Cinta Awek & Pakwe - 06


BAB 06
RAFEAH mengira semula stok terbaru kerepek ubi yang baharu siap dibungkus untuk diedarkan petang nanti oleh pembantunya. Hidup sebagai ibu tunggal memerlukan ketabahan dan kecekalan diri yang kuat untuk meneruskan kehidupan. Jika alpa, fitnah dan syak wasangka pasti datang menjengah. Selepas di pastikan jumlah pengeluaran untuk hari ini tepat, baharu data itu di tulis di dalam buku rekod yang sebenar.
Dia begitu bersyukur, dalam masa sepuluh tahun perusahaan kerepeknya sudah semakin maju. Semenjak produknya sampai ke sebuah supermarket tempatan, rezekinya tidak pernah putus. Perusahaannya semakin membesar. Inilah yang dinamakan berkat usaha dan doa tanpa putus asa. Hasilnya pasti lumayan di hujungnya. Yang penting, setiap apa yang dilakukan perlu ikhlas kerana Allah. Insya-Allah, Allah sentiasa memberikan rezeki kepada hamba-Nya yang mahu berusaha. Ganjarannya pula setimpal dengan usaha yang dilakukan.
Sejak dua puluh lima tahun dahulu, hidupnya terus sendirian. Berkat berusaha tanpa putus asa, rezeki terus mendekatinya. Kini, rezeki yang diberikan-Nya sudah mencukupi untuk mengupah pekerja sendiri bagi menguruskan proses pengorengan dan pembukusan. Jika dahulu semua itu dilakukan sendiri, kini dia bisa mengupah pekerja sendiri. Dia bersyukur dengan rezeki yang telah di limpahkan kepadanya.
“Makcik Peah , kerepek-kerepek yang dah siap di bungkus ni mahu di masukan ke dalam kotak?” tanya salah seorang pekerjanya yang berasal dari negara jiran itu.
Rafeah yang sedang menulis sesuatu pada buku rekodnya tidak terus menjawab. Dia menghabiskan penulisannya dahulu barulah dia memandang ke arah pekerjanya yang bertanya tadi.
“Ya, masukkan ke dalam kotak. Kemudian plaster sekali. Sekejap lagi Taufik datang hantar ke super market,” jawabnya kembali menyambung kerjanya. Kalkulator dicapai lalu setiap angka yang tercatat pada buku itu di tambah untuk memastikan jumlah keseluruhannya tepat. Dia mengulang kira sebanyak dua kali.
Bunyi ngauman enjin dari van yang dibawa oleh Taufik menganggu kosentrasi Rafeah.  Rafeah memandang sekilas kederaan miliknya itu memakir di hadapan kedainya. Selain membekal kerepek untuk jualan luar, kedainya juga menjual kerepek secara terus kepada orang kampung dan pengunjung yang ingin membeli terus dari kedainya. Strategik perniagaan perlu bijak untuk memastikan keuntungannya berlipat kali ganda.
Selain menjual kerepek ubi pelbagai rasa dan perisa, beberapa bulan lepas perusahaan kerepek Rafeah yang diberi nama Rafeah Foods, mula mengeluarkan satu produk baharu iaitu rempeyek kacang tanah dan kacang dal. Dua produk ini baru diedarkan dan mendapat sambutan hangat. Baik untuk diborong dan jualan secara terus. Rezekinya semakin bertambah selagi ada usaha.
“Assalamualaikum Makcik Peah,” sapaan Taufik itu membuatkan majikannya itu mengukir senyum.
“Waalaikumussalam, baharu sampai?” balas Rafeah dengan pertanyaan pada pembantunya itu. Tangannya masih laju menekan butang pada mesin kalkulatornya.
Taufik tersenyum lalu duduk di atas kerusi yang berhadapan dengan meja majikannya itu. Meja kecil khas diletak berhadapan dengan bahagia pengedaran. Dia duduk menongkat tubuh pada meja.
“Haah. Permintaan rempeyek semakin tinggi. Tapi, pengeluaran kita agak lambat. Yalah, kerepek ubi dengan rempeyek berbeza cara pembikinannya. Kerepek ubi sekadar digoreng sahaja. Rempeyek memerlukan bancuhan dan pengorengan yang rumit. Jadi, macam mana kita nak penuhi permintaan yang semakin bertambah ni makcik? Super market kat hujung bandar tu nak order lebih untuk pernghantaran akan datang,” jelas Taufik panjang berjela.
Produk terbaharu Rafeah Foods itu memang mendapat sambutan. Kini, rempeyek bukan sahaja boleh di makan di waktu hari raya sahaja. Sudah banyak syarikat pengeluaran makanan ringan sudah mula mekormersialkan rempeyek sebagai makanan ringan harian. Jadi, tidak mustahillah, permintaan untuk rempeyek semakin hari semakin bertambah. Sebab, tidak semua perusahaan yang pandai membuat rempeyek. Adunan dan bahan yang tidak seimbang mungkin membuat rasa rempeyek kurang sedap.
“Insya-Allah, minggu depan acuan rempeyek yang makcik order akan sampai. Acuan kali ni lebih banyak dan lebih mudah digunakan. Insya-Allah kita boleh meningkatkan pengeluaran rempeyek kita,” jawab Rafeah lancar sekali. Langsung tiada perasaan risau.
Taufik angguk. Berbangga dengan sikap dedikasi dan tegas majikannya itu. Walaupun seorang wanita, majikannya memiliki satu sifat teguh dan tidak mudah putus asa. Walaupun pada awalnya, perniagaannya sering dipertikai oleh orang kampung. Namun, kejayaannya hari ini telah membuktikan wanita juga boleh berjaya dalam perniagaan. Majikannya sudah membuktikannya. Walaupun berstatus ibu tunggal, hidupnya mewah hasil titik peluhnya sendiri.
Diam seketika. Taufik sengaja mendiamkan diri bila melihat majikannya itu sedang kusyuk menulis sesuatu pada buku rekod pengeluaran.
“Lepas ni kau hantar kerepek-kerepek tu kat kedai-kedai runcit sekitar pekan. Dia orang dah call mintak cepat. Semua kotak-kotak tu makcik dah lebelkan nama-nama kedainya. Siap dengan invois sekali. Kau hanya perlu bagi sahaja kotak-kotak itu pada mereka. Jangan lupa mintak bayaran untuk kerepek sebelum ni,” arah Rafeah tanpa memandang sedikitpun ke arah Taufik di hadapannya.
“Baik makcik,” akur Taufik sambil angguk sekali. Keadaan kembali diam.
Taufik kelihatan gelisah seolah ingin bertanyakan sesuatu. Sekilas dia memandang pekerja-pekerja Rafeah Foods yang lain sedang meletakkan kotak-kotak berisi kerepek ke dalam bonet van yang bakal dibawanya sebentar nanti untuk dihantar kepada pembeli.
“Emmm… Dania tak balik kampung ke? Dah lama saya tak nampak dia. Biasanya kalau cuti semester dia akan balik,” akhirnya apa yang dipendam terluah juga.
Sekadar ingin tahu, bukannya dia tidak kenal Didi Dania. Rakan sepermainannya sejak kecil lagi. Cuma rezeki lebih menyebelahi Didi Dania kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Tidak sepertinya, selepas SPM terus sahaja bekerja walaupun keputusan SPMnya agak cemerlang. Dia yang berasal dari keluarga susah menyebabkan dia perlu bekerja untuk menyara adik beradiknya yang masih bersekolah. Itulah pengorbanan yang perlu dibuat sebagai anak yang sulung.
Rafeah tidak terus menjawab. Dia yang baru sahaja selesai mengira dan dipastikan jumlahnya betul terus menutup buku di tangannya lalu diletak ke dalam laci. Pen di letak ke dalam bekas yang disediakan khas untuk pen dan pensel di hadapannya. Wajah Taufik di hadapannya di pandang.
“Cuti semester apanya? Sekarang ni semua budak-budak U tengah bertungkus lumus belajar sebab bulan depan dia orang ada peperiksan akhir semester, termasuk Dania. Dania tu dah di semester akhir, jadi semakin sibuklah dia nak kena siapkan tugasan, tesis. Tu yang dia tak dapat nak balik,” jawab Rafeah sambil mengangkat pungung lalu melangkah ke dalam kedainya melihat pekerja-pekerjanya sedang membungkus kerepek ubi.
Taufik angguk mengiakan sahaja selepas mendengar jawapan Rafeah itu. Baru terasa lapang selepas mendengar jawapan itu. Tiba-tiba sahaja dia merindui Didi Dania. Lama dia tidak bertemu dengan rakannya itu. Apalah khabar si comel itu yang nun jauh di perantauan.
Kemunculan sebuah kereta Mercedes hitam di perkarangan kedai itu membuatkan pandangan Taufik kaku. Kenderaan yang tidak pernah dilihat itu muncul di kampung ini.
“Makcik Peah, ada tetamu datang,” jerit Taufik memaklumkan tentang kedatangan tetamu yang tidak di kenali itu.
Rafeah melangkah keluar semula.
“Siapa?” tanyanya sambil berkerut dahi memandang kederaan mewah itu yang sudah memakir di sebelah van miliknya. Hatinya mula diselaputi pertanyaan. Beberapa saat kemudian pemandu kereta itu melangkah keluar dari dalam kereta. Dia dan Taufik hanya memandang hairan ke arah tetamu yang tidak diundang itu.
*****
RAZY RADIN duduk bersandar relaks pada kerusi empuknya. Kerjanya diabaikan seketika. Terasa pening kepalanya melihat setiap data yang tercetak di atas helaian kertas bersaiz A4 yang terkepil di setiap fail yang ada di hadapannya. Ikutkan hati ingin sahaja dia mengabaikan semua kerja-kerja itu. Itu, kalau ikutkan hati.
Namun, apa yang pasti perkara itu mustahil akan berlaku. Itu semua adalah kerjanya, menyemak setiap data pesanan dari pelanggan supaya sama dengan data yang telah di masukkan ke dalam sistem data base syarikat. Mengelakkan dari pencanggahan berlaku.
Sedang asyik dia mengelamun sendiri sambil memandang siling pejabatnya itu, tiba-tiba dia teringat sesuatu. Lekas telefon bimbit Blackberrynya yang sedia terletak di atas meja dicapai. Dia menengakkan tubuhnya lalu nombor telefon seseorang didail.
“Hallo,” sapa Razy Radin terlebih dahulu selepas talian disambungkan.
Senyap. Razy Radin mendengar suara dari sebelah sana menyambut sapaannya.
“Macam mana dengan kerja kau? Semuanya okey?” tanya Razy Radin serius sekali.
Senyap. Kali ini agak lama.
“Bagus,” Razy Radin tersengih puas selepas mendengar jawapan dari orang suruhannya. Ternyata apa yang dirancang sudah dimulakan. Tidak lama lagi semuanya akan berbalas. Dia berharap apa yang dia tanggung selama ini perlu dirasai oleh Noah Zuhairi, adik kandungnya sendiri.
“Aku nak kau terus ‘pancing’ orang tua tu agar bersetuju dengan tawaran kau. Aku tak kisah kau nak buat apa pun, apa yang aku nak tahu dia setuju dengan apa telah kau tawarkan. Faham?” tegas Razy Radin memberi arahan.
Senyap.
“Okey, segala perkembangan terbaharu, kau khabarkan pada aku. Kalau dah settle kerja kau yang itu, kau bagitahu aku. Nanti aku explain langkah yang seterusnya,” ujar Razy Radin dengan senyuman meleret. Lima saat kemudian dia menamatkan panggilan. Sengihan puas terus terukir di sebalik bibirnya. Apa yang dirancang berjalan dengan lancar sekali.
“Tidak lama lagi, kau akan rasa apa aku rasa Noah. Selama ni kau tak pernah rasa bila apa yang kau inginkan tidak akan kau miliki. Kau suka aku begini selam ini, bukan? Selepas ini giliran aku pula suka dengan nasib kau. Aku akan buat hati kau lebih terseksa dari apa yang aku tanggung selama ini,” Razy Radin bermonolog sendiri. Membebel dengan mejanya barang kali. Hatinya terus berlagu riang. Tiba-tiba sahaja dia merasakan tidak sabar untuk melangkah ke rancangannya yang seterusnya.
Bunyi alat interkom di atas meja menghancurkan lamunannya.
“Aduh… kacau feeling aku aje nak berangan,” rungut Razy Radin sambil menekan butang merah yang berkelip-kelip pada alat intercom di atas meja. Menandakan ada panggilan masuk dari setiausahanya di luar. “Ya ada apa?” tanyanya sedikitpun tiada kesopanan dan kesusilaan. Sombong dan bongkak sekali!
“Ada seorang gadis yang bernama Juliana ingin bertemu dengan Tuan. Katanya dia sudah membuat temujanji dengan Tuan,” jawab setiausahanya di luar.
Mendengarkan nama itu, lekas sahaja Razy Radin menyuruh setiausahanya menjeput tetamunya itu masuk. Ya, dia yang telah menghubungi Juliana, sepupunya itu untuk bertandang ke pejabatnya ini. Ada sesuatu yang ingin dibincangkan dengan gadis itu. Melibatkan rancangannya.
“Masuk!” laung Razy Radin selepas pintu pejabatnya diketuk dari luar. Selang beberapa saat, tetamunya mula melangkah ke dalam pejabat itu menuju ke mejanya.
“Ada apa Abang Razy nak jumpa saya ni? Macam serius aje?” tanya Juliana beria sambil melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan dengan meja Razy Radin walaupun tidak dijemput. Tidak malu betul wanita ini.
Razy Radin menegakkan tubuhnya lalu duduk sambil meletak kedua tangannya di atas meja. Wajah Juliana yang bermekap tebal itu diteliti lama. Sehingga berkerut dahinya.
Jualia terasa janggal bila abang kepada lelaki yang telah digilainya itu memandangnya dengan lama.
Apa hal mamat ni tengok aku lama dan lain macam ni? Dia syok kat aku ke? Jangan jadi gila, aku syok kat adik dia, bukan dia, bebel Juliana di dalam hati sambil tersengih sumbing menanti bual bicara Razy Radin seterusnya. Razy Radin yang menjemputnya ke sini, bukan dia yang suka-suka bertandang tanpa di undang.
“Ada apa Abang Razy nak jumpa saya ni?” tanya Juliana biasa sambil memandang wajah lelaki di hadapannya itu. Sejak kecil dia sudah mengelarkan lelaki itu sebagai abang kerana perbezaan usia mereka.
Walaupun dia ni abang kepada Noah, kenapa muka mereka tak sama ek? Dia orang ni adik beradik angkat ke? Sempat lagi hatinya membuat perbandingan ketika ini. Suka hati dia sahaja menilai.
“Aku dapat tahu kau syok dengan adik aku, tapi adik aku tak layan kau, betul ke?” tanya Razy Radin langsung tiada tapisan. Suka hati dia sahaja mengaju soalan ‘sentap’ jiwa dan raga hati wanita di hadapannya ketika ini.
Juliana sudah mengetap gigi menahan geram. Kurang asam gelugur lelaki ni. Dia kata aki syok sendiri. Jatuh maruah aku. Macam mana dia boleh tahu? Tapi… memang betul pun aku syok sendiri dengan adik dia, kan? Bebelnya di dalam hati.
“Kalau ya sekali pun, kenapa?” jawab Juliana dengan soalan. Seolah tidak puas hati sahaja wajahnya ketika ini. Sakit hatinya dengan pertanyaan Razy Radin tadi.
Razy Radin tergelak kecil. “Kau betul-betul nak adik aku tu jadi suami kau?” tanya Razy Radin lagi sekadar ingin memancing perasaan wanita di hadapannya itu. Walaupun mereka sepupu, mereka tidak pernah rapat. Keterbatasan waktu dan kongkongan hidup membuatkan pergaluan mereka terbatas.
Juliana mengulum bibir. Tidak tahu untuk menjawab apa. Kalau tersalah jawab boleh rabak maruahnya nanti. Boleh guna perumpamaan perigi cari timba. Tapi, kalau kita berpegang teguh dengan perumpaan itu, macam mana kita mahu memiliki cinta kita? Masakan dia sanggup menanti bulan jatuh ke riba? Mampukah dia memangku bulan???
“Kenapa Abang Razy tanya Ju soalan kontroversi lagi sensasi macam ni? Apa kaitannya dengan Abang Razy? Abang stalker saya ya?” perli Juliana sambil memandang melirik ke arah Razy Radin.
“Hahaha…” Razy Radin tergelak besar. “Sorry, kau ni bukan taste aku yang perlu aku stalker. Aku cuma tanya aje.”
Berdesing telinga Juliana mendengar kata-kata Razy Radin itu.
Hodoh sangatkah aku sampaikan aku ni bukan taste dia? Tapi ada aku kisah? Dia ingat dia taste aku ke? Walaupun muka kau ala-ala mat saleh. Dia ingat aku ni minat dia ke? Please... detik di hati Juliana meluat dengan kenyataan Razy Radin tadi. Bongkak!
So, saya dipanggil untuk ke pejabat ini hanya unutk ditanya dengan soalan itu sahajakah?” sengaja Juliana menyindir dengan bahasa buku teks. Puas hatinya dapat menyindir sedemikian rupa. Ambik kau sebijik! Padan muka. Kau ingat kau tu siapa? Anak raja? Gumam hatinya.
Razy Radin menghabiskan sisa tawanya sambil mengeleng. Kebudak-budakkan sungguh minah ni. Detik di hatinya.
“Bukan macam tu. Kalau kau betul-betul nakkan adik aku tu, aku boleh tolong,” ujar Razy Radin akan rancangannya. Dia mahu menarik Juliana menjadi salah seorang tali barutnya. Lagipun dia tahu sepupunya itu menaruh hati pada adiknya. Semakin mudahlah kerjanya selepas ini.
Mendengar tawaran Razy Radin itu membuatkan Juliana tersenyum gembira. Kalau abangnya dah bagi green light, apa salahnya. Terima ajelah. Dah orang nak tolong. Takkan kita nak menolak, kan? Detik di hatinya.
“Abang… nak tolong macam mana?”
Razy Radin tersengih sinis. Ternyata tidak susah untuk memancing Juliana. Rancangannya terus berjalan lancar tanpa ada penghalangnya.
*****
LAJU langkah Noah Zuhairi mengejar langkah Didi Dania yang semakin menjauh ke hadapan menuju ke arah kawasan parkir kereta. Sejak beberapa hari ini, Didi Dania seolah cuba menjauhkan diri dari hidupnya. Dia sering tertanya-tanya apa silapnya sehingga awek kesayangannya itu seoleh sudah membeci pakwenya.
“Awek, tunggu!” panggil Noah Zuhairi sambil mengejar laju langkah Didi Dania.
Didi Dania tidak mengendahkan penggilan itu. Sengaja dia berbuat begitu. Berlakon merajuk. Di dalam hatinya dia terasa bahagia kerana Noah Zuhairi cuba mengejarnya. Kejarlah… kejarlah, detik di hatinya. Langkah sengaja dibesarkan dan dilajukan. Rancangannya sudah dimulakan.
Awek, nantilah. Kenapa dengan kau ni? Sejak akhir-akhir ni kau macam nak menjauhkan diri dari aku aje?” tanya Noah Zuhairi sambil menghalang perjalan Didi Dania yang baru melangkah melepasi kawasan bangunan dewan kuliah.
Didi Dania membuat memek muka bengang dan marah. Lakonannya sungguh berkesan. “Apa hal dengan kau ni pakwe? Tiba-tiba nak halang aku dari terus melangkah? Sejak bila aku nak berdekatan dengan kau? Bukan ke kita memang selalu berjauhan?” sengaja Didi Dania loyer buruk.
Noah Zuhairi mengeluh halus. “Tak kelakar kau tahu tak?”
“Bila pulak aku buat lawak?” lekas Didi Dania memintas. Tetap tidak mahu kalah. Agois masing-masing tingginya mengalahkan Gunung Kinabalu. Kepala pula keras mengalahkan krikil.
“Kau ada masalah dengan aku ke awek? Kalau ada masalah cuba cerita,” Noah Zuhairi inginkan penjelasan. Sikap Didi Dania yang mula menjauh membuatkan dia rasa tidak sedap hati. Di dalam kelas atau dewan kuliah Didi Dania tidak lagi duduk di sebelahnya. Sebaliknya dia duduk di sebelah Feroz kerana Feroz duduk di antara dia dan Didi Dania.
Didi Dania tidak terus menjawab. Simpul tudung di bahagian tekuknya dibetulkan. Noah Zuhairi dijeling menyampah. Pandan muka kau, kau ingat kau bijak? Detik di hatinya. “Yang kau nak sibuk kenapa? Aku ada buat salah ke?”
“Tak adalah. Tiba-tiba kau macam nak jauhkan diri kau dari aku. Tu yang aku risau tu. Kalau aku ada buat salah, cakaplah. Nanti ada masa aku mintaklah maaf. Nak kata aku ada penyakit berjangkit, pakwe kau ni wangi aje,” dalam membebel sempat lagi Noah Zuhairi memuji dirinya sendiri. Jika bukan diri kita mahu puji diri sendiri, siapa lagi bukan?
“Jauh apa bendanya? Aku dengan kau sekarang ni jaraknya cuma tiga jengkal tau?’ Didi Dania masih mahu menang. Sempat dia mengukur jarak mereka berdiri dengan menggunakan tangannya yang kecil itu.
Eeeee…,” Noah Zuhairi sudah mengetip gigi dan menggenggam tangannya. Geram dengan sikap Didi Dania. “Aku tanya serius kau main-main. Nasib baik kau bukan bini aku. Kalau kau bini aku, dah lama aku cium-cium tau,” sambungnya lagi dengan nada geram.
Didi Dania menoleh ke belakang lalu menahan gelak. Terasa kembang jiwanya mendengar gumam Noah Zuhairi itu.
Aku jadi bini dia? Boleh ke? Detik di hatinya. Dari kejauhan dia terpandang Feroz sedang tersengih sambil mengangkat ibu jarinya tanda rancangan mereka berjalan dengan lancar sekali. Dia berpaling semula memandang Noah Zuhairi. Wajahnya kembali seperti tadi.
“Sudahlah pakwe, aku ada hal ni.” Didi Dania meminta diberi laluan.
Berkerut dahi Noah Zuhairi memandang wajah Didi Dania. “Hal? Hal apa? Biasanya kalau kau ada hal pun, hal tu dengan aku.”
Didi Dania tertawa kecil. “Tak semua benda kita boleh berkongsi bersama wahai pakwe. Ada jugak benda-benda yang perlu kita rahsiakan dan seorang kawan itu tidak perlu tahu. Betul tak?” sengaja dia ingin menguji hati pakwe kesayangannya itu.
“Kawan?” lekas Noah Zuhairi mempertikai.
“Dah tu? Kita ni apa? Pasangan kekasih? Kita tak pernah isytihar kita pasangan kekasih, kan?” soalan maut Didi Dania tanyakan. Jawapan dari pertanyaannya itulah kunci rancangannya.
Noah Zuhairi tiba-tiba kelihatan mengelebah. Ego lelakinya tiba-tiba naik mendadak. Dia sedar mereka tidak pernah isytihar hubungan mereka sebagai hubungan kekasih. Tapi… hatinya berbelah bahagi ketika ini.
Tidak sabar Didi Dania ingin mengetahui jawapan Noah Zuhairi. Namun, Noah Zuhairi yang kelihatan terlalu berat untuk menjawab membuatkan hatinya terkilan dan sedikit hampa.
Jadi, selama ini dia memang hanya sekadar kawan di dalam hidup lelaki itu. Dia sahaja yang syok sendiri. Kecewa… Beberapa saat kemudian, sebuah kereta Persona hitam metalik berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk bangunan dewan kuliah itu. Serentak dia dan Noah Zuhairi berpaling ke arah kereta itu.
Senyuman mula melengkung di bibir Didi Dania. Nampaknya, jawapan yang dicari masih belum ditemui. “Okeylah, dia dah sampai dah. Aku mintak diri dulu. Aku ada temujanji sekarang ni,” sinis Didi Dania memberitahu. Dia berharap Noah Zuhairi akan cemburu lalu menghalangnya dari terus melangkah.
Noah Zuhairi terkejut melihat lelaki yang melangkah keluar dari kereta itu. Tanpan, bergaya dan keunggulan. Berbaju kemeja hitam ketat dan berseluar jeans. Nampak bergaya persis artis dengan cemin mata hitam terletak di batang hidungnya. Berbeza sungguh dengan dirinya. Bagai langit dan bumi.
“Siapa tu?” tanya Noah Zuhairi kembali menatap wajah Didi Dania yang sedang tersenyum manis melambai lelaki tadi yang sudah berdiri bersandar di keretanya.
“Buat apa kau nak tahu? Dialah bakal kekasih aku, kenapa?” puas hati Didi Dania dapat melepaskan jawapan itu.
Noah Zuhairi mengeluh halus. Hatinya sudah gelisah. Tapi, dia tetap mempertahankan egonya. Dia akur dia tidak pernah mengikat Didi Dania dengan ikatan apa-apa walaupun sebagai kekasihnya. Jadi, apa yang bisa dia lakukan jika Didi Dania sudah bertemu lelaki yang lebih elok darinya. Melepaslah kau Noah. Tertinggal kereta apilah kau jawabnya. Bisik di hatinya, kesal.
Cemburulah. Cakaplah aku ni awek kau yang sebenar-benarnya. Cakaplah… jangan biarkan aku pergi… rayu Didi Dania. Tapi… hanya sekadar di dalam hatinya sahaja.
“Oh ye ke? Kalau macam tu tak apalah, sorry aku ganggu kau. So, aku fahamlah sekarang kenapa kau semakin menjauhi aku. Rupa-rupanya kau dah ada boyfriend,” ujar Noah Zuhairi biasa. Wal hal rasa di dadanya sudah senak bagai ada yang menumbuk-bumbuk dari dalam, dia tetap maintain macho.
Hancur lebur hati Didi Dania mendengar jawapan Noah Zuhairi itu. Ternyata selama ini memang dia yang syok sendiri. Hidung tak mancung pipu tersorong-soronglah kau Didi. Ejek hatinya pada dirinya sendiri.
“Kalau macam tu, pelase minggir sedikit. Aku mahu lalu,” pinta Didi Dania sambil mencantikan roman wajahnya. Di dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa remuknya perasaannya.
Dengan terpaksa Noah Zuhairi berganjak sedikit memberi laluan kepada Didi Dania untuk melangkah. Ikutkan hati ingin sahaja dia menghalang Didi Dania dari terus melangkah. Tapi apa hak dia ingin menghalang? Didi Dania bukan kekasih hatinya walaupun di dalam jiwanya dia terlalu sayang pada gadis kampung itu.
Dengan hatinya yang terguris Didi Dania melangkah menuju ke arah kereta Persona tadi. Shaz yang sedari tadi berdiri bersandar pada kereta sudah tersengih memandangnya. Kalau ya pun bukaklah spek mata hitam kau tu. Gumam Didi Dania meluat.
Shaz membukakan pintu keretanya untuk Didi Dania.
Noah Zuhairi hanya mampu memandang wanita kesayangannya itu berlalu bersama lelaki lain. Terasa senak di dalam hatinya ketika ini bila melaihat Didi Dania sudah melangkah masuk ke dalam kereta.
Selepas Didi Dania melangkah masuk ke dalam kereta, dengan perlahan Shaz mula menolak perlahan pintu keretanya. Entah macam mana, jari kelingkingnya boleh tersepit semasa ingin menutup pintu keretanya.
Auww!!! Sakitnya tangan mak nyah!!! Auww…” jerit Shaz sambil melibas tangannya bertujuan untuk mengurangkan kesakitan yang dialami.
Melihatkan keadaan Shaz itu lekas Didi Dania melangkah keluar dari kereta. “Eh, kenapa ni, kau tak apa-apa ke?” tanya Didi Dania risau sekali bila melihat Shaz tiba-tiba menjerit.
“Tangan aku ni ha, sakit nyah!” jawab Shaz terserlah personalitinya yang sebenar.
Didi Dania menutup mulutnya. Terkejut dengan personaliti Shaz ketika ini. Semasa pertemuan mereka semalam bukan main macho sekali. Tapi, kenapa tiba-tiba hari ini dia jadi ‘mat lembut’ pula?
Hahahaha…” suara tawa itu menyentak Didi Dania lalu lekas dia memandang ke arah suara itu. Kelihatan Noah Zuhairi sudah tergelak sabil menahan perut. Merah padam mukanya menahan malu lalu beredar meninggalkan kawasan itu dengan perasaan malu yang mengunung.
Feroz!!! Jeritnya di dalam hati.





Gratisan Musik