BAB 09
“WAH!!! Hari ni pesta makan ke?”
terjerit Kamal Adli melihat hidangan di atas meja makan. Pelbagai jenis lauk
dan kuih muih. Tidak pernah-penah di dalam rumah sewa yang ada tiga bilik dan
tiga penghuninya ini meraikan pesta makan besar-besaran sebegini. Dengan nafsu
makan yang membuak-buak dikala perut kosong dan berkeroncong, pantas Kamal Adli
cuba mencapai seketul ayam goreng rempah yang berlonggok di atas pinggan.
Plepap!
Belum
pun sempat jarinya menyentuh seketul ayam goreng rempah itu, satu tamparan kuat
menghinggap pada punggung tangannya.
“Kau
jangan nak mengada-ngada mencuri makanan itu ya?” marah Feroz yang tiba-tiba
muncul dari dapur bersama semangkuk besar nasi yang masih panas di tangannya.
Sinis wajahnya memandang Kamal Adli yang sudah tersengih sambil mengaru
belakang kepalanya. Terkantoi sudah…
“Kau
masak semua ni?” tanya Kamal Adli sambil menghidu keenakan bau makanan-makanan
yang terhidang di atas meja.
“Aku
nak masak? Tak kuasa aku,” jawab Feroz dengan rengusan sambil meletak mangkuk
di tangannya di tengah meja.
“So, kau beli semua ni? Banyak duit kau?”
tanya Kamal Adli lagi, kehairanan. Kelender yang tersangkut di tepi dinding
dipandang sekilas. 26 haribulan. “Kaya raya jugak
kau ek, hujung-hujung bulan macam ni? Kau tak gunakan ke pinjaman PTPTN kau
bulan ni?” tanyanya lagi semakin hairan. Dia yang boleh dikatakan suka berjimat
pun, tetap ‘sengkek’ di kala hujung
bulan begini.
“Sibuklah
kau!” jeling Feroz lalu kembali melangkah semula ke dalam dapur.
“Kau
beli kat mana semua lauk-lauk ni?” laung Kamal Adli sambil mencuit sedikit
kerak ayam goreng rempah tadi lalu dimakan. Sempat dia menjeling ke arah dapur,
memastikan Feroz tidak melihat perbuatannya itu. Sedap!
“Kat
Restoran Mak Cik Gayahlah. Kat mana lagi…” jawab Feroz dari dalam dapur.
“Wah…
kau ada skandal ke dengan Makcik Gayah tu?”
“Bangang
kau!!!” jerit Feroz terkejut mendengar kenyataan Kamal Adli itu. Langsung tidak
berasas. Tak kuasa aku! Bentaknya di dalam hati.
“Ada
tetamu VVIP ke?” tanya Kamal Adli lagi sambil mencuri seketul bunga kobes masak
tumis lalu di makan. Terjengah-jengah dia ke dalam dapur melihat kelibat Feroz.
Jika kanoti lagi, pasti salah seorang rakan serumahnya itu akan menjerit macam
perempuan gila.
“Tak
adalah, sangaja aku sediakan ini semua untuk seseorang…” jawab Feroz hendak
tidak hendak saja sambil membawa sejag air sirap sejuk ke ruang makan. Jag itu
diletakan di hujung meja kerana kawasan tengah meja sudah penuh dengan lauk
pauk. Meja makan mereka pun bukannya besar mana pun. Muat untuk tiga orang
makan sahaja.
“Assalamualaikum…”
muncul insan yang di nanti di muka pintu. Lekas Feroz memandang ke arah insan
itu dengan senyuman gembira.
“Waalaikumussalam…
dah balik pun kau Noah,” sambut Feroz lalu melangkah menghampiri Noah Zuhairi
yang sedang membuka kasut di muka pintu. Kamal Adli yang sedari tadi berdiri tidak
jauh dari meja makan itu memandang Feroz dengan kerutan di dahi.
“Eh,
apa hal dengan kau ni Feroz? Tak pernah-penah menyambut kepulangan aku.
Taba-tiba hari ni kau menyambut kepulangan aku? Kenapa tak jemput aku dengan red carpet dan sirih junjung sekali?”
tanya Noah Zuhairi hairan sekali. Helmet di tangan diletak di atas rak kasut
bersebelahan dengan pintu utama rumah itu.
Feroz
merengus benci. “Demand. Nak jugak ala-ala sambut VVIP. Menyapah!”
“Alalala…
buat muka comel pulak dia kat sini. Apa sebenarnya dah berlaku ni? Wow…” Noah
Zuhairi sudah menangkap satu bau yang cukup menyelerakan. Hidungnya sudah
menyungut mencari bau yang sungguh enak itu. “Bau apa ni, macam sedap aje… Chaf
Wan baru datang buat rancangan masak-masak kat sini ke?”
Feroz
kembali mengukir senyum. “Banyaklah kau punya Chef Wan. Marilah makan, aku ada
masakan makanan untuk kau ni,” teruja sekali Feroz mengajak Noah Zuhairi makan.
Lekas dia menarik tangan Noah Zuhairi menuju ke meja makan. Sebenarnya, ada
udang di sebalik batu.
“Wa…
banyaknya makanan?” tanya Noah Zuhairi terkejut sekali selepas melihat hidangan
yang pelbagai di atas meja.
“Duduklah,”
suruh Feroz tidak sempat menyempat pada Noah Zuhairi.
“Hai…
takkan aku yang tercegat kat sini dari tadi hanya jadi pemerhati setia kau
orang makan? Tak nak jemput sekali ke?” sampuk Kamal Adli bila keberadaannya di
situ seolah tidak diendah langsung.
Senyuman
Feroz kaku. Sinis dia memandang Kamal Adli yang merasakan seolah pengacau dalam
rancangannya ketika ini. “Kalau tak malu, duduklah…” pelawa Feroz tidak ikhlas.
Kamal
Adli tersengih. Tanpa segan silu dia melabuhkan punggungnya dia tas kerusi
kosong yang bersebelahan dengan Feroz dan berhadapan dengan Noah Zuhairi.
“Lantaklah kau nak kata tak malu ke apa. Janji kau dah jemput…aku makanlah. Bak
kata orang, rezeki jangan ditolak. Musuh jangan di cari. Hehehehe…” ujarnya sambil mencapai mangkuk berisi nasi lalu
disenduk ke atas permukaan pinggannya.
Feroz
menjeling. Dasar tak malu betul Si Kamal Adli ni. Benci! Rengus Feroz di dalam
hati.
Noah
Zuhairi tergelak-gelak melihat gelagat rakan serumahnya itu. Bukan dia tidak
kenal sikap Kamal Adli. Pantang dipelawa makan. Laju sahaja.
“Ni
apa hal kau tiba-tiba baik dengan aku ni Feroz? Tak pernah-pernah kau nak masak
untuk aku,” tanya Noah Zuhairi sambil memandang Feroz yang sedang menyenduk
nasi ke atas pinggannya. Dia hairan dengan sikap Feroz hari ini. Tidak pernah
dia dijamu seperti pengantin atau istilah popularnya bagai raja sehari.
Feroz
tersengih sambil menyenduk nasi ke atas permukaan pinggan Noah Zuhairi.
“Masak?
Bukan kau kata kau beli kat Restoran Makcik Gayah ke?” tanya Kamal Adli hairan
sambil menyuap nasi ke dalam mulut. Pelahap sekali. Seolah tidak makan
seminggu.
“Sibuklah
kau!” maki Feroz menyampah. “Dah bagi makan… makan ajelah. Tak perlulah nak
pecahkan rahsia aku.” Sambungnya lagi sambil mencapai seketul ayam goreng
berempah lalu diletakan di dalam pinggan Noah Zuhairi. Mangkuk berisi sayur
campur masak tumis dicapai lalu dihidangkan kepada Noah Zuhairi.
“Kantoi
sudah… setahu aku kau ni Feroz, ‘ratu mi segera’. Hari-hari mengamalkan konsep penjimatan
berganda. Dengan mi segera tulah kau pelbagaikan. Goreng, rebus, panggang,
goreng dan kukus. Semuanya berkonsepkan mi segera. Bila kau kata kau masak
makanan ni semua. Hairan bin ajaib jugak aku.
Ni mesti ada apa-apa kau nak aku buat ni kan?” tebak Noah Zuhairi mula menghidu
sesuatu.
“Isy
kau ni… ke situ pulak,” dalih Feroz
sambil menuang kuah pucuk ubi masak lemak di atas nasi Noah Zuhairi. “Saja aku
nak meraikan kejayaan kita kerana dah tamat belajar. Lepas ni, masing-masing
dah bawa hala tujusendiri. Entah bila boleh jumpa lagi. Tak gitu Kamal?”
sambungnya. Sengaja dia beralih ke arah Kamal Adli. Ingin memerli kawannya itu
yang begitu berselera menjamah makananya seolah dia pula tetamu VVIPnya. Over!
Kamal
Adli tersedak. Terkejut dengan sergahan Feroz di hujung kata-katanya itu. Jag
berisi air sirap sejuk di hujung meja dicapai lalu isinya dituang ke dalam
salah satu gelas yang ada. Kemudian, air itu diteguk ragus. Melancarkan salur
makannya yang terasa sesak. Selepas lega, dia tersengih sumbing memandang ke
arah Feroz dan Noah Zuhairi bergilir-gilir.
Noah
Zuhairi sudah tergelak-gelak. “Makan pelahap macam sebulan tak makan, macam
tulah jadinya.”
“Tahu
tak apa,” Feroz menyokong kata-kata Noah Zuhairi. Gelas kosong dicapai lalu
dalamnya diisi dengan iar sirap sejuk lalu diletakkan di sebelah Noah Zuhairi.
“Feroz,
kau ada letak racun atau ubat guna-guna dalam makanan ni ke?” tanya Noah
Zuhairi sengaja dia ingin mengusik Kamal Adli.
Huk! Huk! Huk!
Sekali
lagi Kamal Adli terbatuk-batuk.
“Kau
dah gila? Kau ingat aku ni zalim sangat ke? Kalau aku letak racun, sah-sah Si
Kamal di lama torgolek mengelupur dan berbuih mulut macam kena sawan babi,”
tepis Feroz.
Terburai
ketawa Noah Zuhairi melihat keadaan Kamal Adli ketika ini. Merah padam mukanya
menahan sedaknya.
“Kau
orang ni sengaja nak aku mati tersedak, kan?” rajuk Kamal Adli sambil menyambung
suapannya.
“Dahlah…
Noah, makanlah… makanlah…” suruh Feroz manja sekali.
“Yalah…
yalah…” akur Noah Zuhairi sambil membaca doa makan. Selesai sahaja dia mula
mejamah makanan.
Senang
hati Feroz bila Noah Zuhairi berselera makanan yang dibelinya itu. “Noah…”
rengeknya manja sekali.
Noah
Zuhairi yang sedang mencarik ayam goreng berempah di atas pinggannya memandang
Feroz sekilas. “Kau tak makan sekali ke?” jawabnya dengan pertanyaan yang
langsung tiada kaitan dengan rengekkan Feroz tadi. Nadanya pun tidak sama.
“Tak
apalah, kau makanlah dulu. Sebenarnya… aku ada satu hajat nak bagi tahu kau…”
Noah
Zuhairi mengeluh halus. “Aku dah agak dah. Kalau kau buat baik dengan aku,
mesti ada benda kau nak dari aku, kan? Aku ingat lagi dulu, kau beria kasi aku
sebakul coklat. Besar pulak tu. Kau
nak aku tolong kau bancuh simen untuk
assignment kau… sekarang ni apa pulak?”
seperti yang diduga, pasti ada sesuatu yang diinginkan oleh Feroz.
Feroz
tersengih. Terasa berat pula mahu meluahkan apa yang sedang terbuku di hatinya
ketika ini. Khuatir Noah Zuhairi tidak berkenan.
“Sebenarnya…
aku nak suruh kau...” tersekat di situ. Segan pula ingin menghabiskan kata-katanya.
“Cakap
ajelah. Kalau aku boleh tolong, aku tolong. Sebelum ni kau suruh aku bancuh
simen. Kali ni, nak suruh aku buatkan rumah batu untuk kau pulak ke? Dah macam pekerja buruh kasar asing dah aku rasa diri aku
ni,” celah Noah Zuhairi bila melihat Feroz berat untuk meluahkan apa hajatnya.
Ayam goreng berempah di tangannya digigit rakus. Mulutnya sahaja bercakap,
matanya terus tepat pada makan di atas pingganya.
“Sebenarnya…
aku dan Dania nak ajak kau ke Majlis Tari Menari Gemerlapan tu...” dengan
sengihan panjang dan tersipu-sipu malu, Feroz meluahkan apa yang dihajatinya.
Burrr!!! Serentak Noah Zuhairi dan Kamal
Adli tersembur isi mulut masing-masing ke arah Feroz. Terkejut selepas
mendengar hajat Feroz itu.
Feroz
memandang Noah Zuhairi bengang dengan nasi dan lauk pauk yang melekat di wajahnya.
Tidak pasal-pasal dia disembur petang ini. Tiba-tiba sahaja dia rasa menyesal
kerana buat perkara ini.
*****
PETANG itu, Didi Dania telah ke bandar
menghantar Hameedah ke stesyen bas berhampiran rumah sewa mereka. Hameedah
ingin pulang ke rumah kakaknya di Kota Tinggi sebelum berangkut segala
barang-barangnya di rumah sewa mereka. Maklumlah, mereka sudah tamat pengajian,
sudah tiba masanya untuk memberikan rumah sewa mereka kepada junior-junior
mereka yang sedang ‘ketandusan’ rumah sewa.
“Dania,
kau jaga diri kau baik-baik ya? Jangan nakal-nakal,” pesan Hameedah sambil
memeluk erat tubuh Didi Dania. Sedih sekali suaranya.
“Oit! Kau ni apa hal feeling-feeling nak balik kampung beraya sakan? Kau balik rumah
kakak kau dua hari aje kan?” tanya Didi Dania dengan suara yang lantang dek
suasana stesyen bas yang hingar-bingar itu.
Hameedah
tersengih. “Aku sengaja feeling-feeling
macam tu. Lepas ni kita dah tak boleh nak merasa feeling-feeling sedih kat buses
stand ni bila nak balik cuti raya atau cuti sem. Betul tak?” balas Hameedah
sambil tergelak-gelak. Beg galasnya yang tersandang pada bahu dibetul-betulkan
kedudukannya.
Didi
Dania menjeling meluat. “Kau ni ada-ada ajelah. Dahlah, cepat naik bas tu.
Abang kondaktor tu dah dari tadi menjerit panggil kau?”
“Isy
kau ni, dia bukan panggil akulah… dia panggil kau tu,” tetap Hameedah tidak
mahu kalah mengusik.
Didi
Dania tergelak sambil menampar pelahan bahu Hameedah.
“Okeylah,
aku gerak dulu. Jumpa dua hari lagi…” pamit Hameedah lalu mereka bersalam dan
pipi bertemu pipi.
Didi
Dania tersenyum sambil mengekori langkah Hameedah dengan pandangannya sehingga
kelibat Hameedah hilang di sebalik bas. Selepas tiga minit, bas yang dinaiki
Hameedah mula bergerak meninggalkan stesyen bas itu. Hanya lambaian pengiring perpisahan
mereka. Selepas kelibat bas yang dinaiki Hameedah semakin menjauh, barulah Didi
Dania meninggalkan ruangan menunggu itu.
“Hameedah…
Hameedah… lepas ni mesti aku akan merindui setiap memori sepanjang aku hidup
sebumbung dengan kau,” bisiknya perlahan sambil melangkah meninggalkan kawasan
itu. Keadaan stesyen bas itu agak sesak ketika ini. Kebanyakkannya pendatang
asing yang gemar duduk melepak di ruang menunggu itu.
Terasa
geli bila handsetnya yang di dalam
poket seluar jeannya bergetar. “Eeee….” Didi Dania mengigil kegelian sambil mengorek
isi poket jeannya. Telefon bimbitnya memekik sambil bergetar. Tertera nama
Feroz pada skrin sedang membuat panggilan. “Apa hal pulak ‘minah’ ni call aku
time macam ni?” dia tertanya
sendirian sebelum menekan butang hijau. Dia sudah melangkah keluar dari
bangunan stesyen bas itu.
“Hallo,
ha kau… ada apa call aku ni?” tanpa
memberi salam, laju sahaja Didi Dania menujah pertanyaan itu sejurus talian
disambungkan.
Diam.
Namun, keadaan sekeliling terus bising dengan bunyi suara cakap-cakap manusia.
Yang paling ketara kedengaran adalah bunyi enjin dan hon kenderaan yang lalu
lalang di atas jalan raya di hadapannya ketika ini. Telinga terus mendengar
setiap bebelan Feroz di hujung talian.
Tanpa
sedar langkahnya sudah sampai di pinggir jalan untuk ke seberang jalan. Ke
kawasan parkir motor. Sekilas dia memandang ke kiri dan ke kanan melihat
kederaan yang semakin banyak. Kadaan lalu lintas pula agak sesak ketika ini.
Mungkin waktu makan tengah hari, semua pekerja-perkaja yang berkerja di kawasan
ini sedang mengunakan jalan raya ini untuk mencari restoran berhampiran.
“Apa?
Kau biar batul? Kau tak tipu akukan?” tanya Didi Dania teruja sekali tanpa dia
sedar dia sedang berdiri di bahu jalan ketika ini. Perkhabaran yang dimaklumkan
oleh Feroz itu benar-benar mengembirakannya.
“Kau
tak bergiraukan? Kau bukan nak kenakan aku kan?” tanya Didi Dania untuk
kepastian.
“Kau
ingat sekarang ni kita kat dalam rancangan Wakenabeb?
Bang Bang Boom? Pleaselah Didi. Aku
terpaksa mengorek isi duit tabung ayam aku semata-mata nak belanja Si Noah tu
nak ajak dia ke Majlis Tari Menari Gemerlapan tu tau?” maki Feroz di hujung
talian. Nyaring sekali kedengaran dari alat pembesar suara telefon bimbit Didi
Dania.
Keseronokan
Didi Dania tidak terkata saat ini. Bagai mimpi jadi realiti.
“Sukalah
tu… tak sesuai tau dia ni… gedik!” perli Feroz dengan nada menyindir.
“Ok
Feroz. Thank you for your information.”
Ucap Didi Dania kesukaan.
“Ni…
Noah dah nak pergi ke majlis tu. Kau jangan tak pergi pulak,” Feroz mengingatkan semula janji mereka.
“Baik
bos…” balas Didi Dania kemudian talian dimatikan. Dia tersenyum lebar.
Tiba-tiba tanpa dia sedar…
Ton!!!
Kedengaran
bunyi hon yang begitu kuat dari arah sisi kanannya.
“Cik!
Ke tepi!!!” semuanya berlaku terlalu pantas. Tiba-tiba muncul seorang lelaki
berbaju kemeja ketat warna biru tua berjalur putih menegak dan berseluar slek
hitam muncul lalu menarik tubuhnya ke tepi. Tapi, malang bagi lelaki itu bila
tubuhnya melayang ke sisi jalan lalu tubuhnya bergesel dengan sebuah motor yang
hampir melangarnya tadi.
“Woi!!!
Buta ke? Kau jalan guna hidung ke apa huh?” maki penunggang motosikal tadi.
Mujur
Didi Dania dapat mengawal imbangan tubuhnya. Jika tidak sudah pasti dia sudah
rebah ke atas tar jalan. Manusia-manusia di sekeliling mereka yang melihat
kejadian yang belaku hanya memandang. Insan yang ingin dilihatnya ketika ini
adalah lelaki yang telah menyelamatkannya tadi.
“Encik!!!”
jerit Didi Dania bila melihat lelaki yang menyelamatkannya tadi sedang
terkial-kial bangkit berdiri.
“Encik
tak apa-apa ke?” tanya Didi Dania risau.
Lelaki
itu bengkit berdiri sambil berkerut muka seolah sedang menahan sakit. Tangannya
terasa pedih. Kelihatan ada darah merah mula menitik dari tapak tangannya. Tangannya
terluka dek terlalu kuat menghentak pada tar jalan semasa dia menahan tubuhnya
dari terus rebah ke permukaan tar jalan yang keras lagi berbatu itu.
“Eh…
tangan Encik berdarah ni,” ujar Didi Dania risau sekali bila terperasan tangan
kiri lelaki di hadapannya itu berdarah.
“Eh…
tak apa, sikit sahaja ni…” jawab lelaki itu sambil menahan sakit.
“Sikit
Encik kata? Berdarah banyak ni. Mesti ada batu dalam tu. Bahaya tu kalau dibiar
lama. Kena bawa ke klinik. Cuci…” ujar Didi Dania cemas sekali sambil
mengeluarkan sapu tangannya dari tas tangannya. Dengan lembut dia membalut
tangan lelaki itu bertujuan untuk memberhentikan pengaliran darah dari dari
terus menitis.
Lelaki
itu hanya melihat wanita di hadapannya itu membalut tangannya. Sudah seperti
dalam drama TV pula. Manusia yang ada di sekelingnya tadi tersenyum gembira.
Senang hati mereka dapat melihat babak telenovella di tempat awam begini.
“Apa
kata saya hantar Encik ke klinik. Saya parking
motor saya kat seberang jalan tu. Ni bahaya dibiarkan lama. Takut kuman merebak
dan menyebabkan bernanah. Jom, saya hantar ke klinik,” gesa Didi Dania
bersungguh sekali. Lelaki itu tercedera disebabkan dia. Jadi, dia berasa
tanggungjawab untuk membawa lelaki itu ke klinik.
“Naik
motor?” tanya lelaki itu sambil menelan liur, kesat.
Didi
Dania angguk dengan wajah blur.
“Haah, kenapa?”
Lelaki
itu tersengih janggal. Seumur hidupnya dia tidak pernah menaiki motor. Jadi
penumpang pun tidak pernah. Inikan pula mahu membonceng. Apakah harus dia
menerima kehendak gadis di hadapannya itu?
*****
ANTING-ANTING yang tersangkut pada telinganya
dibuka lalu dihempas kasar di atas meja soleknya. Wajanya di pandang melalui
cermin. Apa yang disampaikan oleh rakannya tadi benar-benar membuatkan hatinya
terbakar. Dia menyangka musuhnya itu tidak akan hadir ke Majlis Tari Menari
Gemerlapan itu. Rupa-rupanya sangkaannya meleset. Musuhnya sungguh berani ingin
mencabar hidupnya.
Sinis
wajahnya memandang wajahnya sendiri melalui permukaan cermin yang berkilat itu.
“Kau
tahu? Tadi, pakwe Si Milah cakap kat
dia, Noah nak ke majlis tari menari tu dengan Didi Dania.” Beria Bedah, salah
seorang rakan sekelasnya memberitahunya dengan muncung bibir yang panjang.
Berbisik ala-ala bergosip gitu.
“Pakwe Si Milah, siapa wei?” tanyanya balik kebingungan.
“Siapa
lagi, si Kamal Adli tulah. Dia kan serumah dengan Noah. Mula-mula aku macam tak
boleh nak hadam bila Milah kata Noah tu nak ke majlis tu. Yalah, setahu aku
Noah tu Mat Rock beb. Tak pasal-pasal
dia ke majlis tari menari macam tu. Tak ke lari konsep tu namanya?” sungguh
teruja sekali Bedah bercerita.
Sedikit
dialog perbualan di antara dia dengan Bedah di cafeteria tadi masih segar terngiang-ngiang di dalam tempurung
kepalanya. Ternyata musuhnya lebih pantas mengatur langkah. Belum sempat dia
mengajak Noah Zuhairi ke majlis tari menari itu. Musuhnya sudah lebih awal
mengajak buah hatinya itu.
“Tak
guna kau Dania. Pantang lepa, cepat aje kau mengajak buah hati aku tu ke majlis
tu. Tak sempat menyempat ya?” bebel Juliana sinis sekali pada bayangnya sendiri
yang terbias pada cermin di hadapannya.
Hatinya benar-benar terbakar ketika
ini dengan tindakkan musuhnya. Hasrat dengkinya semakin menyala. Dia akan
pastikan Noah Zuhairi akan muncul bersamanya di majlis itu dan bukannya dengan
Didi Dania. Si wanita bertudung yang tidak tahu berfesyen itu!
“Kau
tunggu ajelah Dania. Aku tak akan lepaskan kau mengejar bahagia kau dengan
Noah. Noah Zuhairi adalah aku punya. Dan bukan hak kau walaupun aku dengan Noah
belum pernah diclare, inikan lagi
bertunang. Jauh sekali…” bebelnya lagi sendirian pada cermin di hadapannya.
Siti
Nurhaliza yang sedari tadi berdiri memandang ke arah Juliana yang sedang
bercakap-cakap di hadapan cermin soleknya mengeleng kehairanan. Dah parah kawan
baik aku ni. Bercakap dengan cemin. Silap-silap lepas ni, dia bercakap dengan almari
pulak… bahaya ni… aku serumah dengan
orang gila rupanya selama ini. Detik hati Siti Nurhaliza sendirian. Niatnya
untuk melangkah masuk ke dalam bilik itu dibatalkan. Dia memesongkan langkah ke
dapur. Malas mahu berbual dengan Juliana yang sudah gila meroyan itu.
Lama
Juliana memandang sinis ke arah cermin. Mindanya laju memikirkan tentang
rancangannya untuk menghalang Noah Zuhairi muncul di majlis tari menari itu bersama
Didi Dania. Dia akan pastikan hal itu tidak akan berlaku. Tas tangannya dicapai
lalu isinya dikorek. Telefon bimbitnya dikeluarkan lalu dia membuat satu
pamggilan.
‘Tut…tut…,’ Juliana merengus kasar bila
panggilannya tidak dijawab.
*****
MUJURLAH waktu makan tengah hari baharu
sahaja berlalu lima minit yang lalu. Jika tidak, sudah pasti poliklinik ini akan
akan sesak dengan pesakit. Namun, masih kelihatan beberapa orang pesakit yang
kelihatan lemah sekali sedang menanti giliran untuk bertemu dengan doktor.
“Encik
okey, kan?” tanya Didi Dania risau sekali selepas lelaki yang menyelamatkannya
dari dilanggar oleh penunggang motosikal tidak bertauliah di hadapan stesyen
bas tadi selesa duduk di atas salah satu kerusi yang ada di ruang menunggu itu.
Menanti namanya dipanggil untuk mengambil ubat. Dengan sopan Didi Dania
melabuhkan punggungnya di atas kerusi kosong betul-betul di sebelahnya.
“Doktor
dah cuci luka saya dan balut. Dah kurang sikit,” jawab lelaki itu sambil
memandang Didi Dania yang ralit memandang balutan di tangannya. Gadis itu
begitu risau akannya. Terdetik satu perasaan baru mula bergetar di hatinya.
Satu perasaan yang belum pernah dia rasai sebelum ini. Ini juga kali pertama
seorang gadis begitu bimbangkan akan dirinya. Lama dia memandang wajah Didi
Dania. Bersih dan tenang wajah itu.
“Apa
kata doctor? Teruk ke luka awak ni? Saya betul-betul minta maaf Encik. Mat
rempit tu memang tak bertauliah langsung
bawak motor. Punyalah banyak benda nak dilanggar. Saya jugak yang ditujunya,” bebel Didi Dania risau sekali. Sempat dia
memaki di hujung kata-katanya.
Lelaki
itu tertawa kecil. Geli hatinya melihat gelagat gadis comel di sisinya itu.
Sekarang baru dia sedar daya tarikan wanita itu yang membuatkan adiknya
tertarik. “Panggil sahaja saya Razy,” ujar Razy Radin selepas terasa janggal
bila gadis itu mengelarkan dirinya sebgai ‘Encik’. Motif lain, supaya mereka
lebih mesra. Telefon bimbitnya di dalam poket seluarnya bergetar menandakan ada
panggilan masuk. Namun, dia mengabaikan panggilan itu.
“Doktor
kata luka saya tak serius sangat,” jelas Razy Radin lagi sambil mengukir
senyum. Nampak manis sekali dengan janggut sejemput di dagunya.
Didi
Dania mengeluh lega. “Ingatkan kena jahit tadi. Cuak jugak saya,” dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi, kelagaan. Jika
luka yang dialami oleh Razy Radin serius, pasti dia akan dihambat rasa serba
salah.
Diam
seketika. Terasa bagai ada satu perasaan berbunga di dalam dada Razy Radin
ketika ini. Satu perasaan yang cukup mengembangkan dadanya. Terasa lapang bagai
ada rama-rama bahagia terbang berkeliaran di dalam pekung itu. Terasa diri
begitu dihargai bila ada yang ambil berat walaupun ini baru pertama kami dia
berkamunikasi dengan gadis di sebelahnya itu. Haruman yang menyapa deria baunya
terasa indah untuk dihidu.
“Siapa
nama awak?” tanya Razy Radin selepas beberapa saat mereka terdiam.
Didi
Dania yang termenung jauh memikirkan tentang Majlis Tari Menari Gemerlapan itu
tersentak. Berkecai angannya. Dia memandang Razy Radin di sebelahnya. Senyuman
dihadiahkan untuk lelaki itu. “Nama saya Didi Dania. Panggil sahaja Dania atau
Didi kerana… kedua-duanya nama saya,” jawab Didi Dania dengan senyuman sambil
menegakan tubuhnya.
“Encik…”
“Panggil
sahaja saya Razy,” pintas Razy Radin. Mengelarkan dia dengan gelaran Razy lebih
mesra berbanding Encik Razy.
“Ok…
emm… saya nak ucapkan jutaan terima kasih kerana telah menyelamatkan saya dari
dilanggar oleh mat rempit tadi. Kalau Encik… eh… Razy, tak ada tadi tak tahulah
apalah nasib saya. Mesti dah mati katak kat tengah jalan,” kata Didi Dania
ceria. Sempat lagi dia melawak biasa di hujung kata-katanya.
Razy
Radin tertawa kecil mendengar kata-kata Didi Dania itu. Tidak menyangka gadis
comel di sebelahnya itu pandai berjenaka. Walaupun lawaknya kedengaran biasa,
tetap mengeletek hati kecilnya.
“Ada-ada
sahaja Dania ni. Saya tolong ikhlas. Sesiapa sahaja yang berada dalam situasi
awak tadi, pasti akan saya selematkan jika saya sempat selamatkannya. Buat
baik, pasti akan dibalas baik,” teratur dan manis sungguh alunan biacara Razy
Radin. Segala tutur dan bicaranya dijaga agar lakonannya nampak seperti benar.
“Encik
Razy Radin!” kedengaran nama Razy Radin dipanggil dari arah kaunter ubat.
Serentak Didi Dania dan Razy Radin bangkit dari duduk lalu melangkah menuju ke
kaunter itu. Sampai sahaja di kaunter mereka berdua mengukir senyum manis untuk
jururawat yang menjaga kaunter itu.
“Ini
ubat untuk Encik Razy. Ini ubat cuci luka dan ubat sapu anti bakteria. Cuci dan
sapu pada luka dua kali sehari,” jelas jururawat itu sambil memasukan dua jenis
ubat itu ke dalam plastik.
“Berapa
harga ubat ini?” tanya Didi Dania sambil mengeluarkan dompet duitnya dari dalam
tas tangannya.
“Dania,
tak perlu. Biar saya yang bayar,” tegah Razy Radin bila melihat Didi Dania
beria ingin membayar kos rawatan dan ubatnya.
“Isy,
tak apalah. Awak cedera disebabkan saya. Kalau bukan kerana saya, mesti tangan
awak tak luka begini. Please Encik Razy,
biar saya yang bayar untuk mengakis rasa serba salah dan tanda terima kasih
saya pada Encik Razy kerana telah menyelamatkan saya?” bersungguh Didi Dania
merayu sehingga membutkan hati Razy Radin bagaikan dibakar lalu cair. Terasa
janggal pula ingin memanggil lelaki itu dengan gelaran Razy. Seolah tidak sopan
pula.
Mendengarkan
rayuan itu, Razy Radin akur lalu membiarkan Didi Dania membayar harga ubatnya
yang hanya RM30 itu. Maklumlah poliklinik 100% swasta. Harganya stimpal dengan servis
dan ubat yang diberikan.
Selesai
membuat pembayaran mereka berdua mula melangkah meninggalkan hospital itu.
“Encik Razy, mahu ke mana? Biar saya hantarkan,” tanya Didi Dania selepas
mereka melangkah ke kawasan pakir motosikal yang berhadapan dengan poliklinik
itu.
“Emmm…
saya rasa saya mahu balik ke pejabat saya semula. Tidak mengapa Dania, saya
boleh naik teksi,” jawab Razy Radin lembut. Menolak dengan baik.
“Isy,
tak bolehlah macam tu Encik Razy. Saya yang berangkut Encik Razy ke klinik ni,
takkan saya nak biarkan Encik Razy macam tu aje. Saya taklah sekejam tu Encik
Razy,” bersalah pula dia ingin membiarkan lelaki itu begitu sahaja. Dia telah
terhutang budi dengan Razy Radin.
“Isy,
tak apa Dania. Lagipun saya sudah menghubungi teksi tadi,” Razy Radin menipu
demi untuk melarikan diri. Serik dia mahu naik skuter lagi. Cukuplah sekali
sahaja. Pertama dan terakhir untuknya. Menunggang skuter bersama Didi Dania
satu mimpi ngeri baginya. Nampak sahaja lembut gaya Didi Dania, bila sudah
membonceng skuter, lajunya hanya Tuhan sahaja tahu. Itupun masih mahu
mengelarkan orang lain ‘mat rempit’ sedangkan diri sendiri sudah seperti minah
rempit.
“Betul?”
tanya Didi Dania ingin kepastian. Dah orang tak nak, takkan kita nak
paksa-paksa dan merayu-rayu kut? Tak kuasa aku! Bisik di hatinya tetap berasa
lega. Saving minyak aku. Detik di
hatinya lagi.
“Yup, betul…”
“Kalau
macam tu, saya minta diri dululah ya? Terima kasih kerana selamatkan saya
tadi,” ucap Didi Dania lalu melangkah meninggalkan Razy Radin sendirian di situ
menuju ke arah skuternya. Hatinya kembali disaluti rasa bahagia.
Razy
Radin mengeluh lega. Beberapa saat kemudian senyuman sinis mula terukir di
sebalik bibirnya. Rancangannya berjalan dengan lancar sekali. Namun, seketika
kemudian senyuman itu pudar secara mendadak. Tiba-tiba hatinya bagai di awang-awangan.
Keliru dengan perasaannya sendiri yang mula berperang dengan satu perasan lain
yang baru timbul dan baru dia rasai hari ini. Dia tercampak pula ke dalam
lembah perasaannya sendiri yang mula dilaruti dilema.


Gratisan Musik