BAB 02
Sepanjang masa kuliah hari ini, Didi Dania
tidak bersuara walau sepatah kata pun. Duduk di sebelahnya seperti duduk di sebelah
patung lilih di muziun. Ditanya pun, jawapannya tidak pernah dengan percakapan.
Sebaliknya hanya anggukan, gelengan dan kadang-kadang kalau sudah malas tahap tidak
ingat, dia terus diam.
“Tepi
sikit!” pinta Didi Dania garang sekali meminta ruang diberi laluan kepadanya
untuk keluar dari tempat duduknya. Yang kanan Feroz. Yang kiri Noah Zuhairi.
Memandangkan pintu utama bilik kuliah itu berhampiran dengan Noah Zuhairi, dia
meminta Noah Zuhairi yang berganjak memberi laluan kepadanya untuk keluar.
Noah
Zuhairi buat muka kasihan tanpa mahu menahan. Dia tahu mood aweknya itu tidak baik. Dari dia kena maki yang bukan-bukan,
lebih baik dia mendiamkan diri sahaja. Dia memandang ke arah Feroz yang duduk
selang semeja dengannya.
“Apa
hal dengan minah tu?” tanya Noah Zuhairi sambil menyumbat buku nota ke dalam
beg sandang Adidasnya. Dia tahu, Feroz pasti tahu apa yang telah terjadi
terhadap awek kesayangannya itu.
Feroz
buat-buat tidak dengar. Malas mahu masuk campur kisah cinta awek dan pakwe ini. Pandai buat, pandailah jawab sendiri. Tanpa bersuara
begnya disangkut pada bahunya. Dia mahu ke perpustakaan. Ingin menelaah
pelajaran. Masa terluang dia lebih suka habiskan di perpustakaan dari tempat
yang tidak berfaedah.
“Feroz,
relakslah. Kau pun nak moody jugak
ke? Apa? Hari period kau sama tarikh
dengan awek aku ke?” tahan Noah
Zuhairi bila Feroz tiba-tiba bangun dari duduk tanpa mengendah pertanyaannya
tadi.
“Hisy,
tepilah. Aku nak ke library ni,”
tepis Feroz sambil menolak tubuh Noah Zuhairi yang sudah berdiri menghalang
perjalananya.
“Sebelum
kau nak ke mana-mana. Sila bagi tahu aku, kenapa tiba-tiba Dania moody dengan aku? Apa salah aku?
Katakanlah! Katakanlah!” ujar Noah Zuhairi penuh drama.
Feroz
menjeling siling. “Nak kata kau ni dungu, pakai baju Renoma. Nak kata terencat
akal pakai seluar Levis. Tapi sayang, pandai bergaya tapi tak sensitive dengan jiwa awek sendiri. Lain kali, kalau nak tutup
tahi jangan guna tudung saji. Timbus dengan pasir, baharu tahi tak berbau.
Faham?” Bebel Feroz sambil menolak kasar tubuh Noah Zuhairi ke tepi lalu dia
melangkah meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga sendirian.
Noah
Zuhairi mengaru belakang kepalanya yang tidak gatal berulang kali. Sedikitpun
dia tidak faham apa yang Feroz cuba sampaikan. Keadaan bilik kuliah sudah
lengang. Lekas dia mengejar langkah Feroz yang semakin menjauh.
“Feroz,
kejaplah!” tahan Noah Zuhairi kebingungan sambil mencapai lengan Feroz.
Terpaling
tubuh Feroz mengadap Noah Zuhairi. Dia terasa terganggu dengan tindakkan Noah
Zuhairi itu. “Sakitlah!” tepis Feroz sambil merentap tangannya dari terus
dipegang oleh Noah Zuhairi. Kontroversi pula nanti.
“Apa
yang kau merepek tadi? Siap keluar tahilah, apalah. Siapa yang terkena tahi? Dania
terberak dalam seluar erk? Bila?” tanya Noah Zuhairi inginkan pejelasan yang
sebenar-benarnya.
“Huh!”
rengus Feroz kasar. Terkeluar juga suara ‘jantannya’.
Noah
Zuhairi menutup mulut menahan gelak. “Jantan siot suara kau. Kalah suara aku, macam mana? Siapa nak jawab?”
bisik Noah Zuhairi sambil memandang-mandang sekelilingnya. Khuatir ada yang
terdengar rengus kasar Feroz tadi.
Feroz
menutup mulut penuh ayu. “Kasar sangat ke bunyinya? Malunya…” bisik Feroz
sambil menahan malu. Merah mukanya dek menahan rasa malu yang bertandang.
Noah
Zuhairi angguk laju sambil tergelak perlahan.
“Ya
ampun malunya…” Feroz terus menahan malu. Kalaulah boleh disembam muka pada
dinding tanpa rasa sakit. Sekarang juga dia buat. Tapi… dia tidak sanggup!
“Dahlah…
boleh pulak nak berdrama malu-malu kucing kat sini. Apa hal dengan Dania tu? Bad mood?” Noah Zuhairi kembali ke topik
asal. Tiba-tiba menyimpang.
“Okey,”
akur Feroz lalu berlagak seperti biasa lalu menyambung langkahnya semula.
“Feeerozzz…”
rengek Noah Zuhairi sambil mengejar langkah Feroz.
“Apa
benda?” tanya Feroz sinis tanpa memberhentikan langkahnya.
“Kau
tak jawab soalan aku lagi…”
“Lu
fikirkan sendiri Noah. Kau cakap semalam dengan dia, kau nak betulkan laptop kawan kau. Tup, tup, Juliana
muncul kat library kata kau tengah repair laptop dia. Beranginlah dia.
Malam tadi berjaggut dia tunggu kau kat
library. Kau dah janji dengan dia nak buat assignment dengan dia malam tadi kan? Tapi… ke mana kau
menghilang?” bebel Feroz tanpa memberhetikan langkahnya. Kini langkahnya mula
mendaki anak tangga menuju ke aras atas menuju ke perpustakaan.
Noah
Zuhairi menepuk dahinya. Dia terlupa akan janjinya itu. Malam tadi dia duk
sedap-sedap layan anime di bilik
sampai terlupa janjinya pada Didi Dania. Langkahnya terhenti pada anak tangga
pertama. Feroz sudah sampai di aras atas menuju ke perpustakaan.
“Kau
pun satu Juliana, dah tahu aku nak betulkan
laptop kau yang kau mengatal nak buka mulut kat Dania kenapa? Lepas ni aku
taubat. Tak nak dah betulkan laptop kau.
Sepupu tak sepupu. Aku dah tak nak dah. Satu kerja pulak aku nak kena pujuk
awek aku ni. Aduh…” bebel Noah Zuhairi sendirian. Beberapa staf kolej yang
lalu-lalang di situ memandangnya hairan. Dia hanya tersengih sambil agkat
tangan. Cover malu! Dengan
tergesa-gesa dia beredar meninggalkan kawasan itu.
*****
Juliana memandang Siti Nurhaliza yang
duduk di hadapannya. Sekitar kafe itu agak lengang di waktu petang begini. Meliar
matanya melihat mata-mata nakal yang menyapa pandanganya. Terasa kembang
jiwanya bila dirinya terus menjadi perhatian semua orang. Baik lelaki, baik
perempuan. Dia terlalu bangga dengan kecantikkan dirinya.
Tas
tangannya yang berjenama Guess di atas meja di capai. Bedak asas debu yang
berjenama M.A.C. dikeluarkan. Sengaja mahu berlagak dengan semua orang yang dia
pandai bersolek. Dengan bangga dia menempek span dari bedak asasnya ke muka
berkali-kali. Bertujuan untuk meratakan solekkannya. Selesai sahaja, dia
menyumbat kembali bekas bedak asasnya itu ke dalam tas tangannya.
“Sampai
bila kita mahu duduk kat sini?” tanya Siti Nurhaliza mula terasa bosan menjadi
peneman kawan baiknya itu.
“Ala…
sabarlah, kau nak ke mana cepat-cepat ni?” balas Juliana sambil menjeling
menyampah pada Siti Nurhaliza.
“Tak
ada nak ke mana-mana pun… Cuma…”
“Cuma
apa? Dahlah, tak payah nak berdalih lagi. Mencipta pelbagai alasan yang dusta
itu. Duduk sini minum-minum, aku belanja pun nak merungut lagi?” pintas Juliana
bongkak sekali sambil memandang ke arah jalan utama untuk ke kafeteria ini.
“Apa
tujuan kau ajak aku minum petang kat kafe low
class ni?” tanya Siti Nurhaliza sambil melibas tangan ke arah tubuhnya.
Kafeteria ini yang tiada alat pendingin hawa ini membuatkan kaeadaan
persekitarannya berbahang. Mereka berdua yang sudah terbiasa hidup di dalam ruang
dingin terasa tidak selesa dengan keadaan ini.
“Diamlah
kau, membebel aje. Duduk ajelah. Bukan kena bayar lebih pun duduk lama-lama kat
sini,” Juliana tetap mahu menang. Walaupun dirinya sudah mula terasa rimas
namun dia tahankan juga rasa itu. Demi insan yang dikasihi.
Bunyi
enjin skuter mengaum melengkokkan lagi senyum gembira Juliana. Dia tahu, insan
itu pasti akan ke kafeteria ini untuk membelikan cucur badak untuk awek
kesayangannya yang sedang merajuk itu.
Siti
Nurhaliza sudah buat wajah bosan memandang Juliana. Patutlah beria ajak aku
duduk kat kafe low class ni, menunggu
mat skuter tu rupanya. Menyesal aku ikut dia. Menyesal! Menyesal! Menyesal!
Bentak Siti Nurhaliza di dalam hati.
“Sekejap
ya Siti, aku nak pergi usha ‘lelaki jambu’ kesayangan aku tu,” pinta Juliana lalu
melangkah menuju ke arah insan yang dirinduinya itu yang sedang memilih
kuih-muih.
“Huh!”
rengus Siti Nurhaliza bengang. Geram bila diperlukan begini.
“Hai
abang Noah,” sapa Juliana gedik sekali sambil menyenggol punggung Noah Zuhairi
perlahan dengan punggunganya. Sempat dia membetulkan kedudukan kemeja ketat
yang tersarung pada tubuhnya. Dia ingin kelihatan cantik di hadapah Noah
Zuhairi, sepupu kesayangannya itu.
“Sejak
bila umur aku lebih tua dari kau? Kitakan sebaya. Tak payah nak mengada-ngada
panggil aku abang. Geli aku!” balas Noah Zuhairi sambil membalas senggolan
Juliana dengan kuat.
Kedebuk!
“Auw….” Jerit Juliana yang sudah terduduk
di atas tanah. Mujurlah dia sempat mengepit kaki. Jika tidak, terangkat skurtnya, malang hidupnya empat puluh
hari. Dengan pantas dia bangun sambil berlagak biasa. Dia mengetap bibir
menahan geram pada Noah Zuhairi. Sampai hati dia buat aku macam ni. Detik di
hatinya lalu dia mengabaikan perasaan amarahnya. Ingin mengoda lelaki, dia
tidak boleh marah-marah.
Noah
Zuhairi yang sengaja tidak mahu membuka topi keledarnya langsung tidak
mengendahkan apa yang terjadi pada sepupunya itu. Apa yang sepupunya telah
lakukan semalam benar-benar menyakitkan hatinya. Dia sengaja tidak mahu
mengungkit hal itu. Dia tahu, kalau dia mengungkit, ada sahaja alasan Juliana.
Dia malas mahu mendengar rengekkan mengada-ngada Juliana. Tangannya terus laju
menyumbat cucur badak ke dalam plastik. Cucur badak, adalah kuih kegemaran awek
kesayangan aku. Hatinya berkata-kata.
“Amboi…
banyaknya Noah, beli cucur badak? Nak buat kenduri ke apa ni?” tanya Juliana
sambil membetulkan struktur rambutnya. Sengaja dia mengeselkan tubuhnya pada bahu
Noah Zuhairi yang sedang menyumbat cucur badak ke dalam plastik di tangannya.
“Kau
jangan nak sibuklah. Aku beli bukan untuk kau. Yang kau sibuk nak ambil tahu
kenapa?” sindir Noah Zuhairi mula terasa menyampah dengan aksi gedik Juliana
itu.
Julaian
tergelak sinis. Jelas sekali tidak ikhlas. Hatinya mula disulami dengan
perasaan cemburu yang mencengkam. Sakitnya sudah mula terasa. Dia yang begitu
indah ciptaannya, si minah kampung itu juga yang menjadi pilihan Noah Zuhairi.
Apalah ada pada Didi Dania itu? Nothing!
Hati kecilnya tertanya.
“Jangan
nak menipu sayalah Noah. Bukannya saya tak tahu, awak belikan cucur badak
seringgit tiga ketul ni nak bagi Didi, kan? Oh
my god, gediknya perempuan tu nak bercucur badak segala…” getik Juliana
meluat sambil membentuk-bentukkan bibirnya.
Noah
Zuhairi menjeling sinis pada Juliana yang sedang menghabiskan sisa ketawanya
lalu berlalu ke kaunter pembayaran. Terasa bagai ada yang menjentik hatinya semasa
Juliana mengutuk awek kesayangan.
Walaupun Didi Dania tidak secantik Juliana, tetapi Didi Dania tidak pernah
mengutuk sesiapa di hadapannya. Kecuali jika Didi Dania bersama Feroz, memang
akan jadi ‘Mami Jarum’.
“Hai…
sentap ke, saya kutuk si Dania tu?” sindir Juliana sambil menyimpul tangan di
dada. Sedap sahaja dia menyandar pada rak tempat letak kuih itu.
Selesai
membuat pembayaran Noah Zuhairi melangkah menghampiri Juliana. Juliana pula
buat muka selamba. Walhal di dalam hati rasa kecutnya hanya Tuhan sahaja yang
tahu bila direnung tajam oleh Noah Zuhairi.
“Apa?”
tanya Juliana sudah tidak tenteram bila Noah Zuhairi yang masih bertopi keledar
separuh itu terus merenungnya di sebalik cermin mata hitam.
“Semua
ni sebab kau, kau tahu?” serius Noah Zuhairi meluahkan.
Juliana
berlagak biasa sambil buat muka hairan. “Salah Ju, kenapa pulak? Saya tak buat
apa-apa pun.”
“Sebeb
mulut kau yang macam longkang tu, awek
aku tahu aku betulkan laptop kau.
Lepas ni jangan harap aku nak tolong kau apa-apa lagi,” tegas Noah Zuhairi berkata-kata.
“Eh…
bila masa pulak…”
“Dahlah,
tak payah nak berdalih lagi. Yang penting semuanya dah berlaku. Lagipun aku
kasihan dengan kau…” pintas Noah Zuhairi lalu menahan gelak.
Juliana
hairan. “Kenapa awak tiba-tiba gelak pulak ni?”
“Lain
kali kalau nak bersandar pun, tengok-tengoklah. Ni, suka hati kau aje nak
bersandar kat mana-mana tempat kau suka, kan? Inilah balasan untuk kau. Tu…” Noah
Zuhairi menjuihkan bibirnya ke arah belakang skurt Juliana. “Ada kesan sambal tumis… gunalah sabun Top!” sambung
Noah Zuhairi lalu terburai ketawanya. Semua mata-mata yang ada di kafeteria itu
memandag ke arahnya.
Juliana
memandang skurt kesayangannya.
Terkena sambal tumis! Mukanya sudah kemek. “Oh my Prada!” rengek Juliana sambil
membuat muka menangis.
“Padan
muka kau!” ejek Noah Zuhairi sebelum beredar dari kafeteria itu dengan
menunggang skuternya.
Juliana
melangkah semula ke mejanya dengan wajah monyok. Kelihata Siti Nurhaliza sedang
menahan gelak. “Apa hal kau ketawa? Kau balik jalan kaki,” maki Juliana bengang
lalu mencapai tas tangannya dan beredar dari situ.
“Weh,
janganlah macam tu. Kasihanilah aku,” kejar Siti Nurhaliza terkedek-kedek dek
kasut tumit tingginya yang terlalu tinggi sehingga menyukarkan dia untuk
berlari.
Kedebuk!
Siti
Nurhaliza mendadak memberhentikan langkahnya sambil menutup mulut bila melihat
Juliana sudah tertiarap di atas rumput sambil kedua kakinya mencanak ke atas.
Kawan baiknya itu terlanggar getah paip yang melintang di situ.
“Wah!!!
Kenapa malang sangat nasib aku hari ni?!!!” pekik Juliana yang masih tertiarap
di atas rumput. Menangis persis anak kecil.
Siti
Nurhaliza hanya mampu menahan ketawa melihat keadaan Juliana ketika ini. Trajis
sungguh. Itulah, akibat perdajal orang. Tuhan bayar cash kat dunia. Detik di hatinya.
*****
“WOI
MINAH! Cepatlah keluar,
pakwe kau tu duk memekak kat luar tu.
Melalak nyanyi lagu New Boyz, Lukamu Lukaku Jua. Bernanah kau tak telinga aku
dengar lagu jiwang karat petang-pentang gini. Terencat lemak aku nak cair
dengar suara pakwe kau tu, tahu?”
maki Hameedah yang sedang membuat senaman aerobik dengan lagu tema,
Pandang-Pandang, Jeling-Jeling nyanyian semula Tan Sri SM Salim berduet dengan
Dato’ Siti Nurhaliza.
Didi
Dania yang sedang mononton sinetron dari negera seberang buat-buat tidak dengar
suara Noah Zuhairi yang sedang melalak nyanyi lagu jiwang pelbagai versi.
“Woi!”
maki Hameedah bila Didi Dania tidak berganjak dari pembaringannya. “Pergilah
jenguk pakwe sewel kau tu. Melalak
lagu entah apa-apa aje. Tengok, dia dah nyanyi lagu kumpulan Spring pulak.
Cepatlah keluar, sakit telinga akulah! Dah nak cair taik telinga aku ni!” sambung Hameedah. Kali ini dia mencapai
seketul bantal kecil yang ada di atas sofa lalu dibaling ke arah Didi Dania.
“Adoi!!!
Sakitlah! Apa main baling-baling bantal ni?” maki Didi Dania sambil menegakkan
tubuhnya. Rambutnya yang separas leher diikat satu di belakang.
“Kira
untung aku baling bantal. Kalau aku baling set radio ni tadi, tak ke dah
allahyarhammah kau!” Hameedah membalas. Tetap mahu menang. “Apa kau tunggu lagi
tu? Pergilah keluar jenguk dia. Tak pasal-pasal hujan, kena sambar petir pakwe kau tu, kau jugak yang menjanda
sebelum waktunya. Macam mana? Siapa nak jawab?”
“Yelah!
Akulah yang menjawabnya nanti,” protes Didi Dania sambil buat muka cemberot.
Bengang bila dipaksa-paksa begitu. “Benci! Benci! Si Noah ni pun satu hal.
Kalau ye pun nak pujuk aku, nanyailah lagi Beyonce ke… Lady Gaga ke…” rungut Didi
Dania lalu melangkah ke biliknya. Anak tudungnya dicapai lalu dipakai.
Selendang yang tersangkut pada kaki katil dicapai lalu dililit di kepala.
“Kau
dah gila nak suruh Noah tu nyanyi lagi Lady Gaga? Aku tak dapat bayangkan suara
jantan dia tu nyanyi lagu Bad Romance, oh
my god… aku orang pertama sujud seru pada kau Dania, sebab dapat lelaki
yang ‘versetile’. Kelas kau gitu…”
bebel Hameedah yang berbandan gempal itu sambil menyambung senam aerobiknya.
Nama sahaja bersenam, sejag air sirap limau sudah tersedia di atas meja dapur.
Habis senam aerobik itu nanti, sejag air sirap limau berais itu hanya untuk dia
seorang. Macam mana nak kurus? Lemak yang cair sekati, lemak yang masuk sekilo.
Pening… pening…
Didi
Dania malas mahu melayan bebelan Hameedah. Semakin dilayan semakin meleret
Hameedah mengarut. Dia melangkah malas menuju ke muka pintu rumah sewa mereka.
Masih kedengaran suara Noah Zuhairi melalak nyanyi lagu Uk’s - Bila Diri
Disayangi. Sakit hatinya pada pakwenya
itu masih menebal.
“Dah,
dahlah tu kau nak melalak. Jiran aku semua tengok, kau tak malu ke?” marah Didi
Dania sambil menarik muncung dan menyimpul tangan di dada sengaja dia tidak
mahu menbuka pintu pagar.
Noah
Zuhairi berhenti dari terus menyanyi sambil tersengih sumbing.
“Kalau
suara kau tu sedap tak apa. Ini… suara dah macam orang tercekik jambu batu
aje,” sindir Didi Dania sambil membuang pandangan ke arah jalan raya. Malas dia
ingin memandang Noah Zuhairi. Sakit hati! Berejam dia menanti lelaki itu malam
tadi di perpustakaan, boleh pula lelaki itu tidak datang dengan alasan terlalu
leka tengok anime. Dia ingat aku ni
apa? Hatinya masih berasa sebal.
Dengan
muka comel, Noah Zuhairi melangkah menghampiri pintu pagar memandang ke arah Didi
Dania sambil mengerdipkan kelopak matanya berulang kali.
Didi
Dania terpandang muka comel pakwenya
itu. Tersentuh jiwanya. Dia tidak boleh melihat Noah Zuhairi menarik muncung
merajuknya. Janggut sejemput di dagunya menambah kecomelan wajah pakwenya itu. Adeh… kenapalah dia perlu buat muka comel kat sini? Wahai hati,
keraslah kau. Jangan nak cair sesuka hati. Ingat balik apa yang dia dah buat
pada kau. Hati Didi Dania berkata-kata sendirian.
“Awek marahkan pakwe?” tanya Noah Zuhairi masih dengan wajah comelnya di sebalik
palang besi pintu pagar. Kedua tangannya memegang palang besi yang berhampiran.
Sudah seperti pesalah di dalam penjata pula. Cuma bezanya, Noah Zuhairi bertopi
keledar ketika ini.
“Awek… janganlah marah pakwe… pakwe tahu pakwe salah. Pakwe buat semua tu untuk kebaikan
hubungan kita. Pakwe tak nak awek fikir yang bukan-bukan…” rengek Noah
Zuhairi sambil menbentuk-bentukan bibirnya persis anak kecil yang bersalah
tertangkap curi gula-gula.
“Apa
pakwe ni, nak mengedik macam ni. Geli
tau awek… dah hilangkah ketulenan
anda wahai Noah Zuhairi?” tanya Didi Dania geli geleman. Fobia bila melihat
lelaki mengada-ngada begitu. Jika Feroz begitu dia boleh terima lagi. Tapi bila
Noah Zuhairi buat aksi begitu, merinding bulu tengkuknya.
Noah
Zuhairi terus menegakkan tubuhnya sambil buat gaya macho. “Hisy… aku lelaki tulen okey?” beria Noah Zuhairi
menjelaskan. Ya, dia lelaki tulen. Bukan lelaki jadian. Mak lelaki tulen nyah!
Detik di hatinya.
Didi
Dania masih begitu. Walaupun hatinya sudah terpujuk dengan sikap Noah Zuhairi
yang begitu beria ingin memujuknya. Dia tetap mahu terus menguji dan menilai
kesungguhan pakwe kesayangannya itu
memujuk rajuknya.
“Awek… tak payahlah sedih dan fikir yang
bukan-bukan lagi. Pakwe minta maaf. Pakwe tahu pakwe salah… Pakwe janji
tak akan tolong perempuan gedik itu lagi ya?” janji Noah Zuhairi sambil
menaikan tangan kanannya separas muka.
“Boleh
percaya ke janji kau tu pakwe? Malam
tadi kata nak jumpa kat library,
kenapa tiba-tiba tak datang? Tengok anime
konon. Aku sumbat semua DVD anime kau
tu dalam mulut kau baharu tahu,” marah Didi Dania. Dia masih mahu
merajuk-merajuk manja.
“Isy,
jangan sezalim tu awek. Awek tak kasihan pada pakwe ke? Sembelit tak boleh nak berak
sebab telan cakera DVD,” ujar Noah Zuhairi sambil mengukir senyum. Hatinya
sedikit lega bila melihat ada senyuaman di hujung bibir awek kesayangannya itu.
Kedebuk! Tiba-tiba kedengaran seolah
bunyi sesuatu jatuh menghempap tanah. Serentak Didi Dania dan Noah Zuhairi
menoleh ke arah bunyi itu.
“Meedah,
apa kau buat kat tepi dinding tu?” tanya Didi Dania hairan bila melihat rakan
serumahnya, Hameedah sedang buat kuak kupu-kupu di atas lantai anjung itu.
Hameedah
tersengih persis kerang busuk sambil bangkit berdiri. “Tak ada apa, tadi aku
tiup semut. Selamat berbahagia…” jawab Hameedah sambil melangkah masuk ke dalam
rumah semula.
Didi
Dania merenung tajam memandang Hameedah. Tiup semut konon… sah-sah duk
mengintai aku, kan? Detik di hatinya lalu memandang ke arah Noah Zuhairi di
pintu pagar yang masih tertutup dan berkunci dari dalam. “Mak!!!” terjerit Didi
Dania bila melihat Noah Zuhairi buat muka comelnya lagi. Dia ni dah tahu aku
geram tengok muka comel dia, boleh pulak dia buat muka macam tu. Dia ni sengaja
aje. Gumam Didi Dania di dalam hati.
Noah
Zuhairi tergelak. Geli hatinya melihat aksi terkejut awek kesayangannya itu.
“Please… jangan buat muka macam tu, gedik
tahu tak?” Didi Dania marah-marah manja.
“Gedik
ke… geram…” usik Noah Zuhairi galak sekali.
Didi
Dania sudah tersengih-sengih menahan malu.
Senang
hati Noah Zuhairi melihat senyuman Didi Dania mula terukir. Dia pula yang geram
melihat pipi Didi Dania mula kemerah-merahan menahan malu. Dia berlari pantas
menuju ke skuternya lalu mencapai bungkusan plastik merah yang sarat dengan
kuih kegemaran Didi Dania.
“Nah,
ini untuk awek,” ujar Noah Zuhairi
sambil menghulur bungkusan di tangannya.
Didi
Dania terkejut sambil memegang dadanya. Terkejut melihat bugkusan besar di
tangan Noah Zuhairi. “Apa benda ni?”
“Cucur
badak. Awek pakwe ni suka makan cucur
badak, kan? Jadi, pakwe borong habis
cucur badak ni kat kafeteria kat depan kampus tu,” jawab Noah Zuhairi sambil
tersenyum berharap agar pemberiannya diterima.
“Mak
aiii… banyaknya? Ni perli ke apa ni?” ujar Didi Dania sambil mencapai bukusan
di tangan Noah Zuhairi.
Noah
Zuhairi tersengih. “Awek makanlah.
Kalau tak habis, bagilah Meedah tu. Tangki perut dia besar tu. Kekekeke…” gelak Noah Zuhairi. Suka hati
dia sahaja mengutuk orang.
“Terima
kasih pakweku sayang…” ucap Didi
Dania sudah hilang rajuknya. Merajuk perempuan, bukan lama pun. Pujuk dengan
ayat-ayat jiwa. Cair meleleh beb. Detik di hati Noah Zuhairi.
“Terima
kasih aje? Tak ada ciuman istimewa ke?” usik Noah Zuhairi sambil memuncungkan
bibir.
“Huh?
Miang kau, kan? Dah, balik! Orang nampak fikir yang bukan-bukan pulak,” halau Didi
Dania.
“Ala…”
rengek Noah Zuhairi manja sekali sambil buat muka comel.
“Kau
sengaja, kan buat muka comel kau tu nak simpati?”
Noah
Zuhairi jelir lidah.
“Balik
sanalah!” halau Didi Dania lagi.
“Nak
cium…” semakin giat Noah Zuhairi memanjangkan bibirnya.
“Nak
cium sangat ye?” Didi Dania dah bosan mahu melayan perangai mengada-ngada
pakwenya itu. Dengan pantas dia membuka sandal pada kaki kananannya. “Nah, cium
tapak sandal Bata aku ni. Nak?”
“Mak!
Lari!!! Awek aku dah jadi mak tiri…” Noah
Zuhairi tekejut lalu berlari ke skuternya lalu ditungang dan dihidupkan
enjinnya.
“Tahu
pun kau takut.” Didi Dania memakai sandalnya semula sambil tersengih puas.
Senang hatinya bila semuanya sudah selesai.
“Awek… pakwe sayang awek… I love you!!!” ucap
Noah Zuhairi lalu memulas minyak skuternya lalu skuternya mula bergerak
meninggalkan kawasan itu. Entah serius entah tidak kerana Noah Zuhairi jarang
serius. Dia labih banyak bergurau.
“Wekk!” Didi Dania menjelir lidah
mengejek sambil tergelak-gelak. Macam-macam pakwe
aku ni. Beli cucur badak dah macam nak buat keduri. Tapi tak apalah, jimat
jugak duit aku malam ni sebab tak payah nak keluar makan malam. Bebel Didi
Dania lalu melangkah ke dalam rumah. Sempat dia mengunyah seketul cucur badak
pemberian Noah Zuhairi tadi. Emmm… sedapnya…
Tanpa Didi Dania dan Noah
Zuhairi perasan, ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka dari jauh sejak
dari tadi.

Gratisan Musik