Cinta Awek & Pakwe - 12


BAB 12
TETAMU yang ada di dalam dewan itu sudah bercakap-cakap tentang Didi Dania yang muncul anggun sekali malam ini. Berbeza imejnya dengan sebelum ini. Walaupun bertudung, tetap nampak anggun dengan gaun malamnya yang berkonsepkan glamour dengan sapuan mekap cantik di muka.
Noah Zuhairi salah seorang yang agak terkejut melihat imej Didi Dania malam ini. Lain sungguh dari kebiasaannya. Ternyata ‘awek’nya itu sudah membuat persiapan awal untuk majlis ini. Tiada langsung imej gadis sempoi. Yang ada adalah imej gadis anggun dan cantik sekali.
Juliana sudah mengetap gigi menahan geram melihat imej Didi Dania itu. Tidak menyangka musuhnya itu mejadi perhatian hampir semua tetamu yang hadir malam ini. Tergugat terus kedudukannya. Hancur terus harapannya untuk terpilih sebagai Pasangan Paling Secocok Malam Ini. Namun, rasa sakit hatinya tetap ditepis dengan rasa puas kerana Didi Dania hadir bersama Razy Radin. Hal ini akan menambah rasa benci Noah Zuhairi terhadap Didi Dania. Masa inilah dia perlu memainkan peranannya.
“Kan saya dah cakap tadi. Awak aje yang perasan ingatkan dia akan jadi pasangan awak malam ni. Tengok, tiba-tiba dia muncul dengan Abang Razy. Entah bilalah mereka berkenalan…” sinis Juliana menyindir Noah Zuhairi yang sedang menahan geram sambil menggenggam erat gelas kaca di tangannya.
“Entah-entah Didi Dania tu bukan perempuan baik. Tapi… perempuan jalang. Mendekati lelaki kaya untuk kesenangan hidup. Tengoklah baju dan eksesori yang dia pakai tu. Bukannya murah. Jangan-jangan Abang Razy yang belikan. Dasar perempuam mata duitan. Sebab duit sanggup mengadaikan…” sengaja Juliana tidak menghabiskan kata-katanya. Dia tahu Noah Zuhairi sudah merenung sinis lagi tajam ke arahnya.
“Kau jangan nak buat cerita yang bukan-bukan Ju. Kau pernah tak kunyah gelas kaca ni?” tertampar hati Noah Zuhairi selepas mendengar kata-kata andaian Juliana yang dianggap tidak berasas. Didi Dania bukan gadis seperti itu. Hampir tiga tahun dia mengenali Didi Dania. Dia sudah kenal Didi Dania. Didi Dania seorang yang meninggikan maruahnya. Ingin bersentuhan dengan lelaki pun dia cuba jauhi. Masakan dia sanggup… dia tidak dapat menghabiskan kata-kata hatinya.
Juliana tergelak sinis sambil melangkah menghampiri Noah Zuhairi. Tangan disimpul di dada. “Kenapa marah? Sentap? Awak ingat Didi Dania tu mampu ke nak pakai baju dan rantai emas macam tu? Sah-sah dia…”
“Sudahlah Ju… kau jangan nak buat andaian bodoh kau tu. Mana kau tahu semua tu Abang Razy yang belikan? Aku yakin… Didi tak macam tu,” Noah Zuhairi menidakkan andaian yang mula menyaluti hatinya. Namun, hatinya cuba menepis andaian itu. Dia tidak mahu berfikirkan yang negetif terhadap Didi Dania. Insan yang disayangi. Namun, egonya tetap meninggi tidak membenarkan perasaan itu terus menguasai jiwanya. Cinta baginya jiwang. Sedangkan jiwanya rock.
Semakin galak Juliana tertawa sinis. Tetamu yang memenuhi dewan itu dipandang sekilas. Kemudian jam di pergelangan tangannya di pandang pula. Ada masa lima minit lagi tarian balada akan dimulakan. Sekilas dia memandang Didi Dania yang sedang berborak mesra dengan Razy Radin dan seorang temannya yang pasti sedang memuji kecantikannya malam ini.
Semakin membara hati Noah Zuhairi bila melihat abangnya dengan berani cuba menyentuh pinggang Didi Dania. Hatinya terbakar. Kini dia semakin musykil. Bagaimana Didi Dania boleh mengenali abangnya? Setahunya, Didi Dania atau Razy Radin sendiri tidak pernah kenal antara satu sama lain sebelum ini. Abangnya juga tidak pernah tahu tentang kewujudan Didi Dania di dalam hidupnya. Dan Didi Dania juga tidak pernah tahu dia memiliki seorang abang. Jadi, mustahil abangnya ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya dan Didi Dania pasti tidak tahu lelaki di hadapannya itu adalah abangnya.
“Muka aje nampak baik. Perangai… nauzubillah. Kalau dia perempuan baik-baik, dari mana dia kenal Abang Razy? Sah-sah dia mencari tu. Setahu saya, kawan-kawan dia semua perempuan selain awak dan Feroz tu,” Julian masih mahu menyiram minyak pada api marah Noah Zuhairi. Puas hatinya.
“Eh dahlah! Kau jangan nak membebel lagi boleh tak?” bentak Noah Zuhairi bengang bila Juliana terus menyakiti hatinya. Sudahlah hatinya terbakar melihat Didi Dania sedang berbual mesra bersama abangnya yang tidak pernah sebulu dengannya itu. Juliana pula tidak habis-habis mahu meluahkan pendapatnya yang menyakitkan hatinya itu. Mujurlah suaranya tidak dapat menandingi bunyi muzik yang bergema. Jika tidak, sudah pasti suaranya bakalan menjadi perhatian.
Juliana terdiam. Terus terdiam bagai lidahnya tertelan. Amarah Noah Zuhairi sudah membuak. Jika dia bersuara lagi pasti dia akan dimaki. Jadi, lebih baik dia mendiamkan diri dari terjun ke dalam mulut naga. Silap-silap kena sembur dengan api, dia juga yang rentung nanti.
Noah Zuhairi memandang lama ke arah Didi Dania yang sedang rancak berbual dengan rakannya di sisi Razy Radin. Dia perasan Didi Dania terpandang ke arahnya. Namun gadis itu sengaja melarikan pandangannya seolah kewujudannya tidak dilihat di situ. Semakin bertambah sakit hatinya. Sudahlah hampir sejam dia menunggu di luar sebentar tadi. Bila sudah muncul, ‘awek’nya itu boleh buat-buat tidak nampak akan dirinya pula.
Tiba-tiba Noah Zuhairi tersentak. Meliar matanya mencari kelibat seseorang. Terlintas satu nama di kepalanya ketika ini. Hanya insan itu yang bisa menjawab segala persoalan yang bermain di dalam mindanya ketika ini. Dengan perasaan marah yang membuak-buak, dia mula mencari kelibat insan itu. Di kejauhan pandangan matanya sudah menangkap kelibat insan itu sedang bersembunyi di sebalik pokok hiasan bersebelahan dengan pintu keluar.
“Baik kau keluar sebelum aku heret kau kat luar dan aku gahar muka kau kat tar jalan. Kau jangan nak sembunyilah Feroz. Badan kau tu macam gajah. Kau sembunyi kat mana pun aku boleh nampak,” arah Noah Zuhairi bengang sekali sambil bercekak pinggang. Mukanya sudah merah padam.
Feroz terkejut. Tidak menyangka Noah Zuhairi masih bisa melihatnya walaupun dia sudah menyorok di sebalik pokok hiasan itu. “Peace no war…” ujar Feroz sambil tersengih menunjukan simbul kedamaian dengan menaikan jadi telunjuk dan hantunya.
“Kau jangan nak no war, no war dengan aku sekarang ni. Aku tengah bengang ni. Kalau aku ada bom kat tangan sekarang ni. Perut kau dah aku letupkan,” dengan kasar Noah Zuhairi menarik koler baju Feroz dan dibawa keluar dewan.
“Sakitlah Noah. Kenapa dengan kau ni?” rengus Feroz sambil membetulkan koler bajunya. Hampir rebah tubuhnya ke lantai mar-mar itu dek kekasaran Noah Zuhairi menolak tubuhnya. Mujurlah dia dapat mengimbang tubuhnya.
“Sakit?” Noah Zuhairi merenung tajam ke arah Feroz dengan pandangan tidak puas hati dan amarah yang menyala. Direnung Feroz sebencinya. Jarak wajahnya dengan wajah Feroz ketika ini hanya sejengkal sahaja. “Kau tak fikir sakit aku?” tanyanya lagi. Matanya sudah merah dek rasa marah yang sudah sampai ke kepala.
“Isy…” rengus Feroz sambil menutup hidungnya. “Busuklah Noah mukut kau. Bau petai!” sambungnya sambil menahan muntah.
Wajah Noah Zuhairi kaku. Malu sendiri. Lekas diap meniup tapak tangannya lalu dihidu. Eh… mana ada. Hatinya berdetik. “Kau jangan nak berhelah. Baik kau cakap, kau dengan Dania sengaja nak kenakan aku, kan? Nak malukan aku. Betul tak?” lekas koler baju Feroz dicengkam lalu dirapatkan tubuh rakan serumahnya itu serapat-rapatnya dengan tubuhnya. Anak mata Feroz direnung tajam lagi sinis.
Terkulat-kulat Feroz cuba melepaskan diri. Namun dia tidak berdaya. Kudratnya tidak segagah Noah Zuhairi. “Apa hal pulak aku nak kenakan kau? Nak malukan kau? Kau ingat kau tu siapa? Popular ke aku nak malukan segala?” sempat lagi Feroz loyar buruk walaupun nyawa sudah di hujung tanduk.
“Kau masih nak main-main dengan aku ya?” ugut Noah Zuhairi sambil menarik kuat cengkaman tangannya pada koler baju Feroz.
Terbatuk-batuk Feroz dibuatnya bila salur kerongkong terasa sempit dan sendat. “Betullah, buat apa aku nak tipu kau? Kami memang nak datang cepat, tapi teksi yang bawak kita orang tadi break down. Rosak. Kita orang nak bagi tahu kau, beteri handphone aku kong. Handphone Dania pulak tertinggal kat rumah. Nak buat macam mana?” tersekat-sekat Feroz menjelaskan. Walaupun kerongkong terasa sempit dia tetap menjelaskan agar Noah Zuhairi tidak terus membunuhnya di situ.
Noah Zuhairi merengus kasar sambil melepaskan cengkaman tangannya pada koler baju Feroz. Dadanya turun naik menghembus nafas. Amarahnya masih meledak di jiwanya. Dia bercekak pinggang cuba meredakan perasaannya. Terasa serba salah pula dia pada Feroz kerana bertindak melulu mengasari rakan serumahnya itu.
Leher Feroz terasa pedih dan ada kesan merah. Kawasan itu diusap perlahan. “Kita orang memang tak terniat pun nak mainkan atau nak pergunakan kau. Nasib baik ada kawan baru Dania tu baik hati nak tolong kita orang ke sini selepas hampir lima minit tersadai kat tepi jalan dalam keadaan vogue macam ni. Kalau tak, bayang kita orang pun kau tak akan nampak,” jelas Feroz lagi hal yang sebenar.
“Kawan baru? Kat mana Dania kenal mamat tu?” tanya Noah Zuhairi inginkan kepastian.
“Aku pun tak tahu. Aku tak sempat tanya sebab tergesa-gesa ke sini. Aku tengok mereka macam dah lama kenal. Aku rasa mereka pernah berkenalan sebelum ni, sebab tu nampak mesra,” jawabnya jujur sambil mengusap lehernya yang terasa pedih.
“Yang kau tu apa hal? Datang dengan Juliana? Kau tahu tak Dania nampak kau duk berkepit dengan Juliana kat dalam tu? Dia hampir nak blah dah tadi. Nasib baik lelaki tu tahan dia dan mempelawa dirinya sendiri untuk jadi pasangan Didi,” sambung Feroz lagi.
“Oh…” Noah Zuhairi tergelak sinis. “Jadi, Dania nak jealouskan akulah ni ya? Baik kalau ini yang dia nak….” Sambungnya terus menyusun langkah ke dalam dewan semula.
“Eh! Bukan macam tu…” Feroz tidak sempat menahan bila Noah Zuhairi sudah melangkah ke dalam. Dia sudah mengigit jari kerisauan. Noah Zuhairi sudah salah faham. Pastinya akan berlaku perang besar selepas ini. “Matilah aku….” Keluhnya kerisauan.
*****

TERASA janggal Didi Dania bila wajahnya direnung lama oleh Razy Radin sejak dari tadi. Berkeras dia menolak ajakkan Razy Radin untuk menari di tengah ballroom ini. Namun, Razy Radin tetap memaksanya. Dek dipandang oleh rakan-rakan sekulaiahnya yang lain, dia terpaksa menurutkan walaupun dia tiada sedikitpun asas seni tarian balada ini. Tidak kena dengan jiwanya!
Ops! Sorry,” pohon Didi Dania bila dia terpijak kasut Razy Radin. Aku dah cakap aku tak pandai nak menari dia tak percaya. Sekarang, kau tanggunglah nasib kau kena pijak oleh aku. Bebel Didi Dania di dalam hati. Bibirnya sudah terasa penat kerana sedari tadi duk tersenyum sahaja.
Alunan muzik berentak jazz terus berkumandang lembut memenuhi ruang dewan itu yang sudah malap cahayanya. Hanya kerlipan dari bola kaca bersinar yang berputar pelahan di siling dewan yang menjadi hiasan suasana. Pasangan yang ada di ballroom ini sudah dibuai dengan alunan muzik yang diputar. Maka dengan ini, bermulalan majlis tari menari itu dengan rasminya.
Ngeee…” tiba-tiba Didi Dania mengetap gigi seolah kegelian.
“Kenapa Dania?” tanya Razy Radin cemas bila melihat keadaan Didi Dania sebegitu secara tiba-tiba.
Please jangan nak lebih-lebih tangan Encik Razy tu,” pinta Didi Dania serius. Cukup baik aku tak sepak terajang kau suka-suka hati kau pegang pinggang aku. Ni, mula nak merayap naik lebih atas. Pantang lepa, nak mengatal aje. Nasib baik ramai orang. Kalau tak… bebel Didi Dania di dalam hati menahan geram.
“Oh, maafkan saya, tak perasan pulak,” balas Razy Radin sambil tersengih meleret. Tangan yang mengenggam sebelah tangan Didi Dania sengaja diketakan. Tangan Didi Dania yang satu lagi tersangkut di bahunya dibetulkan kedudukannya. Di dalam hati dia sudah tergelak melihat gerak tubuh Didi Dania yang kaku itu. Sahlah, Didi Dania tidak pernah menari tarian begini. Dia pun sebenarnya tidak tahu, berlagak tahu saja. Belajar dari filem barat.
“Dia bagi jawapan tak perasan?” gumam Didi Dania sambil memandang ke arah lain. Bengang dengan jawapan yang telah diberikan oleh Razy Radin itu.
“Apa dia? Saya tak dengar apa yang awak cakap,” tanya Razy Radin bila telinganya seolah mendengar Didi Dania berkata sesuatu. Dek suara muzik yang agak kuat menyebabkan suara Didi Dania tergelam ke dasar gelombang bunyi itu.
Didi Dania tersengih sumbing. “Eh, mana ada apa-apa Encik Razy. Saya tak kata apa-apa pun,” jawabnya dengan sengih yang dibuat-buat. Mujurlah gaun malamnya lengkap bersarung tangan. Jika tidak sudah pasti dia berasa janggal bila Razy menggengam tangannya dan dia pula terpaksa memengang baju Razy Radin dan membiarkan lelaki itu menyentuh pinggangnya.
Razy Radin tersenyum. Dia tahu Didi Dania mengatanya tadi. Sengaja dia buat tidak tahu. Yang penting rancangannya berjalan dengan lancar malam ini. Di kejauhan dia  dapat melihat Juliana sedang berdiri sendirian dengan wajah mencuka di sebelah meja minuman. Dia tahu, sepupunya itu ada krisis dengan adiknya. Dia yakin, sepupunya dapat melakukan tugasnya dengan baik.
Dia kembali memandang wajah Didi Dania yang sudang menunduk di hadapannya. Malu barang kali mahu menatap terus wajahnya. Setiap kali melihat wajah gadis itu terdetik satu getaran berdetak di sanubarinya. Namun egonya telah menepis getaran itu. Mindanya mula mentafsir, apakah sebenarnya perasaan yang baru dia rasai itu? Tubuh Didi Dania dipandang dari atas ke bawah. Cantik juga potongan tubuh gadis itu. Walupun bertudung tetap nampak anggun dengan fesyen ber tundung yang mengikut peredaran masa.
Apa hal mamat ni tengok aku macan ni. Tahi hidung aku terkeluar ke? Jangan-jangan bulu hidung aku terkeluar tak? Malunya, detik di hati Didi Dania segan sendiri. Namun, apa yang dia mampu lakukan? Walaupun bulu hidungnya terkeluar sekalipun, bukannya dia boleh sorokan dengan mudah.
“Adeh…” tiba-tiba Razy Radin mengaduh kesakian bila sekali lagi Didi Dania terpijak kasutnya. Kalau begini terus, boleh patah riuk jari jemari kakinya. Boleh jahanam kulit kasut Armaninya.
Sorry… tak sengaja,” pohon Didi Dania sambil tersengih sumbing.
“Tak apa,” jawab Razy Radin dua patah dengan senyum janggal.
Mereka berdua menyambung menari tapi tidak nampak macam menari pun. Berdiri berdua statik sahaja di situ. Hanya tubuh masing-masing bergerak ke kiri dan ke kanan. Tanpa ada corak dan bunga tarian yang betul. Main hentam keromo sahaja.
Dalam keasyikan menari, Didi Dania terpandang kelibat Noah Zuhairi dan Juliana saling berbual berhampiran meja minuman. Keadaan itu menambah kenyakinannya yang Noah Zuhairi memang ada hubungan istimewa sehingga sanggup hadir ke majlis ini bersama perempuan itu. Sebelum ini bersungguh dia menafikan mempunyai perasaan dengan Juliana. Sekarang? Sudah terang lagi bersuluh.
Sudah jelas di hadapan matanya. Sesungguhnya dia telah terkilan dan kecewa. Ternyata selama ini dia yang terhegeh-hegeh. Hatinya menjadi sebak namun dia hanya memapu bertahan dan menahan air matanya dari menitis di hadapan Razy Radin. Hal jiwanya biarlah dia pendam seketika buat masa ini.
*****
SEKARANG baru dia tahu apa niat Didi Dania melangkah masuk ke dalam dewan ini bersama abangnya. Dia tidak menyangka, Didi Dania ingin membuat dia cemburu. Kau jangan perasanlah awek. Kau ingat aku cemburu ke? Kau silap. Detik di hatinya sinis. Egonya terus memuncak tinggi dan menindas rasa sayangnya pada Didi Dania.
Noah Zuhairi melangkah menghampiri Juliana yang kelihatan terkebil-kebil memandangnya. Dengan kasar dia mencapai tangan Juliana lalu dibawa sepupunya itu ke tengah ballroom. Kawasan yang dituju adalah bersebelah dengan Didi Dania dan Razy Radin yang sedang asyik menari.
Terkial-kial Juliana mengatur langkah mengejar langkah Noah Zuhairi yang laju. Terkejut dia bila Noah Zuhairi tiba-tiba memaut tangannya lalu dibawa ke ruang tengah ballroom itu. Bertambah terkejutnya lagi bila Noah Zuhairi terus memegang tangannya dan meletakkan dibahunya. Kemudian, tangan lelaki itu kuat memaut pinggangnya. Terkaku dia seketika dengan tindakan Noah Zuhairi yang begitu drastik dan mendadak itu.
Didi Dania yang ralit memandang butang baju Razy Radin agak terkejut bila terdengar suara lelaki berdehem berhampiran dengannya. Dia terlalu kenal dengan suara itu. Dengan perasaan berdebar dia memandang ke arah suara itu. Seperti yang tertebak di mindanya, Noah Zuhairi berada di sebelahnya, sedang menari penuh asyik bersama Juliana. Tajam mata lelaki itu merenungnya. Jelas ada panahan tajam bersaluti marah mejunam ke arah anak matanya. Dia tidak dapat menahan pandangan itu. Lekas dia melarikan anak matanya memandang Razy Radin.
“Kenapa Dania?” tanya Razy Radin bila terperasan Didi Dania kelihatan seolah cuba melarikan pandangan. Dengan lembut gadis itu memusing posisi tubuh mereka. Bertukar tempat. Dia hanya menuruti tanpa banyak soal. Tapi rasa musykilnya terus menebal. Tidak jelas dengan tindakkan Didi Dania itu.
Seperti Didi Dania, Razy Radin juga turut terkejut melihat Noah Zuhairi ada di sisinya. Dalam sembunyi dia tertawa sinis. Rancangannya berjalan lancar. Baru dia tahu mengapa Didi Dania tiba-tiba sahaja bertukar posisi menari. Rupanya, ada konflik besar sedang berlaku.
Bila melihat Didi Dania cuba membelakanginya, Noah Zuhairi tidak berdiam. Dia menukar posisi berdiri mengadap Didi Dania. Terkial-kial Juliana mengikut gerak tubuhnya. Sengaja dia ingin bermain mata dengan Didi Dania. Dia ingin Didi Dania sedar dia sudah bersalah pada dirinya.
Bila pandangan Razy Radin bertaut dengan pandangan Juliana, hanya senyuman sinis yang terukir. Buat seketika mereka bertukar senyuman sinis. Puas bila rancangan mereka berjalan dengan rancar. Inilah rancangan mereka yang telah dirancang semalam. Ingin membuat hubungan baik di antara Noah Zuhairi dan Didi Dania berantakkan agar kepuasan akan berpihak kepada mereka berdua.
Terkejut Didi Dania dengan tidakan Noah Zuhairi itu. Dia menyangka Noah Zuhairi berada di situ hanya untuk menari. Tetapi, dari tindak tanduk lelaki itu seolah ingin mencuba cari pasal pula. Dia tidak tahu mahu buat apa selain melarikan anak mata.
Razy Radin dapat menebak apa yang sedang bermain di dalam fikiran Didi Dania ketika ini. Dengan sengaja dia merapati tubuhnya pada tubuh Didi Dania. Tangan yang memaut pinggang Didi Dania semakin diketatkan. “Siapa lelaki di sebelah ni?” bisik Razy Radin betul-betul di cuping telinga.
Didi Dania tekaku. Tidak tahu mahu buat apa. Namun tidak pula dia menepis. Pertanyaan Razy Radin tadi seolah tidak tertanggap oleh telinganya dek terkejut dengan tindakkan Razy Radin yang begitu mengejut itu.
“Saya tahu, awak mahu buat dia cemburu bukan? Sepatutnya dia menjadi pasangan awak malam ni tetapi dia muncul dengan perempuan lain. Betul tak? Tak apa Dania. Saya ada, saya akan tolong awak buat dia menyesal kerana tidak memilih awak menjadi pasangan awak,” ujar Razy Radin lagi konon-konon menebak. Wal hal dia sudah tahu al-kisah yang sebenar. Pandai dia berlakon.
Didi Dania seolah hilang kata. Tidak tahu untuk membalas apa sebagai balasan. Tebakkan Razy Radin itu mengena. Dia ingin tahu perasaan Noah Zuhairi terhadap dirinya. Namun, bila melihat Noah Zuhairi menari penuh mesra bersama Juliana, menambahkan rasa yakinnya bahawa dia bukan siapa-siapa di dalam hati Noah Zuhairi. Ternyata selama ini Noah Zuhairi dan Juliana memang ada hubungan istimewa hanya Noah Zuhairi sahaja sibuk menafikannya. Hipokrit! Bentak di dalam hatinya. Dengan teragak-agak dia merapatkan lagi tubuhnya menghampiri tubuh Razy Radin.
Noah Zuhairi terkejut dengan tindakkan Didi Dania itu. Kau nak buat aku cemburu ke? Sorry awek, kau ingat kau seorang aje boleh buat macam tu? Aku boleh buat yang lebih dari itu. Detik hatinya iri. Hakikatnya hatinya cemburu namun egonya terus menidakan. Dengan selamba, dia memeluk tubuh Juliana sehingga bersatu tubuh mereka berdua. Puas hati aku.
Juliana terkejut namun jauh sekali ingin menolak. Sebaliknya, senyum bahagia semakin meleret di bibirnya bila ada di kalangan rakannya memandang aksi mereka yang cukup mesra sekali. Dia tahu Noah Zuhairi ingin membuat Didi Dania cemburu. Tapi dia tidak kisah. Dengan aksi mereka ini, pasti akan menibulkan desas-desus dia dan Noah Zuhairi pasangan mula bercinta. Itulah yang dia inginkan selama ini.
Didi Dania terkejut melihat aksi Noah Zuhairi dan Juliana yang sudah berpelukan itu. Dia terkejut dan tidak menyangka semesra itu mereka menari. Namun, dia tidak akan membalas perlakuan itu. Mahu peluk Razy Radin? Mustahil baginya. Dia mula menelan semuanya perlahan-lahan. Pasrah dan menerima kenyataan yang Noah Zuhairi memang tidak pernah suka padanya lebih dari seorang kawan. Dia sahaja yang syok sendiri. Lambat-lambat dia merenggangkan tubuhnya dari tubuh Razy Radin. Hatinya benar-benar sakit dan pedih ketika ini melihat insan yang dia paling sayang sedang menari mesra dengan perempuan lain. Dia hanya mampu menahan perasaan itu. Pedih…
*****
SETENGAH  jam dirasakan bagai tiga puluh tahun lamanya bila terpaksa melihat aksi mesra insan tersayangnya dengan insan lain. Kalaulah dia jenis gadis tidak mengira batas sentuhan seperti Juliana, pastinya dia sudah memeluk tubuh Razy Radin ketika ini seerat-eratnya. Razy Radin memegang pingganya pun dia sudah rasa kurang selesa. Inikan pula ingin berpelukan mesra seperti Noah Zuhairi dan Juliana. Dia tidak sanggup. Biarlah dia terpaksa merosakkan jiwanya dari merosakan diri.
Puas hati Noah Zuhairi dapat buat aksi menari yang begitu mesra sekali. Dia sudah nampak mata Didi Dania yang berkaca-kaca. Dari pandangan itu dia tahu, Didi Dania sudah cemburu. Kau ingat kau boleh nak cemburukan aku ke awek? Jangan haraplah, ini Noah, Noah Zuhairi. Tidak akan sesekali cemburu dengan sesiapa. Detik hatinya dengan dorongan agonya yang tidak pernah mahu surut.
Tersentuh hati Razy Radin melihat wajah tahan nangis Didi Dania. Kasihan pula jiwanya melihat kesedihan gadis anggun dan kadang kala nampak comel itu. Serba salah mula menyaluti tangkai hatinya. Dia bersalah kerana rancangannya, dia telah membuat hati gadis di hadapannya itu tergores teruk.
Juliana pula terus berasa bahagia kerana berada di dalam dakapan insan yang paling dia sayang. Terasa dunia ini dia yang punya. Siap berangan ruang ballroom ini hanya ada mereka berdua sahaja sedang menari dengan di suluh lampu sportlight ke arah mereka. Dasar kuat berangan Si Juliana ini!
Suasana dewan tiba-tiba menjadi terang benderang menandakan slot pertama tari menari sudah tamat. Slot kedua akan berlangsung setengah jam lagi dengan rentak lagu yang berlainan. Didi Dania berasa lega bila pengacara majlis sudah memaklum slot tarian pertama sudah tamat. Dia sudah tidak kuat dan tidak sanggup lagi untuk terus berada di majlis ini. Hatinya terasa bagai dihiris-hiris setiap kali terpandang Noah Zuhairi begitu mesra menari balada dengan Juliana. Tanpa menunggu lama, pegangan tangan Razy Radin dilepaskan lalu dia melangkah laju meninggalkan ruang tengah dewan itu.
Razy Radin terkejut dengan tindakan Didi Dania itu. Namun, tidak pula dia mengejar langkah gadis itu. Dia tahu, hati gadis itu sedang kehancuran. Dia tidak mahu menambah lagi kehancuran itu. Hatinya mula disapa rasa belas kasihan walaupun sebelum ini niatnya hanya untuk menyakiti Noah Zuhairi semata-mata tanpa ambil kisah tentang gadis itu. Namun, selepas dia mengenali Didi Dania, dia merasakan ada sesuatu pada gadis itu yang membuatkan jiwanya bergetar. Namun, egonya masih menebal untuk membenarkan perasaan itu terus bergetar laju.
Melihat Didi Dania melangkah laju meninggalkan dewan itu, lekas Noah Zuhairi melepaskan pelukan Juliana. Hampir tersungkur tubuh Juliana, mujurlah disambut oleh Razy Radin. Jika tidak, pasti Juliana sudah tersembam di lantai ballroom itu.
“Biarkan mereka,” bisik Razy Radin pada hujung telinga Juliana.
“Mana boleh, takkan Abang Razy nak mereka berbaik semula?” balas Juliana bengang dengan tindakan Noah Zuhairi tadi. Ada beberapa tetamu yang terperasan akan perbuatan Noah Zuhairi tadi memandang hairan ke arahnya. “Saya tak boleh biarkan mereka bersatu balik!” bentaknya lalu melangkah mengekori langkah Noah Zuhairi.
Razy Radin hanya merengus kasar. Degil betul perempuan ni! Bentaknya di dalam hati. Namun, tidak pula dia mengejar langkah Juliana. Dia tidak mahu masuk campur hal di luar. Pandai Juliana masuk campur, pandailah sapupunya itu menanggung kesannya nanti.
Awek!!!” panggil Noah Zuhairi sambil mengejar langkah Didi Dania yang kelihatan kecil. Tidak mampu gadis itu melangkah besar dek kain gaunnya yang agak ketat di bahagian betisnya.
Didi Dania tidak mengendahkan panggilan itu. Hatinya sudah remuk bagai dipijak-pijak. Ditumbuk selumat-lumatnya. Air mata yang ditahan-tahan sedari tadi akhirnya menitis juga. Hampir meletup dadanya menahan senak yang membuak. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Mengapa Noah Zuhairi tergamak buat hatinya begini? Tetapi, dia juga tidak boleh salahkan Noah Zuhairi. Mereka tiada hubungan istimewa selain kawan rapat yang ‘sekepala’.
Awek, nanti dulu!” tahan Noah Zuhairi sambil mencapai lengan Didi Dania.
Langkah Didi Dania terhenti bila tanggannya dipaut oleh Noah Zuhairi dari belakang. Air matanya sudah menitis membasahi pipinya. Mujurlah Sally mengunakan eye liner kalis air, tidaklah mengalir mengikut air mata yang membasahi pipinya. Dibiarkan air hangat itu membasahi pipinya. Hatinya pedih. Hatinya sakit. Hatinya terluka parah dengan perbuatan Noah Zuhairi yang dianggap tidak berperasaan tadi.
“Kenapa kau menangis?” tanya Noah Zuhairi serba salah. Hatinya sudah mula dihurung rasa serba salah. Sudah jelas sebelum ini Feroz berbahasa bunga-bunga menyatakan gadis di hadapannya itu sayang dan suka akannya. Cuma, egois lelakinya seolah tidak membenarkan perasaan cinta menguasai dirinya. Tetapi, jauh di sudut hati dia terlalu sayang Didi Dania sepenuh hati. Cuma egoisnya sahaja yang terus bermaharajalela di dalam hati.
“Suka hati akulah aku nak menangis ke, nak ketawa ke. Nak menjerit ke. Apa kau susah? Aku bukan mintak air mata kau pun,” jawab Didi Dania sedikit pun tidak memandang ke arah Noah Zuhairi di belakangnya. Dengan kasar dia menarik tangannya dari terus dicengkam oleh Noah Zuhairi. Tiada sebab untuk dia memberikan jawapan jujur mengapa dia menangis kepada Noah Zuhairi.
“Jawab awek… kenapa kau menangis?” tanya Noah Zuhairi inginkan kepastian. Walaupun dia tahu Feroz pernah terlepas cakap yang Didi Dania sukakannya. Dia tetap mahu mendengar dari mulut Didi Dania sendiri. Tanpa sedar dia tidak terfikir yang Didi Dania itu adalah seorang, perempuan! Bukan lelaki. Kenapa dia tidak terfikir tentang perumpamaan bagai perigi mencari timba? Sengal betullah Noah Zuhairi ini.
“Dahlah, aku nak balik,” jawab Didi Dania langsung tiada kaitan dengan pertanyaan Noah Zuhairi itu.
“Aku tanya kau ni awek. Kau sengaja datang dengan lelaki tu sebab nak buat aku cemburu, kan? Kau jangan ingat aku cemburulah. Kau salah sangka,” ujar Noah Zuhairi langsung tidak memikirkan perasaan Didi Dania. Hatinya terkilan bila Didi Dania masih mempertahankan egonya. Tidak mengaku tentang perasaannya. Kenapa kau tidak meluahkan perasaan kau awek? Hatinya tertanya tanpa ada sedikit perasaan bersalah.
Sekali lagi hati Didi Dania hancur dengan kata-kata Noah Zuhairi itu. Ternyata selama ini dia sahaja yang menaruh hati pada Noah Zuhairi. Sedangkan lelaki itu? Sedikit pun tidak pernah merasa apa yang dia rasa. Dengan hati yang semakin berderai, dia melangkah laju meninggalkan perkarangan hotel itu menuju ke arah tepi jalan untuk mendapatkan teksi. Secara kebetulan, sebuah teksi melintasi jalan itu lalu dia menahannya.
Terasa berat hati untuk menbiarkan Didi Dania pergi. Dia tidak boleh membiarkan Didi Dania pergi begitu sahaja. Sepatutnya dia sebagai lelaki yang perlu memulakan dulu. Bukannya Didi Dania. Dia baru tersedar akan hakikat itu. Dia menoleh memandang ke arah Didi Dania yang sudah menjauh menuju ke tepi jalan.
Awek!” Noah Zuhairi cuba mengejar. Semasa dia mahu melintasi jalan utama untuk ke hotel ini, muncul sebuah kereta secara tiba-tiba laju ke arahnya.
“Noah!” jerit Juliana sambil menarik tubuh Noah Zuhairi cuba menyelamatkan lelaki itu. Namun, tubuhnya pula tidak dapat diimbang lalu bergesel dengan kederaan itu. Tubuhnya melayang ke bahu jalan dan bergolek di atas tar jalan. Wajahnya tidak dapat dielak dari tersembam ke permukaan tar.
Noah Zuhairi yang hampir tesungkur memandang Julia sudah tertiarap di atas jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri. “Ju!!!” jeritnya lalu berlari mendapatkan Juliana. Tubuh Juliana ditelentangkan. “Ya Allah…” keluhnya bila melihat banyak darah yang keluar dari pipi Juliana.
Pada masa yang sama di dalam teksi, Didi Dania memandang ke arah belakang dari dalam teksi yang sudah bergerak meninggalkan perkarangan hotel itu. Air matanya bertambah deras bila tiada kelibat Noah Zuhairi cuba mengejarnya. Sekarang, baru dia sedar Noah Zuhairi tidak pernah sukakannya. Dia terus menangis sepuas-puasnya di dalam teksi itu mengenang nasib diri yang syok sendiri. Benci!!! Jeritnya di dalam hati.





Gratisan Musik