Cinta Awek & Pakwe - 10


BAB 10
“HAH! Kau Taufik, ke sini kau!” panggil Rafeah pada pembantunya itu yang baru sahaja selesai menghantar stok kerepek ke kedai-kedai runcit dan mini market berhampiran,
Taufik yang baru sahaja melintasi pejabat itu tersentak kecil selepas mendengar suara majikannya itu. Lekas dia menoleh memandang ke arah Rafeah dengan wajah terkejut. “Kenapa Makcik Peah?” tanyanya sambil menjengulkan wajah di muka pintu. Niatnya untuk melangkah menuju ke ruang dapur tergendala.
“Masuklah sekejap, aku nak tanya sesuatu pada kau ni,” jawab Rafeah sambil meneliti setiap angka yang tertulis di dalam buku stok pengeluran produk kerepeknya untuk hari ini.
Taufik melangkah ke dalam pejabat itu dengan pandangan yang berkerut dan penuh rasa hairan. Seolah begitu penting apa yang bakal dibicarakan oleh majikannya itu. Tanpa dipelawa dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi plastik berwarna merah yang ada di hadapan meja Rafeah.  Terasa nyaman sekali bila angin dari kipas di sudut penjuru pejabat kecil itu berhembus ke arahnya.
“Ada apa hal Makcik Peah? Macam serius aje?” ulang Taufik lagi selepas selesa duduk.
Rafeah tidak terus menjawab. Buku di tangannya ditutup lalu diletakan ke dalam laci meja. Cermin mata yang tersangkut pada batang hidungnya dibuka. Dia menarik nafas dalam lali dihembus perlahan sambil memandang wajah Taufik sedalamnya.
Kenapa Makcik Paeh pandang aku macam tu? Aku ada buat salah pada dia ke? Hati Taufik tertanya sendirian, risau sekali jika dia ada buat kesalahan tanpa sedar.
“Apa cerita pasal dua orang lelaki yang tiba-tiba muncul minggu lepas? Yang sibuk nak bantu perusahaan aku ni? Kononnya nak bagi modal tolong besarkan kedai aku. Mereka kata, kelmarin dia nak datang lagi bawa modal, kan? Dah tiga hari berlalu, batang hidung mereka pun tak nampak. Mereka tu betul-betul nak tolong kita ke… sengaja nak bagi harapan palsu pada kita?” tanya Rafeah empat soalan sekali gus.
Taufik menelah liurnya, kesat. Dia juga ada terfikirkan tentang dua lelaki yang telah dimaksudkan oleh Rafeah itu. Dia juga manusia yang paling beria ingin Rafeah bersetuju menerima bantuan dua lelaki yang tiba-tiba muncul dan kini tiba-tiba hilang. Dia kebingungan, tidak tahu jawapan yang bagaimana ingin diberikan kepada Rafeah.
“Emmm… saya pun tak tahulah Makcik Peah.  Saya ni… bukan penjaga mereka,” jawab Taufik takut-takut sambil tersengih sumbing.
“Tak tahu?!” betak Rafeah sambil menumbuk mejanya.
“Mak!!!” Taufik terkejut ketakutan. Terlompat dia ke atas kerusi sambil mengigit jari. Gerun melihat kegarangan Rafeah.  
“Kau yang beria suruh aku terima bantuan lelaki-lelaki tu, kan? Aku dah berangan tahap nak bukak gudang, kau tahu tak? Sekarang apa jadi? Habuk pun tak ada. Dua malaun tu hilang macam tu aje. Dasar malaun suka bagi harapan palsu,” rengus Rafeah bengang sambil menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Dadanya sudah berombak menahan geram kerana diri terasa telah ditipu ‘hidup-hidup’.
Semakin cuak Taufik dibuatnya. Dia turut menaruh harapan yang tinggi pada dua lelaki itu yang entah ke mana ketika ini. “Makcik cubalah hubungan mereka. Mereka ada bagi name card company mereka hari tu, kan?” cadang Taufik cuba menenangkan amarah majikannya itu. Perlahan-lahan dia menurunkan kakinya dari atas kerusi selepas melihat angin majikannya beransur tenang.
“Ya tak ya jugak erk? Kenapa aku tak call mereka sejak kelmarin? Kalau tak, tak adalah aku kerungsingan macam ni,” keluh Rafeah mengutuk dirinya sendiri yang terlupa akan solusi yang telah diutarakan oleh Taufik.
Taufik menjeling ke siling. Nasib baik ada aku. Kalau tak, terus kau duduk dalam keadaan gundah-gulana. Gumam Taufik hanya di kerongkang sambil memandang keluar pejabat itu melalui tingkap cermin yang terbuka.
“Kau kata apa?” tanya Rafeah serius sekali sambil memandang tajam ke arah Taufik di hadapannya. Tangannya yang sedang menyelak fail kad-kad nama pelangan perusahaannya terhenti seketika.
“Saya tak kata apa-apa pun Rafeah,” kelam kabut Taufik menjawab. Terkejut bila disergah secara tiba-tiba begitu oleh majikannya.
Rafeah menjeling maut lalu tangannya menyambung semula menyelak fail kad nama di tangannya. Mengata akulah tu. Dia ingat aku tak tahu? Gumam Rafeah pula. Masing-masing mengutuk diri masing-masing. Adil dan saksama.
“Inikan kad nama company dia orang?” tanya Rafeah selepas dipastikan kad yang ada di tangannya itu adalah kad pemberian dua lelaki misteri yang muncul di kedainya seminggu yang lalu.
Taufik melihat kad yang dihulur oleh Rafeah.  Berkerut dahinya memandang kad itu. Cuba mengecam. “Betullah ni kadnya,” yakin Taufik menjawab.
“Kau pasti?” Rafeah ingin memastikan.
“Ya,” sepatah Taufik menjawab lalu dia duduk bersandar pada kerusi.
Tanpa bicara, Rafeah mengangkat gagang telefon. Nombor telefon yang tertera pada kad kecil berwata putih itu di dail. Tesepet-sepet matanya cuma melihat setiap angka yang tercetak dek rabun yang semakin mengaburkan pandangannya. Dengan penuh yakin dia mendail.
“Nombor yang anda dail, tiada dalam perkhidmatan…” kedengaran suara operator wanita di hujung talian. Permakluman diulang sekali lagi dalam bahasa Inggeris.
“Apa hal nombor yang didail tiada dalam perkhidmatan?” Rafeah mula terasa dirinya sudah ditipu.
“Ha? Yake? Makcik dail nombor yang mana?” tanya Taufik mula cemas. Dia juga mula merasakan yang mereka telah ditipu.
“Nombor nilah,” jawab Rafeah sambil menujukan nombor yang didailnya tadi.
Begitu fokus Taufik meneliti nombor yang ditunjuk oleh Rafeah.  Beberapa saat kemudian dia mengeluh lalu memandang majikannya dengan pandangan bosan. “Makcik, ini nombor pendaftaran syarikat dia. Bukan nombor telefon. Makcik ni, dah tahu rabun tak nak pakai cermin mata. Confidant mendail. Apalah makcik ni. Nombor tu memanglah tak ada dalam perkhidmatan...” keluhnya.
Rafeah tersengih sumbing sambil mencapai cermin matanya di atas meja lalu dipakai. “Maaflah, tak perasan. Rabunlah katakan. Dah tua…” ujar Rafeah semakin meleret sengihannya. Cuba menutup perasaan malunya kerana tersalah dail nombor sebentar tadi. “Ha… baru clear…” sambungnya lagi sambil tersengih lebar. Barulah jelas apa yang tercetak di atas kad putih itu.
Taufik mengetap gigi menahan geram. Nasib aku dia bos aku. Kalau perkerja asing kat dalam tadi, memang aku dah maki ‘kaw-kaw’ dah. Bebelnya. Kali ini di dalam hati. Elak dari majikannya terdengar seperti tadi. Sia-sia hidupnya nanti.
“Hello, Tempuh Usaha Sendirian Berhad ke ni?” tanya Rafeah selepas talian disambungkan. Taufik hanya memasang telinga.
Belum ada sepuluh saat Rafeah berbicara tiba-tiba wanita itu menjauhkan gagang telefon dari telinga.
“Kenapa makcik?” tanya Taufik hairan.
“Kau cuba dengar,” Rafeah menghulur gagang telefon di tangannya kepada Taufik.
Dengan teragak-agak Taufik melekapkan gagang itu ke telinganya. Kedengaran suara seorang wanita India menjerit-jerit seolah memaki hamun dalam bahasanya. Seperti Rafeah, Taufik juga menjauhkan telinganya dari gagang itu. Berdesing telingnya.
“Kenapa ada suara wanita India pulak ni? Makcik salah dail lagi ke?” tanya Taufik hairan.
Rafeah meletak gagang telefon tanpa berkata apa-apa. “Mana ada. Betullah aku dail nombor yang ada kat kad ni.”
“Dah tu, kenapa wanita India tu yang jawab?”
“Manalah aku tahu? Kau ingat aku ni kerja dengan Telekom Malaysia ke?” sindir Rafeah bengang. Pertanyaan pembantunya itu seolah dia tahu segala-galanya di dalam dunia ini.
Taufik terdiam mendengar kata-kata majikannya itu. Buat seketia mereka berdua terdiam memikirkan kemusykilan yang mula merayap di seluruh ruang minda masing-masing ketika ini.
“Kau rasa kita dah kena tipu ke?” tanya Rafeah selepas beberapa minit berfikir.
Taufik angguk perlahan. Dia pun merasakan apa yang majikannya rasa. Mereka berdua kembali menyambung berfikir.
*****
BUNYI ketukan pada pintu mengganggu fokus Razy Radin menyemak beberapa fail tender Mikael Holding. Mujurlah dokumen itu tidak memerlukan pengesahannya dalam masa terdekat ini. Jadi, dia tidak perlu terburu-buru untuk menyemaknya. Perkataan masuk dilaung. Beberapa saat kemudian, daun pintu pejabatnya di kuak ke dalam. Dua lelaki berjeket kulit dan berkaca mata hitam melangkah masuk seiringan. Insan yang dinanti sudah muncul.
“Duduk,” pelawa Razy Radin kepada dua tetamu yang diundanganya itu.
Dua lelaki itu saling berpandangan lalu melabuhkan punggung di atas kerusi berasingan di hadapan meja Razy Radin. Pandangan masing-masing kembali memandang ke arah Razy Radin.
Razy Radin menyandarkan tubuhnya di kerusi. Fail di tangan dibairkan terbuka di atas meja. Kerjanya ditinggalkan sementara. Fokusnya diberikan sepenuhnya kepada dua lelaki di hadapanya itu. Salah seorang dari lelaki itu adalah orang upahannya yang selalu berkhidmat dengannya.
“Macam mana dengan kerja kau orang berdua? Berjalan lancar?” tanya Razy Radin terus ke pangkal soalan. Dia malas berdolak-dalik. Dia memanggil orang suruhannya itu hanya untuk menerima laporan kerja mereka. Dan bukannya untuk berborak mesra.
“Kau jangan risau bro… semuanya berjalan dengan lancar. Dua kali kami periksa keadaan pejabat dan bangunan perusahaan dia. Aku yakin, rancangan kita yang seterusnya boleh dijalankan dengan lancar kerana kita sudah tahu keadaan persekitaran tempat tu,” jawab Shah yakin sekali. Rakannya di sebelah angguk mengiakan.
Razy Radin angguk percaya pada laporan yang telah. “Bagus. Aku suka kerja kau orang berdua. Pantas dan cekap.” Puji Razy Radin sambil bermain dengan pen di tangan.
“Bila kita boleh teruskan rancangan seterusnya?” tanya Shah selepas lega mendengar maklum balas dari Razy Radin.
Tersengih sinis Razy Radin selepas mendengar pertanyaan Shah itu. Pen di tangan dicampak ke atas mejanya. “Relaks bro, jangan tergopoh-gapah. Untuk rancangan seterusnya kau jangan nak mulakannya selagi tak ada arahan dari aku. Kau orang hanya boleh bertindak atas arahan aku. Faham?” ujarnya tegas sekali.
Shah dan rakannya serentak angguk. Akur dengan arahan itu. Mereka sudah dibayar untuk membuat kerja selepas mendapat arahan.
“Pandai juga kau orang berdua berlakon ya?” tanya Razy Radin sekadar berbasa basi. Cek di dalam laci dikeluarkan. Pen yang dicampak tadi kembali dicapai. Tubuhnya sudah ditegakan menghampiri mejanya. Tangannya sudah bersedia untuk menulis di permukaan cek kosong itu.
“Itu sudah kerja kami bro… kau bayar, kami buat kerja kami seperti apa yang kau arahkan setimpal dengan bayaran yang kau keluarkan. Modal besar, kerjanya pun mestilah sama taraf dengan bayarannya,” jawab Shah sambil tersengih memandang rakannya di sebelah. Buat seketika mereka berdua saling bertukar senyuman sinis.
“Bagus. Sebab tu aku selalu panggil kau untuk buat kerja,” puji dan jelas Razy Radin sambil menceraikan sehelai cek dari bukunya yang telah ditulis jumlah yang sepatutnya. Cek itu dihulur kepada Shah.
Shah menyambut cek itu dengan sengihan melebar. Sekilas dia mencium bau kertas cek itu.
“Itu separuh dari bayaran yang telah kita persetujui. Selebihnya macam biasa,” maklum Razy Radin sambil menyimpan semula buku ceknya ke dalam laci meja.
“Ingat ya, biar pecah di bontot jangan pecah di mulut?” sambungnya memberi amarah keras sekeras kerasnya.
Shah dan rakannya saling berpandangan. Pelik mendengar peribahasa Razy Radin itu. “Pecah di perutlah…” serentak mereka berdua membetulkan.
“Sibuklah!” tepis Razy Radin menutupi rasa malunya. Namun, egonya tetap meninggi dan tidak sesekali mahu mengaku kesalahannya.
“Ingat pesanan aku tu,” pesan Razy Radin lagi.
“Pesanan apa?” tiba-tiba muncul satu suara bertanya dari arah pintu pejabat itu. Tidak perasan yang pintu pejabat itu tidak menutup rapat. Mereka bertiga saling berpandangan sambil menelan liur, kesat. Yang kelihatan lebih cemas adalah Razy Radin.
Dia dengar ke? Hatinya tertanya sendirian penuh kerisuan. Dia berharap insan itu tidak mendengar perbualan mereka tadi. Jika tidak, berantakanlah rancangannya. Buat seketika mereka berempat saling kaku dan padang memandang.
*****
HABIS seluruh pelusuk butik itu dipandangnya. Ini kali pertama Didi Dania melangkah ke butik ini. Nampak elegen dan bercitarasa tinggi. Setiap pelanggan yang melangkah ke butik ini boleh dikatakan mewah.
“Ya ampun Feroz, kau nak suruh aku pilih baju kat butik ni ke? Kau tak rasa mahal ke baju-baju kat sini?” tanya Didi Dania teruja sekali sambil meliarkan anak matanya ke setiap baju-baju glamour yang ada di dalam butik itu.
Didi Dania melangkah menghampiri sepasang baju yang tersarung pada sebuah tubuh patung. Baju kembaya labuh moden yang bergemerlapan dengan ratusan manik kristil bersulam cantik membentuk kerawang yang menawan. Terpegun seketika dia dengan baju kebaya itu.
“Ya Allah, cantiknya baju ni. Kalau aku pakai baju ni ke majlis tu, pasti meletop okey!” ujar Didi Dania sambil menyentuh fabrik baju itu dengan lembut. Fikirannya sudah menjauh berangan dia memakai baju itu ke Majlis Tari Menari Gemerlapan itu, esok.
“Kau gila! Kau tak tengok ke harga dia kat lebel belakang koler baju tu,” marah Feroz sambil bercekak pingang. “Ringgit Malaysia tiga ribu lima ratus kau tahu? Kau mampu?” sambungnya lagi.
“Ye ke?” tanya Didi Dania terkejut. Membulat matanya memandang Feroz. “Apa hal mahal sangat? Kalis peluru ke baju ni?”
“Kalis peluru kepala otak kau! Sah-sah semua kristal yang berjahit kat baju ni made in Korea kau tahu? Mestilah harga dia mahal. Kau ni pun…” balas Feroz.
Didi Dania angguk akur lalu menyambung membelek pakaian di hadapannya itu.
“Ni lagi satu aku nak tanya kau. Apa kes nak pakai baju kebaya ke majlis tari tari menari tu? Lari konsep betullah kau ni. Kita pergi majlis tari menari berentak balled. Bukan joget lambak Cik Didi Dania oiii…” ujar Feroz sambil meneleng-nelengkan kepalanya.
Didi Dania tersengih sumbing. “Tak boleh ek?” semakin lebar sengihannya sehingga menampakan barisan giginya yang memutih.
“Dan akhir sekali aku nak bagitahu kau. Kau janganlah nak berangan pakai baju-baju yang ada kat butik ni. Sah-sah butik ni khas untuk yang ‘ada-ada’ (berada) aje. Orang macam kita ni tak layak langsung okey?”
Berkerut dahi Didi Dania mendengar kata-kata Feroz itu. “Dah tu? Aku nak pakai baju yang mana? Kau kata kawan kau nak sponsor baju aku, kan?” ungkit Didi Dania. Feroz yang maklumkan kepadanya ingin membawanya ke butik kawannya untuk memilih baju yang bakal ditaja. Sekarang, apa dah jadi?
“Memanglah, tapi ini bukan butik kawan aku. Butik kawan aku kat depan tu hah. Bukan butik ni. Kau ingat, layak ke kau nak pakai baju-baju yang ada kat butik ni?” jawab Feroz sambil menarik hujung baju Didi Dania supaya melangkah keluar dari butik itu. Sah! Didi Dania sudah salah masuk butik.
“Butik pengantin ni ke?” tanya Didi Dania hairan sambil memandang sebuah butik pengantin di hadapannya. Bersusun bunga paha di ruang depan butik itu yang masih belum dibeli oleh pembeli.
“Yalah, takkan bengkel basikal pulak, kan? Dah! Kau jangan nak demand berangan diva. Masuk cepat, kawan aku dah tunggu kat dalam tu…” ajak Feroz sambil melangkah masuk ke dalam butik itu.
Dengan teragak-agak Didi Dania melangkah masuk. Feroz ni biar betul. Dia nak suruh aku pakai baju pengantin ke, ke majlis tu? Biar betul? Tak pasal-pasal tak kahwin aku sebab pakai baju pengantin awal-awal sedangkan pengantin lelakinya entah siapa. Rungutnya di dalam hati.
“Hai nok… welcome to my boutique…” sapa Sally, rakan baik Feroz merangkap yang empunya butik ini penuh sopan dan mesra sekali.
“Hai nok…” sambut Feroz juga mesra. Mereka bersalaman dan pipi bertemu mimpi. “Kenalkan, ini kawan aku. Didi Dania. Dia nilah yang nak kau sponsor,” Feroz memperkenalkan Didi Dania kepada Sally.
Tajam Didi Dania merenung Feroz. Suka hati dia aje kata aku yang mintak di sponsor. Dia yang beria suruh aku pergi majlis tu dan mintak kawan dia sponsor aku. Aku pulak yang kena. Kurang asam betul Feroz ni. Rungutnya di dalam hati sambil mengukir senyum janggal memandang Sally. Mereka bertukar senyuman. Mahu salam tidak boleh. Haram… walaupun Sally itu imejnya ‘cun-melecun’. Lumrahnya tetap haram kalau bersentuhan. Walaupun suaranya begitu ‘ayu’ sekali. Halkum dileher tetap sebesar buah pinang. Macam mana tu? Siapa nak jawab? Hatinya berdetik.
Sally memandang tubuh Didi Dania atas bawah. Menilai baju yang bagaimana secocok untuk bentuk tubuh Didi Dania yang kurus dan tinggi lampai persis Nasha Aziz itu. Dengan perlahan dia mengetuk dagunya yang bersalut mekap terbal sambil berfikir.
“Boleh tahan cantik jugak kawan kau ni. Kalau dia jadi model butik aku ni untuk baju pengantin khas untuk wanita muslimah mesti meletop,” puji Sally sambil memandang Feroz.
“Yang kau tengok aku apa hal? Yang cantik tu, kawan aku Si Dania ni. Bukan aku,” Feroz kurang selesa bila Sally memuji Didi Dania tetapi memandangnya penuh makna.
“Kau buat apa nok. Badan macam anak badak, ada hati nak pakai baju-baju rekaan aku. Tak kuasa aku nak orter nok. Badan kalau dah tak ada cutting, sesuai pakai baju mengandung aje nok. Tak kuasa aku nyah!” balas Sally sambil melangkah ke dalam butiknya. Sempat dia menjeling meluat pada Feroz. Berangan!
Didi Dania tergelak-gelak mendengar kata-kata Sally itu. “Hahaha… badan macam anak badak. Puaka sungguh mulut kawan kau tu ya? Mengutuk kawan baik dia sendiri… ‘kaw-kaw’. Gol tu memang ‘kaw’lah… hahahaha…,” perli Didi Dania sambil menyambung gelaknya.
“Hah! Gelak… gelak. Sukalah tu orang kata aku anak badak. Benci!” rengus Feroz sambil menjeling meluat.
Beberapa minit kemudian, Sally muncul dari dalam bersama sepasang gaun malam di tangan yang masih bersalut plastik. Walaupun baju pengantin, tetap sesuai dipakai untuk majlis-majlis glamour dan makan malam. “Mak rasa, baju ni paling sesuai untuk kau nok,” ujar Sally pada Didi Dania sambil menunjukan baju di tangannya pada Didi Dania.
Feroz terlopong melihat baju itu. Cantik… hanya perkataan itu yang terluah dari bibirnya ketika ini.
Didi Dania pula sudah menggigit jari. Terkejut melihat baju itu. Terkaku dia buat seketika.
*****
“SIAPA mereka berdua tu? Macam pelik aje? Adakah…” Juliana tidak menghabiskan kata-katanya bila mindanya mula ditujah dengan satu persoalan negatif yang sangat merungsingkan.  Hairan melihat dua lelaki yang barusan keluar dari pejabat sepupunya ini. Berkerut dahinya memandang Razy Radin di hadapannya.
“Tak ada siapalah. Duduklah, yang kau tercegat kat situ apa hal?” pintas Razy Radin mengelabah. Dadanya berdetak laju. Kuatir rahsianya akan terbongkar. Jika Juliana tahu siapa dua lelaki tadi, pasti rancangannya akan tergugah. Tidak senang duduk dia dibuatnya.
Juliana masih hairan dan pelik melihat Razy Radin yang serba tidak kena itu. Seolah cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya. Namun, tidak pula dia mahu bertanya lebih. Bimbang sepupunya itu menganggap dia cuba menjaga tepi kainnya. Dengan perlahan dia melabuhkan punggungnya di atas salah satu kerusi yang ada di hadapan meja Razy Radin.
“Maaflah kalau saya datang ni mengganggu Abang Razy,” pohon Juliana serba salah pula. Bertandang tanpa diundang dan tidak memaklumkan terlebih dahulu. Apa yang pasti gelojak jiwa yang memberontak di kalbunya perlu diselesaikan. Selagi tidak jumpa jalan penyelesaian. Selagi itu, dia tidak akan tenang jiwa.
Razy Radin mengeluh lega dalam sembunyi. Lega bila Juliana tidak bertanya lanjut mengenai dua orang suruhannya tadi. Tubuh yang tiba-tiba terasa hangat dan berkeringat, mula terasa dingin dek hembusan alat pendingin hawa yang menyembur perlahan memenuhi ruang pejabat itu. Hilang terus fokusnya pada kerja-kerjanya yang tergendala tadi.
“Ada apa kau datang ni? Kau ni, kalau datang ke pejabat aku mesti ada benda kau nak, kan? Pastinya pasal Noah. Betul tak?” tanya Razy Radin. Tidak berkaitan langsung dengan apa yang dipohon oleh sepupunya tadi.
Juliana menarik muncung. Seolah merajuk. Memang benar tebakkan sepupunya. Dia ke pejabat ini memang ada sesuatu yang diinginkan dari Razy Radin memandangkan Razy Radin pernah berjanji ingin menolongnya mendapatkan Noah Zuhairi untuknya. Hanya pada abang kepada Noah Zuhairi itu sahajalah dia sandarkan harapan kerana dia tahu, hubungan di antara Noah Zuhairi dan Razy Radin tidak pernah sebulu sejak kecil lagi. Sebab itu dia mempergunakan Razy Radin. Mengambil kesempatan di dalam kesempitan.
Mestilah aku datang sini nak mintak kau buat sesuatu. Tak ada masa aku nak buat lawatan ke sini jumpa kau wahai Encik Razy Radin oiii. Juliana bergumam. Namun, suaranya hanya sekadar berdengung di kerongkong sahaja.
“Kau ada kata sesuatu ke?” tanya Razy Radin bila telinganya menangkap dengungan suara Juliana. Dia yakin, dia telah disindir oleh sepupunya itu.
“Eh, mana ada… mana ada saya kata apa-apa. Abang Razy ni, fikir yang bukan-bukan aje,” mengelabah Juliana menidakkan.
So, apa hal kau datang ke pejabat aku ni?” ulang Razy Radin sambil menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Malas untuk berbasa-basi lagi.
“Esok… kat kampus kita orang ada Majlis Tari Menari untuk pelajar semester akhir…”
“Kau nak aku jadi pasangan tari menari kau ke? Please Ju… tak ada masa aku nak menari-nari dengan kau,” pintas Razy Radin sebelum sempat Juliana menghabiskan kata-katanya.
“Apa Abang Razy ni. Boleh tak dengar dulu apa yang saya nak sampaikan?” balas Juliana bengang bila kata-katanya telah dipotong sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya. Perasan betullah mamat ni. Entah bila aku nak ajak dia? Tak malu, bentak Juliana sekadar di dalam hati.
Razy Radin tergelak kecil. Sengaja dia mengusik sepupunya itu. Dia tahu, pastinya hal yang bakal Juliana beritahu sebentar lagi ada kaitan dengan Noah Zuhairi. “Cakaplah apa masalahnya? Kau nak aku kucar-kacirkan majlis tu ke?”
“Bukanlah. Abang Razy ni… fantasi melampau…” rajuk Juliana sambil menarik muncung. Sedih bila kata-katanya terus ditindas sengan tebakkan yang bukan-bukan.
So, cakaplah apa masalahnya?”
“Macam ni…” Juliana mula bercerita mengenai masalahnya mengenai Noah Zuhairi yang telah bersetuju untuk ke majlis itu.
“Noah nak ke majlis tu? Macam pelik aje? Dia tukan brutal. Mat rock. Minat genre rock. Ni apa hal pulak tertukar line ke tarian berentak balada ni? Dah kena sawan ke apa budak tu?” tanya Razy Radin hairan selepas Juliana selesai bercerita. Namun, ceritanya masih belum habis sepenuhnya. Seperti biasa Razy Radin suka mencelah. Sabar ajelah…
Razy Radin terus tergelak. Setahunya, adiknya itu tidak suka konsep ‘jiwang karat’. Gendre alternatif pilihannya. Terbaru, adiknya itu mula obsess dengan genre inde. Bukan India ya? Tetapi, Independent music istilahnya. Yang dinyanyikan oleh independent band.
“Bukan itu masalahnya sekarang ni Abang Razy,” keluh Juliana lemah sekali. Mindanya sudah buntu untuk memikirkan penyelesaian masalah jiwanya itu. Dia yakin dia tidak mampu untuk merosakkan rancangan Noah Zuhairi dan Didi Dania sendirian. Dia perlukan bantuan seseorang. Dan orang itu adalah Razy Radin.
“La… belum habis lagi ke ceritanya? Kenapa kau tak habiskan cerita kau?” tanya Razy Radin yang menyangka Juliana sudah habis bercerita sebentar tadi.
“Macam mana nak habis kalau Abang Razy duk mencelah sebelum saya habis bercerita?” sindir Juliana bosan. Meluat dan menyampah pun ada juga dengan lelaki berlagak bagus di hadapannya itu.
“Jadi, apa masalahnya? Kau dah  kena terminate untuk ke dari majlis tu?” tebak Razy Radin lagi dengan satu tebakan yang menyindir. Tergelak-gelak dia melihat muncung Juliana semakin panjang.
“Abang Razy ni… orang serius dia main-main pulak. Noah pergi ke majlis tu dengan Si Didi Dania tu. Mana boleh Abang Razy. Noah perlu berpasangan dengan saya. Bukan dengan perempuan kampung tu,” jelas Juliana sehabis-habisnya. Langsung tidak memberi peluang pada Razy Radin mencelah.
Ketawa Razy Radin yang berdecak tadi mereda mendadak. Lama dia memandang wajah Juliana. Apa yang diberitahu oleh Juliana itu telah menerbitkan satu perasaan aneh di dalam benaknya. Sesuatu yang berbau iri. Mula terasa seolah Noah Zuhairi tidak layak untuk Didi Dania yang baru dia kenali semalam. Balutan luka di tangannya dipandang pula. Dari incident yang menyebabkan tangannya itu terlukalah wajah gadis itu mula melekat di dalam tabir mindanya.
“Abang Razy… are you okay?” tanya Juliana bila melihat Razy Radin tiba-tiba terdiam.
“Apa?” tanya Razy Radin blurr. Terpinga-pinga dia memandang Juliana di hadapannya.
“Tanya kita pulak,” rajuk Juliana sambil mengendurkan tubuhnya. Dia berharap agar Razy Radin dapat membantunya. “Abang takkan tak ada idea nak halang Noah dari pergi ke majlis tu dengan perempuan yang menyakitkan hati saya tu. Tak sukalah…” sambungnya dengan rengusan manja. Maklumlah anak tunggul. Manjanya terkadang terlalu berlebihan.
Razy Radin diam seketika. Memikirkan tentang masalah yang telah dibawa oleh Juliana itu. Dalam tidak sedar dia juga berterima kasih kepada Juliana kerana membawa perkhabaran itu. Perasaan yang baru pertama kali memutik di hatinya itu yang menyebabkan dadanya terasa senak dan mendorong jiwanya itu tidak membenarkan Noah Zuhairi ke majlis itu dengan Didi Dania sedangkan dia tidak ada kaitan langsung dengan majlis itu.
“Tak apa, aku ada rancangan. Apa-apa hal aku call kau malam nanti untuk membincangkan hal ni,” mendengar kata-kata Razy Radin itu membuatkan senyuman gembira Juliana terukir lebar. Dia tahu, Razy Radin pasti akan menolongnya. Apakah rancangan itu? Jeng jeng jeng…





Gratisan Musik