BAB 07
“WAH!!!” jerit Feroz sambil mengelak
sandal yang melayang ke arahnya. Mujurlah dia sempat mengelak. Jika tidak sudah
pasti tapak sandal yang penuh dengan tanah itu sudah melekat pada wajahnya. Dia
mengeluh lega sambil mengusap dada.
“Banyak-banyak
manusia yang bergelar lelaki di dunia ni, lelaki tu jugak yang kau upah untuk rancangan kita, dah tak ada lelaki lain
ke? Disebabkan kau aku dapat malu besar kau tahu tak?” maki Didi Dania sambil
membuka sandalnya yang sebelah lagi. Dengan kudrat yang ada dan perasaan marah
yang membuak-buak dia membaling sandal di tangannya sekuat hati ke arah Feroz
yang mula melangkah laju.
Kededuk!
Sandal
itu tepat terkena kepala Feroz.
“Adoi!!!”
jerit Feroz lalu rebah tubuhnya di atas rumput. Mujurlah dia berada di atas
rumput. Jika di atas tar jalan, tidakkah niaya? Terasa pening kepalanya. Inilah
akibatnya kerana menipu.
Taman
rekeriasi itu gamat dengan suara jeritan Didi Dania. Didi Dania bila sudah
marah, nyaring suaranya kalah suara Tarzan. Mujurlah dia memakai seluar jeans
hari ini. Jika tidak susah juga dia ingin bergerak. Dengan perasaan bengang
yang membuak-buak dia melangkah ke arah Feroz yang sedang terkulat-kulat ingin
berdiri. Dengan kasar Didi Dania menelentangkan tubuh Feroz lalu koler baju
Feroz di cengkam kuat.
Manusia-manusia
lain yang ada di taman itu agak terkejut dengan perilaku Didi Dania itu.
Seorang gadis bertudung bergulung-gulung di kepala, dengan kasar cuba memukul
seorang lelaki. Masing-masing tergamam. Tiada yang berani untuk masuk campur
atau cuba meleraikan pergaduhan itu.
“Apa
pandang-pandang, jeling-jeling? Nak kena penampar ke?” maki Didi Dania kasar
sekali kepada seorang lelaki yang tiba-tiba terhenti dari berjoging semata-mata
ingin memandangnya.
Lelaki
itu menelan liurnya, kesat lalu menyambung lariannya. “Kena sawan ke apa minah
ni?” ngumam lelaki itu.
Didi
Dania kembali memandang Feroz yang masih terlentang di atas rumput sambil
mengigit jari dek rasa ketakutan. Bengis wajahnya memandang Feroz. Apa yang
telah Feroz lakukan terhadap dirinya benar-benar memalukan. Tujuh keturunan dia
kena gelak dengan Noah Zuhairi selepas ini.
“Sorry Dania, aku tak tahu boleh jadi
macam ni?” pohon Feroz sayu. Dia tahu dia bersalah.
Tak
guna punya Shaz, beria kau kata boleh berlakon ‘keras’. Baru tersepit pintu kau
dah melatah ya? Detik di hatinya kebengangan dengan rakannya itu.
“Tak
tahu kau cakap? Sah-sah lelaki tu kawan kau, kan? Kau jangan kata pada aku, kau
tak tahu dia tu macam tu ya?” Didi Dania sudah bengang ditahap melampau.
Ikutkan hati ingin sahaja dia menumbuk wajah Feroz berulang kali.
“Ya,
aku mengaku aku bersalah. Aku yang suruh kawan aku tu berlagak ‘keras’. Kau
ingat senang ke nak cari lelaki yang sanggup berlakon jadi boyfriend kau? Kalau adapun mereka demand tahap gaban, tahu? Sebab tu aku suruh kawan aku tu berlakon.
Free aje, tak adalah kena banyar,”
jelas Feroz hal yang sebenar. Niatnya baik hanya untuk menolong Didi Dania.
Tetapi, tidak sangka pula begini jadinya.
Mendengar
kata-kata Feroz itu membuatkan marah Didi Dania mereda mendadak. Dia tidak
pernah terfikir akan budi Feroz itu. Dia tidak pernah terfikir pun tetang
susahnya mahu cari lelaki yang sanggup berlakon menjadi ‘kekasih palsu’ kepada
manusia yang dia tidak pernah kenal. Sepatutnya dia berterima kasih kepada
Feroz kerana telah menolong untuk menyelesaikan krisis hatinya. Ini tidak, dipukul
pula kawan baiknya itu. Dengan rasa serba salah dia melepaskan cengkaman
tangannya pada koler baju Feroz. Sandalnya yang sudah tercampak melata dikutip satu
persatu lalu dipakai semula.
“Niat
aku baik Didi. Cuma mahu menolong kau. Tapi… aku tidak tahu semua ini akan
berlaku. Aku…” pohon Feroz turut rasa serba salah kerana tidak berterus terang
tentang personaliti sebenar Shaz kepada kawan baiknya itu.
Didi
Dania tidak terus melangkah meninggalkan Feroz di situ selepas dia menyarungkan
sandal di kakinya semula. Manusia-manusia yang ada di taman itu diabaikan. Bila
sudah dalam keadaan marah, hilang terus rasa malunya. Namun, bila marahnya
sudah mereda, perasaam malu itu baharu datang menyapanya. Lambat-lambat dia
menoleh memandang ke arah Feroz di belakang yang sudah berdiri sambil mengusir
kesan kotor di pakaiannya.
“Aku
mintak maaf jugak sebab melulu
marahkan kau. Aku tak sepatutnya marahkan kau. Tapi…”
“Ya
aku sedar silap. Aku tak jelaskan siapa
sebenarnya Shaz…” Feroz terhenti dari berkata-kata bila Didi Dania tiba-tiba
menghulur tangan kepadanya. Berkerut dahinya memandang tangan Didi Dania itu.
“Ni
apa hal pulak ni?” tanya Feroz
hairan.
“Salamlah,”
marah Didi Dania bila salamnya tidak disambut. Niatnya hanya ingin berjabat
tangan tanda memohon maaf.
Feroz
tidak terus menyambut huluran tangan Didi Dania itu. Sebaliknya dia melangkah
menghampiri Didi Dania lalu dia melihat tangan Didi Dania dengan penuh teliti.
Seolah cuba mencari sesuatu di sebalik tangan itu.
“Kau
cari apa kat tangan aku ni?” tanya
Didi Dania hairan melihat perlakuan Feroz itu. “Kau nak tengok kuman-kuman yang
melekat kat tangan aku ke apa ni?” tanya Didi Dania lagi. Berkerut dahinya
memandang Feroz.
“Kau
pasti tak ada tahi hidung kat tangan kau ni?” tanya Feroz serus sekali wajahnya
sambil meneliti tangan Didi Dania.
Buk! Satu tumbukan padu penyinggah ke
bahu Feroz.
“Auww…” Feroz mengaduh sambil memengang
bahunya yang terasa sengal dek tumbukan padu dari Didi Dania itu. Nampak sahaja
ayu dan sopan, sekali kena tumbuk sakitnya seperti ditumbuk lelaki. “Sakitlah nok, apa hal kau tumbuk aku?” rengeknya dengan wajah berkerut
menahan sakit.
Didi
Dania menjeling Feroz menyampah sambil berpaling memandang ke arah tasik yang
permai. Angin petang terasa nyaman menyembur ke wajahnya. Kelihatan taman
rekeriasi ini semakin di penuhi dengan pelajar-pelajar di kolej ini untuk beriadah.
Ada yang berjoging dan beraerobik. Yang buat tarian poco-poco pun ada. Gerek seh!
“Kau
ingat aku ni macam Noah ke? Salam ada makna. Nak letak tahi hidung segala.
Tolonglah, aku tak pengotor macam dia,” rengus Didi Dania.
Feroz
mencebik sambil mengurut perlahan bahunya yang masih terasa sengal. Meyampah
pula mendengar statement Didi Dania
itu. “Eleh, pengotor konon. Pengotor Si Noah tu, kau tetap sayang dia, kan?”
sindirnya.
Tiba-tiba
Didi Dania terasa malu lalu menutup mulutnya sambil tersengih sendiri. Malunya.
Detik di hatinya, malu-malu kucing! “Kau ni, tak baik cakap macam tu. Malu aku
tau,” luahnya sambil menahan malu.
“Eee…
gediknya. Menyampah aku. Tadi bukan
main ganas nak belasah aku. Tiba-tiba sekarang dah jadi lain pulak. Dah kena sampuk dengan Juliana ke
apa kau ni?” perli Feroz meluat. Wek!
Wek! Ejek Feroz di dalam hati sambil buat gaya orang mahu muntah.
“Kau
ni Feroz, tak baik tau usik aku macam tu. Kau kan tahu perasaan aku, kan?”
getik Didi Dania malu-malu. Terasa kembang pula dadanya selepas mendengar
kata-kata Feroz tadi. Entahlah, setiap kali nama Noah Zuhairi disebut-sebut
pasti dadanya terasa kembang.
Feroz
membentuk-betukkan bibirnya meluat dengan kelakuan ‘malu-malu kucing’ Didi
Dania itu. “So, apa kau nak buat sekarang?”
Sengihan
malu-malu Didi Dania kaku tiba-tiba bila pertanya itu mula menyelusuri
gegendang telinganya. Dengan perlahan dia berpaling memandang Feroz di
belakangnya. “Nak buat apa pulak ni?”
Feroz
mengeloh bosan. “Setelah apa yang berlaku ni, apa alasan kau nak berikan kepada
Noah? Kau ingat dia sekarang ni tengah bersedih ke sebab kau ada ‘boyfriend’ baharu?” jelas Feroz apa yang
cuba dimaksudkan sambil menaikkan kedua tangannya membuat simbul tanda kurungan
untuk perkataan ‘boyfriend’ itu.
Didi
Dania mengeluh halus sambil menyimpul tangan di dada. Dia kembali membuang
padangan ke arah tasik dengan satu keluhan berat.
“Entahlah
Feroz. Aku pun tak tahu apa aku nak jelaskan pada Noah nanti. Takkan aku nak
bagi tahu aku cuba nak uji perasaan dia. Aku yakin, bila aku jumpa dia nanti
pasti dia akan gelakkan aku tahap badak guling-guling dalam lumpur,” jawab Didi
Dania penuh emosi, rungsing.
Feroz
menjeling ke langit. Dia dah buat babak telenovelalah pulak. Gumamnya.
“Aku
tak tau nak letak muka aku kat mana Feroz. Aku malu nak berhadapan dengan dia,”
sambung Didi Dania lagi penuh emosi. Dia masih mengadap tasik di hadapannya
sambil menghirup angin segar.
“Apa
kata kau berterus terang aje pada dia yang kau memang dah fall in love dengan dia, kan senang? Tak payah kau nak gundah
gulana macam sekarang ni. Tak kuasa aku!” cadang Feroz selamba. Bosan pula dia
ingin melayan babak telenovela Didi Dania ketika ini.
Zaasst! Pantas Didi Dania memandang
wajah Feroz dengan wajah yang serius sekali. “Kau dah gila? Kau ingat aku ni
apa? Perigi cari timba?”
Feroz
terkejut. Terkejut bila Didi Dania tiba-tiba sahaja membengis memandangnya. Dia
ni boleh bertukar emosi dalam sekelip mata aje. Seram pulak aku. Detik di hatinya.
“Aku…
cuma… cadangkan aje. Tapi… apa salahnya perigi cari timba? Zamankan dah moden?
Semuanya hanya di hujung jari aje. Siapa cepat dia dapat. Kau lambat gigit
jarilah kau, ngeh… ngeh… ngeh…” jawab
Feroz tersekat-sekat dek rasa takut sambil menaikkan jadi telunjuk dan
hantunya. Simbol ‘peace no war’.
Didi
Dania mengeluh halus. Tiada guna dia marah. Dia keliru dengan perasaannya
sendiri. Perlukah dia meluahkan perasaannya pada Noah Zuhairi? Tak macam
terdesak ke? Tak macam pecah tradisi ke? Hatinya berkira-kira.
*****
JULIANA
menghempas
perlahan tubuhnya di atas tilamnya. Hatinya berbunga riang. Seketika kemudian,
dia menelentangkan tubuh memandang siling biliknya. Walaupun berasal dari
keluarga berada, dia tetap mahu tinggal berjauhan dengan keluarga. Tetap mahu
menyewa rumah semata-mta ingin hidup bebas. Dia tidak suka hidup dikongkong.
Hujung
rambutnya yang masih lembab dimain-mainkan. Haruman dari syampu rambut begitu semerbak.
Senyuman tidak pernah lekang dari hujung bibirnya. Hatinya terasa begitu indah
dan bahagia sekali. Apa yang dia inginikan bakal diperolehi tidak lama lagi.
Tak sabar nak merasai hari itu. Detik di hatinya sambil tertawa sendiri.
“Woi! Kau dah gila ke ketawa
seorang-seorang macam minah sewel?”
jerit Siti Nurhaliza dari muka pintu bilik yang terbuka luas. Sejak sedari tadi
dia memerhatikan gelagat rakannya itu tersengih sendiri. Sah minah ni dah
angau, hatinya menebak.
“Wah!!!” Juliana terjerit lalu terduduk
di atas katil. Terkejut dengan segahan rakan serumahnya itu. “Kau ni, suka buat
aku terkejut, kan?” makinya sambil mencapai seketul bantal di sisinya lalu di baling
kuat ke arah Siti Nurhaliza yang sudah tergelak sakan sambil menahan perut.
Buk! Bantal yang dibaling oleh
Juliana terhempas betul-betul di muka Siti Nurhaliza lalu dia hilang imbangan
badan dan rebah ke lantai.
“Apa
ni? Sakitlah!” maki Siti Nurhaliza sambil membaling semula bantal di tangannya
ke arah Juliana yang sudah duduk bersila di atas katil. Giliran kawan baiknya
itu mentertawakannya.
Juliana
sempat mengelak bantal itu lalu menyambung tawanya semula. “Tahu pun kau marah
ya? Yang kau sergah aku tu apa hal? Kau ingat aku ni tak ada perasaan?” maki
Juliana balik.
Siti
Nurhaliza melangkah masuk ke dalam bilik itu dengan wajah cemberut. Dengan
perlahan dia melabuhkan punggungnya di hujung katil bersaiz queen itu.
“Tak
adalah, aku cuma pelik tengok kau aje,” ujarnya sambil menjeling menyampah pada
Juliana. Sakit wajahnya terkena bantal yang dibaling oleh Juliana tadi.
“Pelik
tengok aku? Apa yang peliknya? Aku pakai baju terbalik ke?” tanya Juliana
sambil membelek pijamanya yang bercorak-corak bentuk hati sebesar duit syiling
lima puluh sen berwarna merah jambu dan tanahnya berwarna krim. Jenis kain pula
adalah cotton.
“Kau
okey?” tanya Siti Nurhaliza sambil meletak belakang tangannya di dahi Juliana.
Juliana
memandang bosan Siti Nurhaliza. “Kau apa hal? Sentuh-sentuh dahi aku? Aku yang sewel atau kau yang sewel?” tanya Juliana sinis sambil menepis kasar tangan Siti
Nurhaliza.
Siti
Nurhaliza tertawa sini. “Tak panas, maknanya kau tak demam. Tapi…” memek
mukanya berubah hairan memandang Juliana. “Kenapa kau macam orang gila? Duk
tersengih-sengih macam orang dilamun cinta? Nak kata Noah dah terima kau,
sah-sah kau asyik kena reject aje.
Kau dah dapat lelaki baru penganti Noah erk?”
tebak Siti Nurhaliza sambil tersengih-sengih.
“Kepala
otak kau!” selamba Juliana menunjal kepala Siti Nurhaliza. Itulah perangai
buruknya, suka menunjal kepala Siti Nurhaliza. Langsung tiada rasa hormat. “Kau
perli aku ke apa ni? Tolong sikit okey? Tak lama lagi kau pasti akan terkejut
bila aku akan berkahwin dengan Noah Zuhairi. Kau mampu?” sambungnya lagi sambil
menjeling sinis ke arah rakan serumahnya itu. Ikutkan hati dia ingin duduk di
rumah sewa ini sendirian. Memandangkan dia takut duduk sendiri, terpaksalah dia
‘berangkut’ Siti Nurhaliza menyewa dengannya.
Siti
Nurhaliza merengus benci dambil menjeling tajam pada Juliana. Kawasan kepalanya
yang ditunjal oleh Juliana tadi diusap pelahan. Suka hati dia aje nak menunjal
kepala aku. Apa? Dia ingat kepala aku ni apa? Bola? Bunga ros? Durian? detik di
hati Siti Nurhaliza.
“Sebab
kepala kau bukan bukan buah durian, bola dan bunga roselah aku berani tunjal.
Kalau kepala kau tu buah durian, kau ingat aku nak sakitkan tangan aku ni nak
menunjal buah durian ke?” tiba-tiba Juliana memaki sambil bercekak pinggang di
atas tilam itu. Penuh dengan gaya mak tiri yang garang.
“Wah!!!” Siti Nurhaliza terjerit kecil.
“Macam mana kau boleh baca fikiran aku ni? Kau ada bela hantu raya ye?”
“Dahlah!
Jangan nak mengarut,” sanggah Juliana malas mahu memanjangkan isu itu. “Yang
penting…” bantal di sisinya dicapai lalu dipangku. “Tak lama lagi Noah akan
menjadi milikku. Ku milikmu… bak kata Dato’ Siti Nurhaliza,” sambungnya lagi
dengan sengihan yang berseri. Sempat lagi dia menyanyi dihujung kata-katanya
itu. Sengihannya semakin meleret. Bantal dipankuannya dipeluk erat. Sambil ‘feeling-feeling’ peluk Noah Zuhairi.
Miang!
“Kau
pasti dengan statement kau tu? Kau
tak rasa kau sengaja buat statement tu
untuk meraih punblisiti murahan untuk menyedapkan hati kau aje?” Siti Nurhaliza
menanya sambil mengecilkan kelopak matanya memandang Juliana. Cuba meraih
jawapan pasti dari Juliana.
Buk! Sekali lagi wajah Siti Nurhaliza
dihempas bantal. Selamba sahaja Juliana memukul wajah Siti Nurhaliza dengan
bantal di tangannya. Wajah benci diukir untuk Siti Nurhaliza. “Kau ingat aku ni
apa? Artis ke, nak kena buat statement
‘syok sendiri’ untuk manaikan ranting peminat? Please… aku bukan begitu orangnya.”
“So, kau nak mandremkan Si Noahlah ye?” lekas Siti Nurhaliza menanya dengan
wajah tidak puas hati. Suka hati Juliana sahaja mahu memukul wajahnya tanpa
meminta keizinan.
“Eee… susahlah cakap dengan kau ni.”
Rengus Juliana lalu melangkah turun dari katil. Naik bosan bila bercakap dengan
Siti Nurhaliza. Kawan baiknya itu seolah tidak mahu berkongsi kegembiraan
dengannya. Sedari tadi duk memerlinya sahaja.
Dia
melangkah ke hadapan cermin soleknya. Lalu dia melabuhkan punggungnya di atas
kerusi kecil khas untuk meja soleknya. Wajahnya ditatap pada cermin. Berus
rambut dicapai lalu rambutnya yang masih lembap disisir perlahan ke hujungnya.
Siti
Nurhaliza menjeling ke siling. Sah-sah kau bukan wanita pilihan Noah Zuhairi
walaupun kau tu cukup sifat dan chantek.
Tak semua manusia gilakan kecantikan wahai Cik Juliana oiii. Bebel Siti Nurhaliza di dalam hati sambil meneleng-nelengkan
kepalanya.
“Dah
tu? Apa kau nak buat? Macam mana kau nak buat Noah jadi milik kau? Takkan
secara tiba-tiba aje Di Noah tu nak suka kat kau? Pelik bin ajaib tu namanya.”
“Siti!”
Juliana pantas berpaling memandang ke arah Siti Nurhaliza yang sudah duduk
bersila di atas katilnya. Sinis wajahnya memandang Siti Nurhaliza. “Kau ni tak supportive langsunglah! Sedari tadi kau
asyik memerli aku aje?” rengusnya lalu kembali berpaling memandang ke arah
cermin.
“Dah
tu? Tak reti-reti ke kau nak bagi tahu apa sebab utama Noah tu tiba-tiba nak
jadi milik kau? Ni kes kahwin kontrak ke apa? Nak kata Si Noah tu orang miskin,
sah-sahlah bapak dia lebih kaya dari bapak kau. Pleaselah… sekarang ni bukan zaman kahwin kontrak lagilah,” balas
Siti Nurhaliza juga turut bosan kerana terpaksa berteka-teki sedari tadi.
“Okeylah
aku berterus terang.” Akur Juliana sambil memalingkan tubuhnya ke arah Siti
Nurhaliza di atas katil.
“Kan
senang kalau dari tadi kau berterus terang aje. Taklah aku duk buat spikulasi
yang bukan-bukan.”
“Yelah,
dengarlah apa aku nak cakap ni,” pintas Juliana bila Siti Nurhaliza memintas
kata-katanya tadi.
“Ye
aku pasang telingalah ni.” Siti Nurhaliza menalakan telinga ke arah Juliana.
“Abang
kepada Noah dah merestui hubungan aku dengan adik dia…”
“Kalau
abang dia restu atau family dia sekalipun restu hubungan kau dengan dia, tapi
yang tuan punya badan tak hingin
dengan kau, semuanya tak akan menjadi. Kah
kah kah kah…” sindir Siti Nurhaliza lalu ketawa berdekah-dekah sambil
menahan perut sebelum sempat Juliana menghabiskan kata-katanya.
Buk! Buat kali yang ketiganya bantal
melekap di wajah Siti Nurhaliza. Serta merta Siti Nurhaliza terdiam dari
ketawa. Serik!
“Padan
muka kau. Kerja kau nak memerli aku aje dari tadi, kan? Rasakan kau. Geram aku
dengan kau tau! Benci betullah!” bentak Juliana bengang sekali bila
kata-katanya seolah dipersenda oleh Siti Nurhaliza.
“Yelah,
aku minta maaf,” pohon Siti Nurhaliza sambil mengukir wajah sedih. Sejak dia
melangkah masuk ke dalam bilik ini, sudah tiga kali wejahnya melekap dengan
bantal. Sakit wei!
“Kau
nak tahu rancangan aku bagaimana nak miliki Noah?” Juliana memancing minat Siti
Nurhaliza untuk berkongsi apa yang sedang dia rancangkan ketika ini.
Beria
Siti Nurhaliza mengangguk dengan mata yang membulat dan sengihan dibibirnya
yang melebar.
Juliana
melangkah menaiki katilnya lalu duduk bersila di sebelah. Dengan perlahan dia
membisikan rancangannya untuk memiliki Noah Zuhairi dengan bantuan Razy Radin,
abang kandung Noah Zuhairi.
Terbuntang
mata Siti Nurhaliza semasa mendengar rancangan Juliana. Tidak menyangka
kawannya itu sesungguh hati mahu memiliki Noah Zuhairi. Dari rancangan Juliana,
jelaskan yang kawan baiknya itu tertalu obeses dengan lelaki yang bernama Noah
Zuhairi.
*****
Rafeah
memandang Taufik
merangkap pembantunya setelah dua manusia yang sedang duduk di hadapan mereka
ketika ini selesai menjelaskan tentang tawaran mereka. Dia agak hairan, mengapa
dalam banyak-banyak perusahaan kecil yang ada di Malaysia ini, perusahaan
makanan ringannya yang menjadi pilihanan mereka? Rafeah kembali memandang wajah
dua orang lelaki lengkap berbaju formal bertali leher di hadapannya.
“Kami
rasa, ini peluang terbaik untuk menaikan jenama produk Puan. Peluang begini
tidak harus dilepaskan. Sebagai syarikat bumiputera yang mengusahakan produk
makanan ringan dan segera, kami hanya ingin membantu perusahaan bumiputra meluaskan
pemasaran produk mereka,” jelas salah seorang dari mereka beria sekali.
Rafeah
gundah-gulana. Tidak tahu untuk membuat keputusan. Dia tahu, tawaran dua lelaki
di hadapannya itu lumayan hasilnya. Tetapi, dia khuatir tidak bisa mengalas
bebannya. Ingin mengembangkan perusahaannya, banyak yang perlu difikirkan. Jika
produk yang ingin dihasilkan bertambah, tenaga kerja, alatan mesih, dan kawasan
perusahaan perlu dikembangkan. Untuk menambah semua itu, modal yang diperlukan
bukannya sedikit.
“Tapi…”
tidak terluah pula apa yang Rafeah cuba luahkan. Dia khuatir masalah yang
sedang ditanggungnya ketika ini bakalan mengaibkan dirinya sendiri. Dia
merasakan cukuplah dengan rezeki yang dilimpahkan oleh-Nya sekarang. Sudah
memadai dan mencukupi. Tetapi, tawaran yang datang ini juga dianggap rezeki
besarnya. Dia berbelah bahagi.
“Puan
ada masalahkah dengan tawaran kami? Kami bersungguh dengan tawaran ini. Jika
tidak, masakan kami sanggup datang semula ke sini semata-mata ingin
memperjelaskan hal ini dengan lebih detil lagi,” jelas seorang lagi.
Sekali
lagi Rafeah dan Taufik saling berpandangan. Mereka cuba berkomunikasi dengan
isyarat mata. Namun, Taufik kelihatan blur
tidak memahami apa yang cuba Rafeah sampaikan. Rafeah memandang semula ke arah
dua lelaki di hadapannya itu.
“Boleh
kami meminta sedikit masa untuk berbincang?” pinta Rafeah sambil tersengih
sumbing sebelum menarik tangan Taufik ke dalam. Mereka berdua tersengih sumbing
sebelum melangkah meninggalkan dua lelaki itu.
“Macam
mana? Perlu ke kita terima tawaran mereka tu? Makcik tengok mereka tu macam tak
boleh dipercayai aje?” tanya dan luah Rafeah selepas mereka sampai di bahagian
stor.
Taufik
berkerut dahi memandang wajah Rafeah. “Tak boleh dipercayai? Makcik tak tengok ke,
kereta yang mereka guna tu? Mercerdes seh…”
jawab Taufik teruja sambil mengintai kereta Mercedes Benz yang terparkir di
luar kedai mereka.
“Isy
kau ni,” Rafeah menemplak bahu Taufik sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan.
“Aku cakap betul-betul, kau main-main pulak. Tak habis-habis dengan kereta mereka
tu. Kalau setekat kereta macam tu, siapa-siapa pun boleh sewa, kan? Makcik
macam tak yakin dengan kejujuran merekalah.” Sambungnya meluahkan apa yang
menjadi kebimbanganya ketika ini.
Taufik
mengeluh halus. “Makcik, apa lagi yang buat makcik tak percayakan mereka? Dah dua
kali mereka datang, kan? Sebelum ni mereka dah jelaskan tentang niat baik
mereka. Mereka pilih perusahaan kita sebab, perusahaan kitalah yang beria nak
kormersialkan rempeyek. Kalau kerepek ubi tu, dah banyak perusahaan yang
kormersialkan. Makcik tak nak ke Rafeah Foods jadi satu jenama terkenal macam
jenama makanan ringan yang dah ada iklan kat TV tu?” beria-ia Taufik
menjelaskan.
Rafeah
mengeluh halus. Dia kebingungan. Dia sedar akan apa yang cuba Taufik jelaskan.
Tetapi, hatinya masih terawang-awang. Sama ada ingin menerima tawaran yang
diberikan atau tidak.
“Kenapa
makcik perlu berfikir panjang lagi? Mereka sudah menunjukan pada kita sijil
pendaftran syarikat mereka, kan? Lagipun, dalam setiap perbincangan mereka,
mereka tak pernah minta kita keluarkan modal terlebih dahulu. Sebaliknya mereka
yang akan mengeluarkan modal untuk membesarkan, belanja membeli mesin dan upah
pekerja tambahan. Kalau keuntungan kita melebihi modal yang mereka beri, kita
dah tak payah nak bayar balik modal itu kepada mereka. Kita hanya perlu
usahakan atas bantuan mereka.” Jelas Taufik sudah seperti seorang yang begitu
mahir dalam bidang perniagaan.
Rafeah
memandang Taufik curiga. “Kalau tak untung macam mana? Kau mampu nak bayar
hutang tu?” dia mencipta satu kemungkinan lain yang mungkin akan berlaku.
Walaupun di dalam hatinya dia yakin dia bisa berjaya, namun kemungkinan itu
tetap perlu diambil berat.
“Makcik,”
keluh Taufik lemah. Sudah tiada idea untuk dia mencipta kata-kata meyakinkan
majikannya itu. “Belum apa-apa makcik sudah berputus asa. Kita cuba dulu. Saya
yakin, kita boleh buat semua ini, emmm?”
“Yang
kau beria pujuk aku ni kenapa? Kau dah kena sogok dengan mereka ke?” tebak
Rafeah serkap jarang dengan wajah curiga.
“Isy…
apa Makcik Peah ni, fikir ke situ pulak.
Belum cuba belum tahu makcik,” tepis Taufik.
Rafeah
diam seketika. Memikirkan tentang setiap penjelasan dan kata-kata Taufik itu
yang ada betulnya. “Okey, jom kita jumpa mereka.” Ajaknya lalu melangkah semula
ke dalam pejabatnya.
Taufik
terpinga-pinga. “Kejapnya berfikir?” dia tertanya sendiri lalu mengekori langkah
Rafeah.
Dua
lelaki tadi saling berpandangan bila melihat Rafeah kembali duduk di atas salah
satu kerusi di hadapan mereka.
Rafeah
memandang kedua lelaki di hadapannya itu bergilir-gilir. Berkerut dahinya.
“Selepas saya berbincangan dengan pembantu saya…” dia menjeling Taufik di
sebelahnya yang sudah selesa duduk. “Keputusan saya adalah….”
*****
BUK!
BUK! BUK! Bunyi
tumbukan yang kuat dari luar pintu bilik mengganggu kosentrasinya untuk
mengulang kaji pelajaran. Kebiasaannya, dia akan mengulang kaji pelajaran di
perpustakaan. Memandangkan keadaan perpustakaan yang semakin padat dengan pelajar-pelajar
yang turut ingin skor dalam peperiksaan akhir semester minggu hadapan
membuatkan dia kurang selesa mengulang kaji pelajaran di sana. Keadaan
perpustakaan yang semakin padat membuatkan tempat itu tidak sesenyap selalu.
“Siapa
ajelah yang menumbuk pintu bilik aku ni. Dah tak reti nak mengetuk pintu ke apa?
Aku ni bukannya pekak. Bilik ni pun bukanlah besar mana pun,” bebelnya sambil
bangun dari duduk lalu melangkah menuju ke pintu biliknya yang terkunci dari
dalam.
“Kejaplah!
Takkan lari gunung dikejar!” pekiknya sambil memutar tombol pintu biliknya lalu
daun pintu dikuak di dalam. Tersembul wajah Noah Zuhairi sedang tersengih
sambil bersandar pada bingkai pintu.
“Hai
Feroz,” sapanya manja sekali.
“Aku
dah agak dah. Engkau aje yang suka tumbuk pintu bilik aku. Ada apa hal? Aku
tengah study, perlukan privacy,” tanya dan maklum Feroz sambil
bercekak pinggang.
“Ala,
berehatlah dulu. Kau ni asyik study
aje. Kau tu dah bijak. Study lebih
kurang aje dah boleh dapat four flat.
Lainlah macam aku ni, tak sepandai kau. Tu pun masih nak bermalas-malas study. Duk melayan anime aje,” ujar Noah Zuhairi walaupun tidak di tanya.
Froz
merengus bosan. Sudahlah tadi dia terpaksa melayan ‘angin marah’ si awek – Didi Dania. Kali ni dia kena
layan perangai si pakwe pula – Noah
Zuhairi. Pening dia hendak melayan dua manusia ini. Masing-masing ego tinggi
melangit.
“Itu
masalah kau, bukan masalah aku. Aku tak ada kena mengena dengan kau. Ada
faham?” sinis Feroz menyindir.
“Ala…
relakslah,” dengan selamba Noah Zuhairi menepis tangan Feroz yang sedari tadi
memegang daun pintu bilik bertujuan menghalang dia melangkah masuk ke dalam kamar
tidur serba unggu itu.
“Aku
nak cerita satu benda kat kau ni,” sambungnya dengan sengihan. Tanpa perasaan
serba salah dia merebahkan tubuhnya di atas katil bujang Feroz yang terkemas
rapi. Tiada kedutan pada cadarnya walaupun sedikit. Patung beruang berwarna
cokelat tua milik Feroz dipeluk penuh kasih.
Feroz
sudah terlopong melihat gelagat Noah Zuhairi itu. Dengan tiada perasaan malu,
selamba sahaja berbaring di atas katilnya. Siap peluk patung kapas
kesayangannya lagi. Sudahlah Noah Zuhairi hanya berboxer sahaja dan bersinglet. Habislah, nampaknya malam ini dia
tidak boleh tidurlah gamaknya. Melekat bau perfume
Noah Zuhairi pada bantal, cadar, dan teddy
bear kesayangannya.
“Eeee…
kenapa kau tidur atas katil aku siap peluk teddy
bear aku?” marah Feroz sambil mencapai bantal gulingnya lalu memukul tubuh
Noah Zuhairi sekuat hati dengan bantal guling itu.
“Kau
tahu tak kau tu ‘hantu minyak wangi’? Habis bau perfume kau kat cadar aku, minggir!!!”
sambungnya sambil memukul Noah Zuhairi yang sudah tergelak-gelak di atas katil.
Sengaja dia berlakon tidur sambil menghasilkan bunyi dengkuran yang kuat.
Kroook…! Kroook…!
“Bencilah!”
Feroz sudah bengang dan malas mahu mengusir Noah Zuhairi lagi. Dia kembali ke
meja belajarnya lalu pen dicapai. Ingin menyambung ulang kaji pelajarannya
walaupun fokusnya pada buku ditangan langsung tiada. Bibirnya muncung panjang.
“Ala
kau ni Feroz… relakslah. Kau tak suka ke bau D&G Light Blue kat cadar kau
ni? Dah tak payah pasang lilin wangi malam ni. Bau perfume aku yang melakat kat cadar kau ni pun dah cukup untuk
mewangikan bilik kau untuk seminggu,” ujar Noah Zuhairi menamatkan lakonan
pura-pura tidurnya.
“Apa
sebenarnya tujuan kau masuk ke dalam bilik aku yang permai ini?” tanya Feroz
malas mahu membahas isu minyak wangi. Dia mahu mengulang kaji!!!
Tiba-tiba
Noah Zuhairi tergelak besar sambil berguling-guling di atas katil itu sambil
menahan perut. Siap terangkat kedua kakinya ke atas lagi. Malampau sungguh cara
dia melepaskan tawanya.
Feroz
menoleh memandang keadaan Noah Zuhairi di atas katilnya. “Kau apa hal ni?
Tiba-tiba aje ketawa? Kena sawan ke apa kau ni? Kalau kau rasa kau kena sawan
baik kau blah dari bilik aku. Ni
mesti kejap lagi mulut kau akan keluar buih, kan?”
Noah
Zuhairi terus memburaikan tawanya. Entah apa yang ditawanya itu. “Kau tahu tak
apa yang dah berlaku semalam?” tanya Noah Zuhairi sambil menahan gelak. Dek
terlalu banyak gelak, apa yang cuba diceritakan tersekat-sekat jalan ceritanya.
“Kau
boleh tak kalau nak bercerita berhenti ketawa sekejap? Aku tak faham apa yang
kau nak cakap.” Feroz sudah bengang.
“Kejap-kejap,”
Noah Zuhairi mendudukan diri di atas katil Feroz. Cuba meredakan tawanya. Bila
tawanya sudah dapat dikawal, dia menyambung bercerita. “Kau pun perasaan, kan?
Sejak dua menjak ni Dania macam nak
jauhkan diri dari aku. So, semalam
aku tanyalah apa punca dia nak menjauhkan diri dari aku. Rupanya, dia dah ada
ada boyfriend baru…” tawa Noah
Zuhairi meledak lagi bila teringat semula peristiwa semalam. Peristiwa jari ‘boyfriend’ baru Didi Dania tersepit
pintu. Sekali… ‘Auwww…” da….
“Kau
ni apa hal cerita sambil gelak sampai menitiskan air mata ni? Biarlah kalau Dania
nak ada boyfriend atau tak. Lagipun
dia single, kan? Jadi, apa yang perlu
kau sibuk nak gelakkan dia?” Feroz mempertikai sambil pura-pura tidak tahu apa
sebenarnya yang telah berlaku. Kalau Noah Zuhairi tahu apa yang berlaku ada
kaitan dengan dia, mahu dia tidak ambil peperiksaan minggu hadapan.
“Tak
adalah…” Noah Zuhairi tergelak lagi. Apa yang berlaku semalam benar-benar telah
menjetik hatinya. “Aku tak kisah kalau dia nak ada boyfriend ke apa… tapi kalau boleh carilah yang macho sikit… ini tidak, punyalah banyak
lelaki kat luar sana, yang ‘auww…’ jugak dia nak. Aku ni tak macho ke? Kah kah kah kah…” sambungnya dengan katawa yang berpanjangan.
Feroz
kembali menatap notanya. Dia malas mahu memanjangkan isu itu lalu membiarkan Noah
Zuhairi menghabiskan tawanya. Kalaulah kau tahu perasaan Didi Dania, aku yakin
kau tak akan gelak sedemikian rupa. Detik di hatinya.
Noah
Zuhairi masih tergelak guling-guling di atas lantai bilik itu siap buat kuak
rama-rama lagi.


Gratisan Musik