BAB 04
“KE
MANA arah tujuan
hubungan kau dengan Noah?” pertanyaan Hameedah semalam masih terngiang-ngiang
di kepalanya. Selama dia mengenali lelaki yang bernama Noah Zuhairi, dia tidak
pernah terfikir akan status sebenar hubungan mereka. Mereka berkelanan sejak di
minggu indaksi lagi. Diketika itu, Noah Zuhairi menjadi salah seorang ketua
kumpulan yang ada untuk melakukan aktiviti indaksi yang telah diatur oleh pihak
kolej. Dia salah seorang ahli kumpulan dalam kumpulan yang telah Noah Zuhairi
ketuai.
Siapa
sangka, perkenalan di dalam minggu itu memutikkan satu perkenalan yang cukup
indah. Dia tidaklah secantik mana. Sekadar gadis kampung yang melanjutan
pengajian di Institut Pengajian Tinggi tempatan. Semester pertama hubungan
mereka masih seperti biasa. Tiada pergaduahan dan tragedi masam muka seperti di
dalam novel-novel cinta romantik di pasaran.
Persahabatan
mereka terjalin juga seperti biasa. Tiada sesi mengurat atau ‘menjual minyak’.
Disebabkan dia dan Noah Zuhairi sama kuliah kerana mengambil jurusan yang sama,
hubungan mereka semakin rapat dan mesra mengikut peredaran masa. Tanpa sedar,
mereka sering dikatakan pasangan bercinta sedangkan tiada lagi kata ishtihar
yang mengesahkan hubungan mereka lebih dari teman biasa. Baik dari dia, baik
dari Noah Zuhairi.
Sejarah
mengapa dia digelar ‘awek’ dan Noah
Zuhairi digelar ‘pakwe’ masih segar
di mindanya. Tiada tragedi tertentu yang berlaku.
“Kau…
aku gelilah nak panggil kau Didi…atau Dania… buat masa ni. Dah macam jiwang
gila. Boleh tak aku panggil kau dengan gelaran awek. Dengarnya macam sempoi, kan?” pinta Noah Zuhairi sambil
menyandarkan tubuhnya pada kerusi.
Didi
Dania memandang Noah Zuhairi di sebelahnya lalu lelaki yang di anggap ‘perasan
bagus’ itu di jeling menyampah. “Kau ingat aku teringin sangat ke nak kau
panggil nama aku? Tolonglah… jangan nak perasan okey?” sindir Didi Dania sambil
merengus benci. Nota di tangan kembali ditatap. Pensyarah duk membebel di depan
menerangkan tentang sisten hidrolik, mereka berdua boleh pula berbisik-bisik
hal mereka.
“All ringt! Mulai dari hari ni, aku
panggil kau awek… kau panggil aku pakwe, boleh?” suka hati Noah Zuhairi
sahaja membuat cadangan di saat masing-masing perlu fakus ketika ini.
“Suka
hati kaulah pakwe…” malas Didi Dania
mahu melayan Noah Zuhairi ketika ini. Dia mahu fokus pada pensyarah di hadapan.
Jauh di sudut hatinya, dia terlalu senang dengan permintaan Noah Zuhairi itu.
“Yes, Encik Noah Zuhairi, ada apa-apa
soalan untuk sistem hidrolik ni? Saya lihat awak sedari tadi macam membebel
sesuatu aje,” pensyarah di depan menegur dengan alat pembesar suara. Hampir
sahaja Noah Zuhairi tergolek ke lantai kerana terkejut. Hanya sengihan sumbing
yang diberikan kepada pensyarahnya itu.
Didi
Dania di sebelah hanya menahan gelak. Bermula dari hari itu, Noah Zuhairi terus
memanggilnya dengan gelaran ‘awek’
dan dia pula mengelarkan Noah Zuhairi sebagai ‘pakwe’. Walaupun macam tidak berapa hendak romantik, mereka
mengunakan dasar hubungan sempoi. Tidak perlu berjiwa-jiwa. Yang penting mereka
saling gembira tika bersama walau apapun hubungan mereka.
Senyuman
Didi Dania pudar perlahan-lahan. Sekilas dia memandang keseluruhan sudut
perpustakaan itu. Sesak dengan pelajar-pelajar tahun akhir yang bakal mengambil
peperiksaan dua minggu lagi. Memang sudah menjadi kebiasaan pada
pelajar-pelajar kolej ini untuk bertandang ke perpustakaan untuk mengulang
kaji. Minggu mengulangkaji akan dimanfaatkan sebaik mungkin di perpustakaan.
“Jauh
termenung nok? Aku tengok kertas kajang kau tu tak tertulis apa-apa nota
ringkas pun lagi. Kenapa ni?” sapaan Feroz itu menyentak lamunan Didi Dania.
Didi
Dania mengoles senyum. Kewalangan jiwanya terlalu sukar dibendung.
Persoalan-persolan yang berbaga-bagai mengenai hubungannya dengan Noah Zuhairi
saling bertindan di dalam mindanya.
Ya,
dia sedang berkawan rapat dengan Noah Zuhairi. Semenjak mereka menggelar diri
masing-masing sebagai ‘awek’ dan ‘pakwe’, dirinya seolah setia dengan Noah
Zuhairi. Ramai juga lelaki-lelaki di kolej ini cuba mendekatinya. Bila
memikirkan tentang Noah Zuhairi, dia menolak semua lelaki itu. Apakah dia setia
pada yang tiada? Mindanya mula dirusuh dengan perasaan baharu yang sangat
merimaskan jiwa.
Kau
ni Didi, jangan jadi perigi cari timba boleh tak? Jangan jadi manusia yang syok sendiri. Kau beria setia pada Noah
Zuhairi tu. Tapi, banyak kali jugak
kau terserempak dia bertemu dengan Juliana. Banyak kali jugak Noah terbabas cakap yang dia selalu tolong sepupu dia tu.
Jadi sekarang, kau rasa kesetiaan kau tu berbalas ke? Egois Didi Dania berbisik
halus.
“Tak
ada apa-apalah Feroz,” jawab Didi Dania lemah sambil mengalas kepala dengan telapak
tangan di atas meja itu. Nampak malas sekali. Pen di tangan sekadar
dimain-mainkan hujungnya. Moodnya
tiada untuk mengulangkaji ketika ini.
Feroz
menarik muka dengan kerutan di dahi. Jawapan Didi Dania itu langsung tidak
memberi kepuasan di hatinya. Jarang sekali dia melihat Didi Dania dalam keadaan
sekarang. Sudah seperti orang putus harapan. Sudah pasti ada sesuatu yang
sedang kawan baiknya itu tanggung yang melibatkan perasaan.
“Berkaitan
dengan Noah?” tebak Feroz.
Sekilas
Didi Dania memandang Feroz di hadapannya. Aik!
Hebat betul Si Feroz ni membaca perasaan aku. Dia ni ahli nujum ke apa ni? Didi
Dania terkejut. Namun, dia cuba berlagak biasa agar apa yang sedang melanda
hatinya ketika ini tidak terus-terusan di baca oleh Feroz.
“Taklah…”
jawab Didi Dania lemah.
“Yalah
tu, kalau tak ada apa-apa, kenapa aku tengok kau macam ayam berak kapur aje?
Aku tahu, ini pasti pasal Noah, kan? Aku pun tak fahamlah dengan kamu berdua ni.
Dari dahulu aku tanya, kau dengan dia pasangan kekasih ke? Kau jawab ‘kawan
aje’. Si Noah tu pulak jawab ‘teman tapi mesra’. Peninglah aku. Tapi, keakraban
kamu berdua melampaui batas seorang teman, kau tahu? Siap panggil awek dan pakwe lagi. Kelas kau Maria…” Feroz sudah membebel panjang. Namun,
nadanya ditahan-tahan agar suaranya itu tidak menganggu pelajar lain yang sedang
kusyuk mengulangkaji seolah peperiksaan bakal berlaku esok.
“Siapa
Maria?” tanya Didi Dania hairan. Di hujung kata-kata Feroz tadi terselit nama
manusia yang tidak pernah dia kenal.
“Abaikan
aje,” balas Feroz biasa.
Didi
Dania mengeluh halus. Manusia kedua yang menanya soalan yang hampir serupa.
Malam tadi Hameedah bertanya soalan yang lebih kurang seperti ini. Sekarang,
Feroz pula. Apa yang perlu dia jawab?
“Sebenarnya,
kau tunggu Noah melamar kau, kan?” tebak Feroz lagi.
Dia
ni asyik buat andaian yang tepat aje. Aku dah cuak ni, Feroz dah macam ahli sihir berjaya. Silap-silap boleh
terbongkar rahsia aku kalau lama-lama aku duduk sini. Bebel Didi Dania sambil
mengemas barang-barangnya.
“Kau
nak pergi mana pulak ni?” tanya Feroz
bila melihat Didi Dania sudah menyusun kertas-kertas notanya ke dalam fail.
“Aku
lupa aku ada hal petang ni,” jawab Didi Dania dengan sengihan buat-buat dan
berlakon tergeasa-gesa. Jawapan palsu! Wal hal dia tidak ada hal apa-apa pun
petang ini. Kalau tidak kerana Noah Zuhairi batalkan pertemuan mereka di
saat-saat akhir tadi atas alasan perlu pulang ke rumah keluarganya, dia lebih
senang mengulangkaji di rumah sahaja.
“Larilah
kau Didi. Sampai bila kau nak lari? Sampai bila kau nak seksa diri kau
sendiri,” sindir Feroz sambil membuat wajah toya. Dia tahu, kawan baiknya itu
cuba melarikan diri dari masalah.
Didi
Dania yang baharu sahaja ingin melangkah meninggalkan meja itu terhenti dari
terus melangkah. “Apa maksud kau Feroz?” tanya Didi Dania serius sekali.
“Kau
duduk dahulu,” pinta Feroz turut serius. Sudah seperti dekan kolej pula gayanya.
Didi
Dania melabuhkan punggungnya semula di atas kerusi yang didudukinya tadi. Menanti
kata bicara yang seterusnya dari Feroz.
“Aku
tahu, kau masih sangsi tentang perasaan kau pada Noah, kan? Aku ada cara untuk
menguji sama ada dia betul-betul sayang kau sebagai ‘awek’ kesayangan dia atau tidak…” cadang Feroz sudah seperti pakar
cinta pula.
“Macam
mana?” tiba-tiba Didi Dania teruja.
Feroz
meminta Didi Dania menghampirkan cuping telinganya yang ditutupi dengan tudung
ala-ala Bienda itu menghampiri bibirnya yang berkilat dengan lipgloss. Dengan penuh berhati-hati
Feroz membisikan satu rancangan untuk menguji tahap rasa sayang Noah Zuhairi
kepada Didi Dania.
“Kau
yakin benda ni akan berjaya. Kalau dia tak kisah macam mana?” tanya Didi Dania
selepas Feroz selesai membisikan rancangannya.
“Kalau
dia tak kisah itu tandanya dia memang tak sayang kau. Kaedah seterusnya… kau
bukakan pintu hati kau untuk lelaki lain. Ada jugak faedahnya nok…” jawab faroz beria sekali.
Didi
Dania terdiam sambil memandang lama wajah Feroz. Dia agak was-was dengan
rancangan yang telah di atur oleh Feroz itu. Jika keputusannya menyecewakannya
bagaimana? Mampukah dia menerima kenyataan itu dengan mudah? Kepalanya sudah
serabut.
*****
HAMPIR lima belas minit Razy Radin
menunggu di restoran itu. Mujurlah perasaan sabarnya masih meninggi. Jika
tidak, sudah pasti sejak sepuluh minit yang lalu dia sudah beredar dari sini.
Pantang baginya bila dia terpaksa menunggu. Jika tidak kerana hal yang ingin
dilakukan ini penting, sudah pasti dia tidak akan sesabar sekarang.
Keadaan
restoran ini agak sesak dengan pelangan-pelanggannya. Sudah menjadi kebiasaan
di waktu makan tengah hari begini, restoran ini akan dikunjungi oleh
pekerja-pekerja yang bekerja di sekitar kawasan ini. Hendak tidak hendak dia
terpaksa akur dengan keadaan ini kerana hanya sekarang masa yang dia ada. Waktu
lain dia akan sibuk menguruskan kerjanya di pejabat.
Dua
minit kemudian, kelihatan insan yang dinanti muncul dari arah pintu masuk
restoran itu. Tiada senyuman yang terpalit di seblik bibirnya selain wajah
bengang kerana terpaksa menuggu.
“Maaf,
aku terlewat,” pohon insan itu lalu melabuhkan punggung di atas kerusi yang
berhadapan dengan Razy Radin.
Razy
Radin menjeling menyampah. Ini bukan kali pertama dia berkerjasama dengan
lelaki itu. Sudah beberapa kali dia mengupah lelaki di hadapannya itu untuk
menyiasat tentang adiknya. Rasa cemburu terhadap adiknya membuatkan dia membuat
ini semua. Iri hati yang bertandang membuatkan dia tidak senang duduk melihat
kegembiraan adiknya. Kesan dari sikap mengongkong ayahnya menyebabkan dia
bersikap antogonis begini.
“Kau
ingat aku barua kau? Nak kena tunggu kat sini?” maki Razy Radin sinis. Tetapi,
nadanya tetap dikawal agar tidak menganggu pelanggan lain yang semakin ramai
mengisi perut restoran itu.
Lelaki
itu tersengih. “Sorrylah bro, jalan sesak tadi. Macamlah kau tak
tahu dengan jalan-jalan kat sini? Masa-masa begini memang sesak. Masing-masing
sibuk keluar lunch,” lelaki itu
menjawab tanpa ada perasaan serba salah.
Razy
Radin hanya merengus dan menjeling menyampah.
“Ada
apa kau beria nak jumpa aku ni? Pasti ada
job baru, kan? Melibatkan adik kau, betul tak?” tebak lelaki itu beria.
Bila dia berurusan dengan lelaki yang bernama Razy Radin itu, sudah pasti
kerjanya hanyalah mengekori adik kandungnya sendiri dan memaklumkan
perkembangan terbaharu adiknya kepada lelaki itu. Itu sahaja buat masa ini.
“Tak,”
jawab Razy Radin sepatah lalu mencapai minumannya. Air minumannya diteguk
sedikit lalu diletakkan semula di atas meja. Dia kembali bersandar pada kerusi.
“Jadi?
Kau nak aku buat apa sekarang?” tanya lelaki itu dengan kerutan di dahi yang
berlapis.
Razy
Radin tidak terus menjawab. Sekeping sampul surat bersaiz A5 dikeluarka dari
poket jaketnya lalu dihulurkan kepada lelaki di hadapannya itu.
Lelaki
itu memandang sampul surat yang dicampak oleh Razy Radin di atas meja. Dengan
penuh tanda tanya di dada dan teragak-agak dia mengeluarkan isi sampul surat
itu. Ada beberapa keping gambar wanita yang sama. “Saipa perempuan ni? Macam
aku kenal aje,” luah lelaki itu sambil menelek gambar di tangannya beberapa
kali.
“Memang
kau kenal pun. Perempuan tu yang selalu dengan adik aku. Aku nak kau siasat
latar belakang dia dari ‘A’ sampai ke ‘Z’ okey? Bayarannya seperti biasa. Kalau
dah settle, aku bayar bakinya,” jawab Razy Radin sambil menyedut minumannya
sehingga separuh.
Lelaki
itu angguk.
“Clear?” tanya Razy Radin ingin kepastian
bahawa orang suruhannya itu faham dengan kehendaknya.
Lelaki
itu angguk.
“Bagus.
Aku kena pergi dulu. Apa-apa hal text
aku,” ujar Razy Radin lalu tergesa-gesa meninggalkan restoran itu. Dia tidak
mahu pertemuannya dengan lelaki itu diperasani oleh manusia-manusia yang
mengenalinya.
Lelaki
itu angguk membenarkan lalu memandang lagi gambar yang diberikan oleh Razy
Radin tadi. Senyuman sinis terus terukir di sebalik bibirnya.


Gratisan Musik