Cinta Awek & Pakwe - 11


BAB 11
TERPAKU dan tertegun Feroz malihat Didi Dania yang sudah siap disolek, di dadan dan lengkap memakai gaun malam yang ditaja oleh kawan baiknya, Sally. Ternyata sentuhan tangan Sally memang membuat wajah Didi Dania tampak berbeza dan anggun sekali. Sally ni memang pandailah. Bukan setakat pandai design baju dan jahit baju aje. Menyolek orang pun dia pandai. Kalau dah menyolek wajah sendiri nampak meletop. Inikan pulak menyolek wajah orang lain. Small the metterlah. Detik di hati Feroz terpana.
“Wah Dania, chantek kau malam ni. Kelas kau,” puji Feroz sambil melangkah menghampiri Didi Dania yang kelihatan sukar untuk bergerak dek gaun malamnya yang agak sempit di bahagian betis. Maklumlah, gaun malam berkonsepkan duyung. Memang begitulah rekaannya. Dari atas ke bawah Feroz memandang Didi Dania tidak berkelip. Dia hanya mengenakan kut lelaki sahaja malam ini.
“Aku rasa tak selesalah dengan baju ni. Macam susah aku nak berjalan,” ujar Didi Dania sambil menarik-narik baju yang tersarung pada tubuhnya. Kali pertama dia memakai baju seperti ini. Sungguh berbeza dan kurang selasa pada tubuhnya.
“Ala nok….” Pintas Sally yang sedikit terasa hatinya dek kata-kata Didi Dania itu. Seolah rekaannya tidak kena dengan jiwa gadis itu. “Kau pakai ajelah. Aku yakin, kau akan jadi tarikan orang ramai kat majlis tu nanti. Ala-ala diva popular gitu…” sambungnya ingin menyedapkan hati Didi Dania.
Didi Dania mengukir senyum kelat. Tak apalah. Bukan selalupun aku pakai baju macam ni. Ni semua pasal Feroz. Kalau bukan kerana dia yang beria ajak aku ke majlis tu. Mesti aku tak perlu nak pakai baju sendat ni. Bebelnya di dalam hati menyalahkan Feroz.
Chantek kau mekapkan kawan aku ni Sally,” pujian dituju kepada Sally pula.
Of course darling… kau tu apa hal pakai kot? Berlambak dress kat dalam tu, kenapa tak nak pakai. Kau nak mak mekapkan kau tak? Sempat lagi ni,” balas Sally sambil tergelak-gelak.
Choiii…” jerit Feroz. “Tolong sikit, nanti aku pakai semua tu, terbeliak semua mata-mata yang ada kat majlis tu nanti. Hilang terus aura di Didi Dania yang dah macam puteri dari kayangan ni,” Feroz tetap tidak mahu menang.
Sally hanya tergelak. “Tetap menyimpan niat nak pakai dress aku, kan?” sindirnya pada Feroz.
“Dahlah, kita dah lambat nok.” Semplak Feroz. Jam di pergelangan tangan di pandang. Sudah pukul sembilan malam. Pastinya Noah Zuhairi sudah menunggu mereka di depan pintu masuk dewan. “Ni semua kau punya pasal. Kalau tak kerana kau tadi, kita tak lewat okey? Aku dah cakap mekap ni bukannya sekejap. Kau tak percaya. Dah jom gerak sekarang.”
Didi Dania turut kelam kabut selepas mendengar kata-kata Feroz itu. Manalah dia tahu bermekap memerlukan masa yang lama. Ini kali pertama dia dimekapkan dengan alat mekap yang berjenama M.A.C.
“Ingat ya? Jaga pakaian itu sebaiknya. Sebab… semua itu tak ada bayaran. Hilang sebutir manik kat baju tu, kena ganti rugi ya?” pesan Sally yang sudah melabuhkan punggungnya di atas sofa yang ada di ruang menunggu di dalam butiknya itu. Dek kerana Feroz dan Didi Dania, dia terpaksa tutup lewat butik ini.
Don’t worry Sally. Esok lusa aku pulangkan kat kau ya? Daaa…” balas Feroz lalu melangkah keluar dari butik itu.
Melangkah sahaja mereka keluar pusat membeli belah itu, sebuah teksi sudah sedia menunggu. Walaupun terasa segan bila dia dipandang-pandang oleh mata-mata nakal yang ada di sekelilingnya, dia terpaksa menebalkan muka demi Majlis Tari Menari Gemerlapan itu.
Wei… kau boleh jalan lambat sikit tak? Baju kawan kau ni buat aku tak boleh nak melangkah besar kau tahu tak?” maki Didi Dania sambil mencincing kainnya yang labuh ke belakang. Takut kotor mengelap lantai pula. Kalau kotor, dia tidak mampu mahu mengganti baju itu. Mesti mahal harganya.
“Kau ni… kita dah lewat kau tahu tak? Tulah, dari dulu aku nasihatkan agar belajar cat walk. Kau tak nak. Sekarang baru kau rasakan bagaimana seksanya bila nak jadi women sejati,” sindir Feroz sambil membukakan pintu teksi untuk Didi Dania.
Didi Dania menjeling menyampah lalu melangkah masuk ke dalam teksi. Selepas menutup pintu teksi, Feroz pula melangkah masuk ke dalam teksi yang sama. Dia duduk di sebelah pemandu dalam keadaan tergesa-gesa. Mereka sudah telat.
Uncle, hantar kami ke Hotel Caterina okey?” maklum Feroz sambil menarik tali pinggang keledar lalu dipinkan.
Pemandu teksi berbangsa Cina itu yang dianggarkan usiananya dalam lingkuan 40-an angguk akur lalu menekan pedal minyak. Teksi mula bergerak meninggalkan perkarangan pintu utama pusat membeli belah itu menuju ke arah barat daya.
“Ya Allah… aku tak bawak handset. Tertinggal kat rumah. Aku charging tadi,” keluh Didi Dania sambil mengorek tas tangannya. Mencari telefon bimbitnya yang tiada. Dek terlalu tergesa-gesa, dia tidak perasan telefon bimbitnya tertinggal. “Ni semua pasal kaulah. Tak sabar-menyabar. Macam mana aku nak call Noah ni? Mesti dah berbakul-bakul dia maki hamun aku kat sana,” sambungnya lagi hampa sekali. Jam tangan dipandang. Sudah pukul Sembilan suku malam.
“Aku jugak yang salah, kan?” balas Feroz sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Namun, dia terkejut bila butang telefon bimbitnya ditekan, skrin telefon bimbitnya tidak menyala. “Ya ampun, apa hal dengan handphone aku ni? Padam,” rungutnya cemas. Tiba-tiba telefon bimbitnya mengeluarkan isyarat bunyi menandakan beteri telefon bimbitnya sudah kehabisan. “Ya Allah… time ni jugak beteri handphone aku nak kong…” rungutnya lagi.
Argh!!!” jerit Didi Dania dan Feroz serentak. Apalah nasib mereka malang sangat ketika ini. Naik bingit telinga uncle yang membawa teksi itu. Namun dia hanya merungut di dalam hati sahaja. Penumpangnya perlu diutamakan.
Lima minit berlalu, tiba-tiba teksi yang dinaiki mereka bergerak peralahan lalu menyusur ke bahu jalan. Feroz dan Didi Dania sudah gelisah dengan keadaan itu. Macam-macam andaian mula bermain di dalam fikiran masing-masing ketika ini.
“Kenapa uncle?” tanya Feroz cemas sekali.
“Aya… gua pun tak tau kenapa ma, tiba-tiba sahaja enjin mati sendiri. Tak apa, biar uncle check sekejap ya? You orang tunggu sekejap,” jawab pemandu teksi itu lalu melangkah keluar.
“Apa rosak???” terkejut Feroz mendengar jawapan pemandu teksi itu.
“Rosak? Kenapa rosak pulak ni? Kita dah lambat,” tanya Didi Dania sudah risau tahap gaban.
“Wah!!! Kau tanya aku dah macam aku ni pakar kereta, kan? Dahlah panas, tak ada aircond. Dahlah aku nak keluar,” balas Feroz bengang bila dipersalahkan lalu dia melangkah keluar dari teksi itu.
Didi Dania turut melangkah keluar dek rasa panas yang semakin terkuap di dalam teksi itu.
Uncle, apa problems teksi ni? Lama lagi tak?” tanya Feroz pada pemandu teksi tadi yang sedang menelek enjin teksinya.
“Aiya… gua pun tak tahu ma…” jawab pemandu teksi itu sambil mengoyang-goyangkan kabel bateri teksinya.
Didi Dania sudah melibas-libaskan tanggan ke arah tubuhnya. Dah cantik-cantik macam ni, duduk tepi jalan pulak. Jatuh standard aku. Rungutnya sambil berdiri bersandar pada teksi itu. Apalah nasibnya hari ini. Sudahlah terlewat, telefon bimbit pula tertinggal di rumah. Ada kawan pun tidak berguna. Ada telefon bimbit bateri tak ada. Sekarang, teksi pula rosak. Mesti Noah Zuhairi sedang menantinya dengan kata-kata makian yang berdozen-dozen.
Seminit berdiri dibahu jalan itu, sebuah kereta pun tak ada yang berhenti mahu menolong mereka. Dan yang paling penting tidak nampak pun kelibat teksi lain yang melintasi jalan itu. Namun, seminit kemudian berhenti sebuah kereta mewah dari BMW berhenti di belakang teksi. Serentak Feroz dan Didi Dania memandang ke arah kereta itu. Dek silau dari cahaya lampu kereta mewah itu membuatkan mereka berdua terpaksa menutup mata.
“Siapa tu?” tanya Feroz musykil bila melihat seorang lelaki melangkah keluar dari kereta mewah itu menuju ke arah mereka. Oleh kerana silau cahaya kereta, wajah lelaki itu tidak dapat dilihat dengan jelas.
“Manalah aku tahu, putera raja nak jemput aku kut?” jawab Didi Dania. Sempat lagi Didi Dania berangan sakan.
“Perasan!” rengus Feroz menyampah. Tangan mereka berdua masih pada dahi menghalang kesilauan cahaya kereta yang menyuluh ke arah mereka.
“Dania?” tanya lelaki yang masih tidak kelihatan wajahnya itu.
Didi Dania dan Feroz saling berpandanga, terkejut bila lelaki itu mengenali Didi Dania. “Siapakah beliau?” serentak mereka tertanya.
*****
“MANA pulaklah dua manusia ni. Dah dekat setengah jam aku menunggu kat sini. Batang hidung pun tak nampak lagi. Dia orang sengaja nak kenakan aku ke apa ni? Kalau aku tahu kau orang berdua nak kenakan aku. Siap kau Feroz… Dania, kau pun kena jugak.” Bebel Noah Zuhairi yang semakin gelisah di hadapan pintu masuk dewan Hotel Caterina itu.
Majlis sudah dimulakan sejak setengah jam yang lalu. Tetapi dia masih di luar, belum ada tanda-tanda akan masuk ke dalam. Ikutkan jiwa rocknya. Dia memang tidak akan ke majlis begini. Pecah tradisi kalau dia ke mejlis tari menari macam ini. Dia ke majlis ini semata-mata kerana Didi Dania dan bukan sebab lain. Namun, bila kelibat Didi Dania dan Feroz masih belum kelihatan, dia benar-benar rasa seolah ditipu hidup-hidup.
Entah buat yang keberapa kali agaknya dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu nombor Didi Dania didail. Namun, masih sama seperti dua puluh lima minit yang lalu. Talian dapat disambungkan, tetapi tidak berjawab pula.
“Ke manalah kau wahai awek. Bikin hati gua panas aje. Dari tadi aku tak dapat hubungi kau,” bebelnya sendirian sambil ke hulu dan ke hilir di hadapan pintu masuk dewan itu. Kedengaran pengacara majlis sudah membebel memulakan majlis. Dia pula masih di luar.
Nombor Feroz pula didail. “Ini sudah melampau… yang seorang aku call tak berangkat. Yang ini pulak terus tak dapat dihubungi. Mereka buat konspirasi besar-besaran nak kenakan aku ke apa ni?” Noah Zuhairi sudah membuat andaian yang bukan-bukan. Sakit hatinya ketika ini. Dari sejuk tubuhnya yang lengkap bertuxedo itu, kini mulai rimas. Bowtie yang mengikat koler bajunya cuba dibuka. Namun, terasa ketat pula. Sudahnya dibiarkan sahaja. Nombor Didi Dania didail lagi.
“Kalau kali ni kau tak jawab call aku awek, aku blah…” tekad Noah Zuhairi. Nombor Didi Dania didail sekali lagi. Masih sama, tidak berjawab. “Kau orang memang nak kenakan aku, kan? Siaplah kau orang esok,” rungutnya lalu menyusun langkah untuk meninggalkan dewan itu.
“Noah,” belum sempat dia melangkah jauh, tangannya sudah dikait oleh Juliana yang tiba-tiba sahaja muncul di situ. “Awak nak pergi mana? Majlis baru mula, kan?” tanya Juliana manja sekali. Senyuman mengoda dihadiahkan untuk Noah Zuhairi. Ternyata rancangannya bersama Razy Radin berjalan dengan lancar.
Noah Zuhairi terkejut dengan kemuculan Juliana yang secara tiba-tiba itu. “Eh, kau Ju, kau buat apa kat sini?” tanyanya selamba.
Senyuman manja Juliana kaku. “Sampai hati awak tanya macam tu. Macamlah kita ni tak layak nak ke majlis ni. Benci!” rajuk Juliana sambil menarik muncung.
“Gediklah kau nak aku pujuk. Dahlah aku nak balik,” rengus Noah Zuhairi bengang sambil menepis tangan Juliana yang merangkul pada tangannya. Hatinya sedang panas bila diri ditipu oleh kawan baik dan insan yang dia sayang.
“Balik? Hello, majlis baru mula awak dah nak balik. Tulah, percaya sangat pada perempuan sengal tu. Sah-sah dia tak pandai bergaya, manalah dia pandai ke majlis macam ni. Awak aje yang percaya sangat perempuan tu,” sengaja Juliana mahu membarakan amarah Noah Zuhairi.
Noah Zuhairi terhenti dari terus melangkah. Kata-kata Juliana itu membuatkan hatinya terasa bila insan yang dia sayang dikutuk secara berdepan.
“Ya, mungkin Didi Dania tu datang ke majlis ni. Tapi, awak pasti dia ajak awak untuk jadi pasangan dia malam ni? Ntah-ntah dia datang sekejap lagi dengan pasangan dia. Siapa tahu? Awak aje yang beria anggap dia akan jadi pasangan awak,” semakin dalam Juliana mencucuk hati Noah Zuhairi agar memikirkan segala kata-kata hasutannya itu.
Noah Zuhairi terdiam. Tidak pula dia terfikir semua itu. Ya, Feroz ada mengajaknya ke majlis ini dan memberi tahu Didi Dania akan ke majlis ini juga. Tetapi, Feroz tidak pernah memaklumkan kepadanya yang Didi Dania akan menjadi pasangannya malam ini. Dia terdiam seketika dan bermain dengan fikiran.
“Dahlah Noah, tak payah fikirkan pasal perempuan tu. Awak aje fikir dia akan jadi pasangan awak. Memandangkan awak dah ada kat sini, dan saya pun ada. Masing-masing pun tak ada pasangan. Apa kata awak jadi pasangan saya, boleh? Buang duit aje awak sewa tuxedo ni kalau awak tak masuk. Entah-entah Didi Dania sengaja cabar awak sama ada awak berani atau tak ke majlis macam ni. Buktikan pada dia awak bukan seorang yang kalah pada cabaran, okey?” Juliana terus membakar amarah dan memupuk sifat benci Noah Zuhairi terhadap Didi Dania.
Bagai dipukau Noah Zuhairi menuruti ajakkan Juliana itu. Hatinya sedang marah dan otaknya tidak dapat berfikir dengan waras. Kata-kata hasutan Juliana tadi meresap dengan mudah ke jiwanya dek rasa marah yang didorong oleh hasutan syaitan yang durjana.
Juliana tersenyum lebar bila kata-kata hasutannya ditelan oleh Noah Zuhairi dengan mudah. Dengan senyuman puas yang meleret, dia melangkah ke dalam dewan itu bersama Noah Zuhairi. Bangga dia berada di sisi Noah Zuhairi yang lengkap bertuxedo hitam itu. Secocok dengan gaun malamnya yang berwarna ungu tua. Melangkah sahaja mereka ke dalam dewan. Semua tetamu yang ada memandang ke arah mereka berdua. Hidungnya terasa kembang kerana bangga.
*****
SERBA SALAH Didi Dania ketika ini kerana terpaksa menyusahkan lelaki di sebelahnya itu. Balutan pada salah satu tangan lelaki itu di pandang. Lukanya masih belum sembuh, kini dia telah menyusahkan lelaki itu lagi.
“Encik Razy, saya berterima kasih sangat pada Encik Razy kerana sudi hantar kami ke hotel tu sehingga Encik Razy terpaksa batalkan niat untuk ke majlis makan malam Encik Razy. Maafkan saya ya Encik Razy kerana telah menyusahkan Encik Razy,” pohon dan ucap Didi Dania bersungguh sekali. Dia terlalu berterima kasih kepada Razy Radin.
“Luka di tangan Encik Razy tu masih belum sembuh. Sekarang budi Encik Razy semakin bertambah pada bahu saya. Saya tidak tahu nak balas bagaimana. Hanya Allah yang mampu membalasnya,” sambung Didi Dania sedari tadi mengulang ayat yang sama.
Feroz di tempat duduk depan sudah mengeluh bosan. Dania ni berapa kali nak ulang dialong yang sama? Kalau aku jadi lelaki tu, dah muntah hijau sejak tadi membebel benda yang sama aje. Dah orang tu nak hantar free of charge. Diulangi, free of charge, kenapa nak bersalah pulak? Sengallah Dania ni. Gumam Feroz di dalam hati.
Lama Razy Radin melihat wajah Didi Dania yang bermekap itu. Terpana dia semasa melihat Didi Dania sebentar tadi. Anggun dan cantik bergaun malam. Walaupun bagaimanapun, wajah asli gadis itu lebih manis berbanding wajah yang bermekap ini. Terasa bangga pula hatinya kerana dia terlebih dahulu melihat Didi Dania secantik ini sebelum Noah Zuhairi. Puas hatinya.
Dia yang lengkap berbaju kut dan seluar slek putih sungguh tanpan gayanya. Alasan ingin ke majlis makan malam itu adalah palsu semata-mata. Alasan yang direka perlulah bersesuaian dengan tema pakaiannya. Masakan lengkap berkot mahu ke pasar malam? Bukankah tidak logik?
“Eh tak apa. Tidak salahkan saya menolong orang yang dalam kesusahan?” jawapan biasa diberikan oleh Razy Radin.
“Bukan apa… saya rasa macam bersalah sangat sebab Encik Razy terpaksa batalkan niat untuk…”
“Sudahlah Dania. Tidak mengapa. Sebenarnya saya pun malas nak ke majlis tu. Tapi ayah saya yang mendesak. Sudahlah, jangan nak rasa bersalah okey? Saya tolong ikhlas,” pintas Razy Radin dengan senyuman di bibir.
Lega hati Didi Dania mendengar jawapan Razy Radin itu. Namun, rasa bersalahnya tetap ada. Lima minit kemudian, mereka pun sampai ke perkarangan Hotel Caterina. Kelihatan masih ada tetamu Majlis Tari Menari Gemerlapan yang baru sampai. Ingatkan mereka berdua sahaja yang lambat.
“Encik Razy, terima kasih ya?” ucap Didi Dania sebelum melangkah keluar dari kereta. Ucapan yang sama diulang oleh Feroz di tempat duduk hadapan.
“Sama-sama,” balas Razy Radin dengan senyuman yang meleret. Rancangannya berjalan dengan lancar.
Panjang leher Didi Dania mencari kelibat Noah Zuhairi di sekitar pintu masuk hotel itu. “Mana Noah? Mesti dia dah balik,” keluh Didi Dania sambil mencincing kainnya kerana terlalu susah mahu melangkah dek kain yang sempit.
“Ntahlah. Aku pun beranggapam macam tu. Tapi… tak tahulah kalau dia dah tunggu kita kat dalam sebab kita lewat sangat. Kalau dia lama-lama kat luar ni, takut orang ingat dia pengawal keselamatan pulak. Jom masuk dalam,” jawab dan ajak Feroz.
Dengan teragak-agak dan rasa malu Didi Dania mengekori langkah Feroz menuju ke dalam dewan. Namun, belum sempat melangkah lebih dalam, langkah Didi Dania sudah terhenti mendadak. Apa yang matanya sedang lihat ketika ini telah merentap jiwanya. Seolah separuh jiwanya hilang.
Nok, kenapa kau mendadak berhenti ni?” tanya Feroz hairan bila melihat Didi Dania tertinggal di belakang. Dia menghampiri Didi Dania. Dia terkejut bila melihat wajah kaku Didi Dania memandang ke satu arah. Seolah ternampak sudal bolong. Dengan rasa cemas dia menoleh ke arah yang sama. Selepas matanya terpandang apa yang sedang Didi Dania pandang ketika ini, dia turut terkejut. Liur terasa perit melintasi kerongkongnya. Tidak menyangka drama begini akan berlaku malam ini.
“Ternyata dia tidak pernah fikir pasal aku Feroz. Aku nak balik!” luah Didi Dania hancur sekali jiwanya. Rasa teruja dan cerianya untuk ke majlis ini sudah direntap kasar semahunya. Apakah salahnya? Apakah dosanya dia dihancuri sedemikian? Jadi selama ini benarlah tebakkannya. Noah Zuhairi dan Juliana memang ada hubungan istimewa. Dengan hati yang remuk Didi Dania melangkah semula keluar dari dewan itu.
“Dania nanti… jangan fikir yang bukan-bukan dulu. Mungkin Noah ada penjelasannya sendiri? Kau ni macam tak tahu perangai si minah senget tu, kan? Entah-entah perempuan tu yang tergedik-gedik dengan Noah,” Feroz cuba mengubah persepsi Didi Dania ketika ini. Walaupun dia memikirkan perkara yang sama dia cuba untuk tidak mengoyahkan kepercayaan Didi Dania terhadap Noah Zuhairi.
Didi Dania memberhentikan langkahnya. Sedaya upaya dia menahan air matanya dari mengalir. Rosak eye liner di matanya nanti. Sudahlah mahu mekap berjam lamanya. Masakan mahu dirosakan dengan mudah? Tidak berbaloi…
“Tak apalah, kalau kau nak masuk, silakan. Aku dah tak ada mood nak masuk,” jawab Didi Dania lalu menyambung langkahnya.
“Nanti!” langkah Didi Dania terhenti lagi bila tangannya tiba-tiba dipaut oleh seseorang. Lekas dia menoleh. Terpaku dia seketika bila melihat Razy Radin masih belum pulang. “Jika awak sudi, bolehkah saya menjadi pasangan awak ke majlis ini?” tanya Razy Radin romantik sekali.
Didi Dania memandang Feroz tidak jauh darinya. Dia keliru. Apakah dia perlu menerima permintaan Razy Radin itu? Feroz sudah tersenyum terharu melihat drama itu. Seolah dia pula Didi Dania ketika ini. Buat seketika Didi Dania terkedu.
*****
BANGGA sekali Juliana jalan berkepit bersama Noah Zuhairi. Semua rakan-rakan sekuliahnya memuji mereka pasangan secocok. Semakin kembang kelopak hidungnya. Ibu jari kakinya pun boleh masuk. Keadaan dewan terus sesak. Alunan muzik berentak jazz bergema memenuhi ruang dewan itu. Lima belas minit lagi ballroom akan dibuka untuk tetamu yang hadir bersama pasangan masing-masing.
Majlis ini diadakan hanya bertujuan untuk meraikan tematnya pengajian semua pelajar-pelajar tahun akhir. Namun, kepada pelajar junior yang ingin menyertai majlis ini perlulah ada jemputan khas dari senior mereka yang berada di tahun akhir. Itu syarat utamanya. Dan malam ini juga ada satu anugerah yang diwujudkan iaitu pasangan paling secocok khas untuk tetamu yang hadir secara berpasangan. Undian dibuka secara rambang. Pengundi adalah dikalangan temau yang hadir. Dan, Juliana inginkan gelaran itu melakat pada dia dan Noah Zuhairi.
Wow Noah, tak sangka kau datang jugak ke majlis macam ni. Smart bro kau pakai tuxedo ni. First time aku tengok kau pakai baju macam ni,” puji salah seorang teman Noah Zuhairi.
Noah Zuhairi hanya tergelak.
Thank you bro…” balas Noah Zuhairi. Dia semakin tidak seleasa berada di majlis begini. Mengantukkan. Sedari tadi pandangannya melilau mencari kelibat Didi Dania. Tidak kelihatan. Sah, memang Feroz dan Didi Dania telah berkomplot ingin mengenakannya. Mujurlah tiada di kalangan kawan-kawan ‘sekepala’nya hadir ke majlis ini. Jika tidak sudah pasti dia dibantai gelak. Seorang mat rock telah ke majlis jiwang karat. Malu tujuh keturunan beb!
Juliana terasa bangga bila ada di kalangan rakan sejantinanya memandang ke arahnya lalu berbisik-bisik. Baru kau orang sedar. Selama ni kau orang mengata aku hidung tak mancung pipi tersorong-sorong dengan Noah. Malam ni aku dah buktikan. Sentap kau orang semua. Bangga sekali Juliana dengan perbuatannya. Hakikatnya, Noah Zuhairi sudah rimas dengan tangannya yang terus memaut lengannya.
“Kau boleh tak jangan pegang tangan aku. Aku rimaslah,” akhirnya Noah Zuhairi melepaskan rasa tidak selesanya. Dia sudah mendengar bisik-bisk mengatakan dia dan Juliana sudah bercinta. Jauh panggang dari api. Tak ingin aku dengan minak sewel ni. Detik di hatinya.
“Tak nak… kalau awak tepis tangan saya, awak jugak yang malu nanti,” ugut Juliana.
Noah Zuhairi merengus bosan. Tidak tahu untuk bebuat apa. Ikutkan hati mahu sahaja dia menepis tangan Juliana yang terus memaut kuat pada tangannya itu. Demi menjaga maruah dan aib dirinya di biarkan sahaja. Senyuman plastik terus diukir untuk tetamu-tetamu yang hadir. Mereka berdua melangkah menghampri meja minuman. Melarikan diri dari kalangan tetamu yang sesak demi menjauhi Juliana.
“Lepaslah tangan kau tu, aku nak minum ni,” marah Noah Zuhairi sambil menepis tangannya. Dia berani berbuat begitu kerana di kawasan ini tidak ramai tetamu.
Juliana merengus. Namun, dia tidak akan sesekali menjauhi Noah Zuhairi. Dia mahu Noah Zuhairi menjadi pasangannya di majlis ini. Dia tidak akan sesekali melepaskan Noah Zuhairi selagi rancangannya belum selesai. Meliar matanya melihat ke arah pintu utama dewan itu. Insan yang dinanti masih tidak munculkan diri.
Noah Zuhairi turut meliarkan pandangannya ke seluruh pelusuk dewan itu. Segelas minuman berperisa oren dicapai. Masih mengharap agar Didi Dania muncul di majlis ini serta merta menidakan tanggapan negatifnya tadi. Dia tidak sanggup menuduh Didi Dania cuba mempermainkannya. Dia berada di sini disebabkan Didi Dania semata-mata. Namun, hampir lima minit dia disitu apa yang diharap-harapkan masih tidak menjadi kenyataan. Akhirnya dia malas mahu ambil pusing.
Juliana tersengih lebar bila apa yang dinanti akhirnya muncul juga. “Kan saya dah cakap tadi. Didi Dania tak pernah nak ajak awak untuk jadi pasangan dia ke majlis ini. Sah-sah dia dah ada pasangan dia sendiri,” ujar Juliana sinis sekali.
Mendengarkan kata-kata Juliana itu membuatkan Noah Zuhairi terhenti dari terus meneguk minumannya. Dengan kerutan di dahi dia berpaling memandang ke arah Juliana yang sedang tersengih-sengih sinis ke arahnya.
“Apa benda yang kau mengarut ni?’ tanya Noah Zuhairi seolah tidak puas hati.
“Tu…” dengan bangganya, Juliana menjuihkan bibirnya ke arah pintu masuk utama dewan itu.
Dengan rasa penuh hairan, Noah Zuhairi memandang ke arah yang ditunjuk oleh Juliana. Dia terpaku melihat pasangan yang sedang menjadi perhatian semua tetamu-tetamu yang ada di majlis itu. Hatinya tiba-tiba terasa dipukul laju-laju. Buat seketika dia terjeda. Seolah tidak percaya apa yang sedang dilihatnya ketika ini.





Gratisan Musik