taufik sedang membongkok menahan nafas yang mengah.
“Bangun pun, ingatkan dah tak boleh sedar tadi. Lambat seminit tadi, saya dah pecahkan pintu rumah Makcik Peah ni. Liat nak bangun,” sindir Taufik sambil menahan nafas yang mengah. Apa yang berlaku ketika ini benar-benar mengejutkan. Mujurlah van yang dipandunya selama dia bekerja bersama Rafeah diamanah kepadanya untuk dijaga. Jika tidak pasti eset Rafeah yang itu juga turut musnah.
“Kau apa hal Taufik? Malam-malam buta terjerit-jerit kat depan rumah aku ni? dengan tak berbajunya. Pakai kain pelikat aje. Kau jangan jadi gila Fik. Buatnya orang kampung tengok, niaya kita. Aku tak nak kawan Dania jadi ayah tiri dia. Kau jangan nak buat hal,” sempat lagi Rafeah berfikiran yang bukan-bukan.
“Hisy, apa Makcik Peah mengarut ni. Makcik ingat saya syok kat makcik ke? Dari saya kahwin dengan makcik, baik saya kahwin dengan Dania. Ada jugak feeling,” sempat lagi Taufik melayan loyar buruk Rafeah.  Terlupakah dia akan apa yang sedang berlaku ketika ini.
Rafeah tersindir dengan kata-kata Taufik itu. Namun, belum sempat dia membalas kata-kata itu, tiba-tiba kedengaran sairen bomba kedengaran. Beberapa saat kemudian kelihatan kereta bomba melintasi perkarangan rumahnya. Rafeah menjadi hairan.
“Eh, itu lori bomba, kan? Apa hal dia masuk kampung kita?” tanya Rafeah hairan sambil memandang ke arah kereta bomba yang semakin bergerak jauh.
“Memanglah itu kereta bomba. Takkan kereta lembu pulak?” perli Taufik sambil mengambil udara menyusun nafas yang mengah.
“Ada apa bomba masuk kampung kita?” ulang Rafeah lalu melangkah keluar dari rumah. Sandalnya di sarung.
“Sah-sahlah kalau ada bomba bermakna ada rumah terbakar,” jawab Taufik.
Rafeah pantas memandang Taufik. Tiba-tiba jiwanya di datangi rasa risau dan cemas. “Rumah siapa yang terbakar?”
“Itulah sebabnya saya datang ni nak bagi tahu makcik.”
Semakin tidak sedap hati Rafeah dibuatnya bila Taufik sengaja berbasa basi dengannya. Dia melangkah menghampiri Taufik dengan debaran yang tiba-tiba memuncak.
“Rumah siapa yang terbakar?”
“Saya cakap ni, makcik bawa bersabar ya? Tenangkan fikiran. Makcik cuba tarik nafas…” Taufik cuba menenangkan Rafeah yang kelihatan mula gelisah. Namun, caranya tidak kena. Ada juga yang kena tendang nanti.
“Baik kau cakap cepat Taufik! Sebelum kau tarik kain pelikat kau tu, aku heret kau satu kampung!” Rafeah sudah bengang bila pembantunya itu mula loyar buruk dengannya.
“Mak!” Taufik terkejut melihat muka garang majikannya itu. Bila majikannya itu sudah naik angin, janganlah berani-berani mahu cari pasal. Tidak pasal-pasal kena hamun nanti. “Baiklah makcik, saya cakap. Kedai kerepek kita terbakar,” Taufik berterus terang.
“Apa?” Rafeah terkejut mendengar jawapan Taufik itu. Dalam masa tiga saat pandangannya terus gelap lalu tubuhnya rebah. Mujurlah Taufik sempat menyambut tubuhnya.
“La… pengsan pulak?” Taufik tertanya sendiri sambil memangku tubuh Rafeah yang berisi itu. Adeh… beratnya. Sempat lagi dia mengutuk di dalam hati.





Gratisan Musik