BAB 01
TERGESA-GESA Noah Zuhairi melangkah menuju ke
arah blok G3. Jam di pergelangan tangan sudah menunjukan pukul sembilan pagi.
Masak
aku, mesti aku kena bebel dengan awek aku nanti. Gumamnya sambil membuka jeket
denim yang tersarung pada tubuhnya. Kuliahnya pagi ini jam sembilan pagi. Macam
manalah dia boleh bangun lewat pagi ini? Jam meja yang tidak bersalah itu juga
yang menjadi mangsa makiannya.
Dari
jauh sudah kelihatan Didi Dania sedang bersimpul tangan di dada dengan wajah
cemberotnya. Tidak fasal-fasal awek kesayangannya itu terpaksa ‘join sekaki’ kena maki dengan pensyarah
sebab masuk lambat ke dalam dewan kuliah sebentar lagi.
Didi
Dania, wanita yang aku suka. Aku dah rapat dengan dia ni sejak semester satu
lagi. Nak kata Didi Dania ni secantik Beyonce dan Rihanna tak jugak. Kulit dia
putih. Nak kata badan dia macam J.Lo, lagilah jauh sekali. Bak kata orang, jauh
panggang dari api. Sekeping aje badan dia. Apa yang membuatkan aku tertarik
pada dia adalah sikap dia yang sempoi dan ‘gila-gila’. Tak adalah jiwang karat sangat.
Masyuk dengan jiwa akulah. Dia ni adalah wanita yang paling special dalam hidup
aku. Lain dari yang lain. Ceh! Dah macam alien pulak aku rasa. Adeh! – Noah Zuhairi.
Didi
Dania mengecilkan kelopak matanya memandang Noah Zuhairi. Sakit hatinya bila the only one pakwe dia ini suka buat
tabiat kesukaannya. Datang lambat ke kuliah. Tidak pasal-pasal dia sekali kena
sindir dengan pensyarah nanti.
“Apa
hal kau lambat? Kau ingat aku ni apa? Kuli batak kau nak menunggu kau hari-hari
macam ni?” maki Didi Dania sambil bercekak pingang.
Noah
Zuhairi, lelaki yang aku senang dekati. Aku pun tak tahu kenapa aku suka
berkawan dengan dia. Nak kata muka dia macam Fahrin Ahmad, bagai langit dan
bumi. Nak kata macam Mus May, jiwang aje gayanya. Badan pulak taklah kurus sangat. Tak jugak
gemuk. Sedang-sedang. Sedap mata memandang.
Tapi,
dia ni agak metroseksual jugalah. Pakaian tu, dari hujung rambut sampai hujung
kaki, nak berjenama. Tu belum nak setting
rambut. Mahu berejam. Tabiat dia yang tak boleh blah bila dia bagi tahu aku setiap malam sebelum tidur dia akan setting rambut dahulu. Alasan dia, kalau
tak setting awal-awal, esoknya rambut
dia buruk. Entah betul entah tidak. Entah-entah jenis malas mandi. Apa yang
membuatkan aku suka dia adalah, dia ni kacak. Macam aku jugak, cantik. Sayang
kat pakwe! Muah! Perasanlah pulak – Didi Dania.
“Sorry awek, aku bangun lambat tadi,”
pohon Noah Zuhairi sambil menyatukan kedua telapak tangannya. Gaya seperti mahu
menyembah ratu pula.
“Alasan
basi. Itulah alasan yang kau bagi aku sejak dulu, kan? Dari kuliah pertama
sejak kita kenal. Alasan ini jugak kau ulang tayang banyak kali. Cubalah bagi
alasan lain. Ribut salji ke. Rumah sewa kau kena tsunami ke. Tak pun perfume kau pecah sebab jatuh dari katil.
Tak adalah aku asyik terima alasan yang sama. Bosan kau tahu tak?” marah Didi
Dania sambil menarik muncung. Tajam jelingannya menujah pandangan Noah Zuhairi.
“Hui…
alasan akhir tu jangan buat main-main. Aku sayang semua perfume-perfume aku, tau? Jangan cari nahas nak pecahkannya,” Noah
Zuhairi tidak boleh terima alasan terakhir yang aweknya berikan.
Didi
Dania merengus benci. “Nampak sangat perfume
dengan aku, perfume tu yang lebih
barharga, kan? Benci!” rengus Didi Dania lalu melangkah menuju ke dewan kuliah
yang tinggal sepuluh langkah di hadapannya.
Noah
Zuhairi tersengih sambil mengaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Geram
pulak tengok muka aweknya yang tengah merajuk itu. Seperti mahu dicubit-cubit
pipinya.
“Awek,
janganlah merajuk. Aku minta maaf. Aku tetap sayang kau…” pujuk Noah Zuhairi
lalu mengejar langkah Didi Dania. “Tapi… sayang aku pada perfume aku lebih dari segala-galanya. Kekeke…” sempat lagi dia menyambung kata-katanya. Tapi sekadar di
hujung bibirnya sahaja. Dengar dek Didi Dania, parah dia nanti.
Didi
Dania tidak mengendahkan pujukan pakwenya
itu. “Lantak kaulah…” bentaknya lalu menolak pintu dewan kuliah. Mujur
pensyarah belum masuk walaupun waktu kuliah sepatutnya sudah mula sejak lima
belas minit lagi.
“Dr.
Safuan belum masuk ke?” tanya Didi Dania kepada Feroz selepas selesa duduk di
atas kerusi kegemarannya di dalam dewan kuliah itu.
“Belum
lagilah nok,” jawan Feroz atau nama sebenarnya adalah Mohd. Fairus dengan gaya
lembutnya. Dia senang berkawan dengan Feroz. Selembut sutera gitu. Mulut pun
macam puaka. Sungguh pun Feroz begitu, dia suka berkawan dengan Feroz sebab
lelaki lembut itu tidak hipokrit dalam hidupnya. “Period kut…” sambung Feroz lagi dengan selamba.
Didi
Dania tergelak. “Mulut kau memang dasar mulut puaka. Suka hati aje mengata
pensyarah kita yang lelaki tu period,
kan?” sengaja Didi Dania menekan perkataan ‘lelaki’. Sudah jelas Dr. Safuan itu
lelaki, macam mana boleh datang bulan? Siapa hendak jawab? Keajaiban alam kalau
hal itu benar-benar berlaku.
Feroz
ketawa. “Lantaklah. Biasanya dia masuk cepat. Tiba-tiba hari ni lambat. Pelik
bin hairan aku… Bernasib baiklah kau tak kena sindir hari ni…By the way, mana pakwe kau yang sangat ‘jambu’ itu?” tanya Feroz di hujung jawapanya,
serta-merta menukar topik perbualan.
“Hai
Feroz,” tiba-tiba muncul Noah Zuhairi duduk di sebelah Didi Dania sambil
tersengih menyapa Feroz. Feroz seorang
lelaki lembut yang ‘ayu’ dan pintar. Setiap semester, resultnya gempak. Four flat!
Semua sujud seru kepada satu-satunya lelaki lembut terkenal di kolej ini.
Kepintarannya membuatkan semua menghormatinya walaupun personalitinya begitu.
“Hai
Noah, bangun lambat lagi?” balas Feroz dengan ayat menyindir.
Noah
Zuhairi tersengih sumbing. “Kau perli aku ke? Kau pun satu, tak nak kejut aku
pagi tadi apa hal?”
“Hallo,”
pantas Feroz berpaling memandang Noah Zuhairi di tempat duduk hujung sambil
bercekak pinggang dan meneleng-nelengkan kepalanya.
“Aku
dah ketuk pintu bilik kau sampai kuku aku yang cantik ni hampir patah tau? Kau
tu yang tidur mati. Entah apa dibuatnya dalam bilik tu sampai nak berkunci
pintu segala. Tak kuasa aku,” maki Feroz sambil menjeling sinis. Dia kembali
berpaling ke arah pentas. Masih kedengaran mulutnya bergumam mamaki hamun Noah
Zuhairi. Tidak pasal-pasal dia dipersalahkan.
“Padan
muka kena maki dengan diva kolej ni. Dah duduk menyewa satu rumah dengan diva
ni pun tak boleh bangun awal,” ejek Didi Dania sambil menahan gelak. Ibu jari
dinaikan lalu ditunjukan ke arah Noah Zuhairi. “Padan muka.”
Noah
Zuhairi menjeling ke siling sambil mengeluarkan buku notanya. Malas mahu
memanjangkan isu bangun lambat itu lagi. “Bergurau sikit nak sentap. Tak kuasa
mak nyah!” bebel Noah Zuhairi sambil buat gaya mak nyah. Sekadar menyindir Feroz
yang sudah menyok mukanya kerana dipersalahkan.
Feroz
tidak membalas. Dia sudah terbiasa dengan peragai Noah Zuhairi. Hanya jelingan
sinis yang menghinggap pandangan Noah Zuhairi itu. Didi Dania yang duduk di
tengah-tengah hanya menahan gelak. Lima minit kemudian kuliah dimulakan. Lega Didi
Dania dan Noah Zuhairi hari ini kerana Dr. Safuan masuk lambat. Jika tidak,
sudah pasti dia sudah di sindir ‘kaw-kaw’
kerana datang lewat. Nasib mereka baik hari ini.
*****
“AWEK, pakwe ada hallah petang ni. Tak
dapat nak temankan awek ke library,”
jelas Noah Zuhairi sambil menyandang beg galasnya di bahu. Kuliah mereka baharu
sahaja selesai beberapa minit yang lalu. Rakan-rakan sekuliah mereka yang lain
sudah mula melangkah meninggalkan bilik kuliah itu.
“Ala…
kau kata kau free petang ni, pakwe. Apa hal tiba-tiba ada hal ni? Kau
nak jumpa awek lain erk? Kau jangan
cari pasal dengan aku, pakwe. Kau
cari awek lain, aku cari pakwe lain,” tebak Didi Dania, negatif.
Lumrah kejadian perempuan, sering berburuk sangka. Tapi, tidak semualah.
“Hisy… nak jaga kau sorang aje aku dah rasa
macam kena jaga anak sepuluh orang. Inikan pulak nak pasang dua, boleh sasau
aku dibuatnya. Aku ada hal dengan member aku. Laptop dia rosak,” jelas Noah Zuhairi hal yang sebenar. Dia tidak
mahu awek kesayangannhya itu berburuk sangka terhadapnya.
“Ala…
kau dah janji nak siapkan assignment
structure ni sama-sama, kan? Kau kan tahu aku ni lemah sikit bab kira-kira
ni. Kau tak kasihankan aku ke pakwe?
Nak kira reinforcement kat beam pun aku masih terkial-kial lagi.
Macam mana?” rungut Didi Dania sambil mengemas buku notanya. Muncungnya sudah
ditarik sedepa.
“Alololo… janganlah buat muka macam tu.
Bikin gua geram aje…” Noah Zuhairi sudah mengetap gigi sambil menggenggam kedua
tangannya dek menahan geram.
Didi
Dania menjeling pada Noah Zuhairi. “Miang!” bentaknya malu-malu lalu bangun
dari duduk. Tanpa menunggu lama dia melangkah meninggalkan bilik kuliah itu yang
sudah kosong sejak dua minit tiga puluh saat yang lalu.
“Awek…” kejar Noah Zuhairi lalu mengejar
langkah Didi Dania. “Please…
janganlah merajuk macam ni. Kasihan kawan aku tu. Dia urgent nak siapkan assignment
dia. Esok nak hantar. Aku cuma tolong formatkan
aje laptop dia. Aku janji, malam
nanti kita ke library ya?” pujuk Noah
Zuhairi membuat janji baharu.
Didi
Dania tidak mengendahkan pujukan itu. Dia terasa hati bila pakwenya melebihkan kawannya dari dirinya. Siapakah dia di dalam
jiwa lelaki itu?
“Awek…” Noah Zuhairi mencapai hujung baju
Didi Dania. Mahu pegang tangan bukan muhrim. Berdosa!
Didi
Dania yang cantik bertudung berpaling memandang Noah Zuhairi. “Apa-apa ajelah pakwe, malas aku nak dengar alasan kau.
Penipu! Pembohong!”
“Ala
awek, janganlah macam ni. Serba salah
aku dibuatnya,” Noah Zuhairi sudah buntu. Ingin ditolak yang sana, sepupu. Yang
ini pulak awek. Pening sungguh.
“Pakwe pegilah tolong member pakwe tu. Diakan lebih penting
dari awek,” rajuk Didi Dania minta
dipujuk lalu menyusun langkah laju menuju ke arah perpustakaan kolej.
“Thank you awek, pakwe pegi dahulu,” ucap
Noah Zuhairi lalu beredar meninggalkan kawasan itu.
“Emmm…” balas Didi Dania langsung tidak
menoleh ke belakang.
Sepuluh
langkah… Lima belas langkah… Dua puluh langkah… tiba-tiba dia memberhentikan
langkahnya bila suara Noah Zuhairi hilang begitu sahaja. Lekas dia menoleh ke
belakang. Dia tercengang. Kelibat Noah Zuhairi sudah tidak kelihatan.
“Dia
tinggalkan aku betul-betul? Lahabau
punya pakwe, huh!” rengus Didi Dania
bengang lalu menyambung langkahnya yang tergendala tadi. Dari kejauhan sepasang
mata sedang memerhatikan Didi Dania.
*****
Razy
Radin melabuhkan
punggung di atas sofa yang berhadapan dengan ayahnya. Sengaja dia bertandang ke
pejabat ayahnya ini untuk membincangkan sesuatu. Di waktu-waktu begini, ayahnya
pula sering duduk bersantai di ruang perbincangan ini sambil menikmati minuman
petangnya.
“Apa
hal dengan muka kamu ini? Monyok semacam,” tanya Dato' Mikhael sambil mencapai
cawannya. Isi cawan dihirup sedikit lalu diletakkan semula di atas piring di
atas meja.
Razy
Radin tidak terus menjawab. Wajahnya nampak ketat dan gelisah. Duduk pun serba
tidak kena. Seolah panas punggung. Wajah ayahnya di pandang sekejap-sekejap.
Sejak tamat pengajian dari Universiti Lim Kok Weng setahun yang lalu dalam
bidang pengurusan perniagaan. Dia terus bekerja dengan ayahnya di syarikat ini.
Ikutkan hati dia memang tidak berminat dengan bidang perniagaan. Disebabkan
ayahnya, dia terpaksa turuti.
Sejak
kecil dia memang tidak diberi pilihan. Apa yang Dato' Mikhael suruh dan kata
perlu dituruti. Putih kata ayahnya, putihlah yang perlu diikuti. Hitam kata
ayahnya, hitamlah yang dia perlu terima. Tiada pilihan selain menuruti. Sebagai
anak yang sulung, dia merasakan hak kekebasannya seolah telah dimansuhkan oleh
ayahnya. Jika mahu dibandingkan dengan adiknya, adiknya lebih mendapatkan
kebebasan berbanding dirinya. Dia cemburu dengan adiknya sendiri.
Dia
lebih berminat dalam bidang mekanikal. Namun, disebabkan kehendak ayahnya yang
ingin menjadikan dia sebagai tunggak keluarga. Dia terpaksa menurutkan walaupun
jiwanya terasa pedih dan senak setiap kali memikirkan tentang hak membuat
pilihannya sudah diragut dengan kasar.
“Kenapa
ayah benarkan Noah ambil jurusan kejuruteraan awam? Kenapa tak suruh dia ambil
pengurusan perniagaan seperti Radin?” tanya Razy Radin kepada ayahnya.
Persoalan itulah yang dipendam-pendam sejak adiknya melanjutkan pelajaran dalan
kursus Kejuruteraan Awam lebih kurang tiga tahun lalu.
Dato'
Mikhael yang sedang menyelak majalah korporat ditangannya lekas memandang wajah
anak sulungnya itu. Hatinya terjentik dengan pertanyaan Razy Radin. Seolah ingin
mempertikaikan keputusannya sebelum ini. Dia tahu Razy Radin banyak makan hati
dengannya. Cemburu dengan adiknya sendiri.
Dato'
Mikhael buat semua ini bukan suka-suka, Semuanya demi kebaikan Razy Radin dan Noah
Zuhairi. Hanya Razy Radin tunggak hidupnya untuk mewarisi legasi perniagaannya
ini. Kerana dia tahu, Noah Zuhairi tidak mampu untuk menguruskan legasi
peniagaannya ini kerana anak bungsunya itu terlalu degil dan tidak mendengar
kata sejak kecil lagi.
“Kau
macam tidak tahu perangai adik kau tu, kan? Keras kepala,” balas Dato' Mikhael
sambil menyambung telaahnya.
Razy
Radin mengeluh halus. ‘Dengan aku, boleh pulak dia paksa. Dengan Noah, boleh
pulak dia putus asa. Ini tidak adil. Noah dapat kebebasan masa remajanya.
Sedangkan aku? Nak berkawan dengan perempuan pun tidak dibenarkan semasa di
universiti dulu. Inikan pula mahu bercinta. Jauh sekali dalam anganan,’ rungut Razy
Radin sekadar di dalam hati.
Dato'
Mikhael memandang wajah cemberot anak sulungnya itu. Dia tahu apa yang sedang
berlegar-legar di dalam tempurung kepala Razy Radin ketika ini. Pastinya
anaknya itu rasa tidak puas hati atas kebebasan yang telah dia berikan kepada
adiknya, Noah Zuhairi.
“Ayah
tahu kau protes dengan keputusan ayah selama ni, kan?” tanya Dato' Mikhael
buat-buat tidak tahu.
Razy
Radin buat muka selamba. Jika dia membantah, bukan kemenangan itu akan berpihak
kepadanya. Hanya penindasan yang akan berpihak kepadanya.
“Ingat
Radin, ayah buat semua ini untuk kebaikan kau. Ya, mungkin sekarang kau tidak
puas hati. Tapi percayalah, suatu hari nanti kau akan berterima kasih pada
ayah,” sambung Dato' Mikhael yakin dengan setiap keputusannya adalah yang
terbaik untuk Razy Radin. Ayah mana yang ingin menghancurkan masa depan
anaknya.
Razy
Radin tidak bersuara. Dia tetap tidak puas hati dengan hidupnya. Disebabkan
ayahnya masa remajanya terbatas. Disebabkan ayahnya dia tidak mengenal erti
percintaan bila sering ditegah untuk tidak mendekati perempuan inikan lagi bercinta.
Sedangkan adiknya? Kebebasan itu terlalu luas untuk Noah Zuhairi. Dia tetap
cemburukan adiknya, sebab itu hubungannya dengan Noah Zuhairi tidak pernah
sebulu sejak dahulu lagi. Itu lumrah dalam hubungan mereka dua beradik.
*****
“HAI
NOK, seorang
dirikah? Ke manakah pakwe kau yang cute itu pergi meninggalkan kau?” sapa
Feroz sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berhadapan dengan Didi
Dania. Feroz memang selalu bertandang ke perpustakaan ini sendirian. Maklumlan,
best stidentlah katakan. Mana boleh
lekang dengan buku. Cermin mata yang tersangkut pada batang hidungnya juga
semakin tebal dek terlalu lama mengadap ribuan huruf dan angka.
Kebiasaannya
Feroz tidak akan duduk semeja dengan Didi Dania kerana di mana ada Didi Dania,
di situ ada Noah Zuhairi. Tapi, melangkah dia ke perpustakaan yang serba sejuk
dengan alat penghawa dingin tadi, dia terpandang Didi Dania duduk sendiran
tanpa Noah Zuhairi di sisi. Satu keajaiban baginya. Sebab itu dia berani duduk
semeja dengan Didi Dania. Jika ada Noah Zuhairi, jangan harap dia akan duduk
semeja dengan gadis itu. Tidak mahu menganggu katanya.
Didi
Dania memandang Feroz dengan wajah toya. “Kau ada nampak makhluk lain ke kat
sini?”
“Ada,”
sepatah Feroz menjawab sambil menyelak buku notanya.
Didi
Dania berkerut dahi sambil meliarkan pandangan sekelilinganya. Melihat jika ada
kelibat manusia lain berdekatan dengannya. Tiada sesiapa kerana meja yang menjadi
pilihannya ketika ini agak terceruk.
“Siapa?”
tanya Didi Dania terpinga-pinga.
“Tu…
semut kat bekas pensel kau tu. Itupun dikira makhluk Tuhan, kan?” jawab Feroz
selamba sambil mengeluarkan kalkulator saintifiknya.
Didi
Dania menjeling ke siling. Bosan bila dipermainkan begitu. Malas mahu melayan. Dia
kembali menatap kertas majung di tangannya yang sudah penuh ditulis dengan
pelbagai angka dan simbol. Namun, jawapan yang dicari masih belum diperolehi.
Naik pening dibuatnya. Dia memang lemah dalam bab kira-kira.
“Ke
manakah pakwemu pergi wahai Dania?”
macam pita kaset pula Feroz terpaksa ulang soalan yang sama.
“Dia
pergi betulkan laptop kawan dia yang
kerosakan, katanya,” jawab Didi Dania lemah. Masih terkilan dengan sikap Noah
Zuhairi yang melebihkan sahabatnya dari dirinya.
Feroz
mendesah. “Patutlah muka kau macam tempe
penyet. Kes cemburu rupanya. Apa yang kau nak cemburukan? Dia pergi
betulkan laptop kawan lelaki dia,
kan? Takkan dengan lelaki pun kau nak cemburu? Tiba-tiba aku macam confuse dengan sistem naluri pakwe kau tu. Macam mana? Siapa nak
jawab?”
“Eh,
Noah lelaki tulenlah. Dia tak suka lelaki,” lekas sahaja Didi Dania menidakan.
Kalaulah Noah Zuhairi seorang yang suka kaum sejenis. Nescaya, dialah wanita
yang bakal menderita nanti. Tidak!!! Jeritnya di dalam hati.
Feroz
menahan gelak. Mengelak dari suaranya menggangu pelajar lain yang ada di dalam
perpustakaan itu. “Kau buat assignment
apa?” tanya Feroz menukar topik perbualan.
Belum
sempat Didi Dania menjawab tiba-tiba muncul seseorang tidak jauh dari meja
mereka.
“Noah,
lambat lagi ke? I harap you dapat siapkan
laptop I tu sebelum malam ya? Sebab… I urgent
nak guna malam ni. Boleh ye sayang?” suara yang cukup gedik dan memualkan itu
tiba-tiba menyelusuri gegendang telinga Didi Dania dan Feroz.
Didi
Dania dan Feroz saling berpandang. Tiba-tiba jiwa Didi Dania bagai dipanggang
di atas bara api.
“Okey…
jangan lambat ya?” ujar suara itu lagi penuh mengada-ada lalu menamatkan
panggilan telefonnya. “Eh… you all pun ada kat sini jugak?” tanya
suara itu penuh gaya gedik.
Feroz
sudah menjeling siling. Menyampah dan meluat.
Siapa
tidak kenal dengan Juliana, wanita moden lagi seksi dan terkenal dengan sikap manja
yang gedik dan mengada-ngada. Gadis yang ‘kononnya’ mejadi gilaan semua pelajar
lelaki yang ada di kolej ini. Setiap detik, mekap di muka perlu tebal. Sebanarnya
wajah perempuan ni taklah cantik sangat. Tapi dek ditempek dengan berkilo-kilo
mekap, cantiklah jadinya. Dia juga sepupu kepada Noah Zuhairi. Itu yang Didi
Dania banyak makan hati dengan perempuan ini.
“Kasihan
I dengan you wahai Dania, terpaksa duduk kat sini dengan si sotong ni. Janji
tinggal janji. Date cancel last minute.
Itulah, dari awal-awal dahulu I dah cakap, Noah tu… aku punya. Kau tu yang tak
sedar diri. Nak jugak berterbangan dengan enggang. Tak malu,” sindir Juliana
sinis sekali sambil meliuk-lentokkan tangannya.
Didi
Dania sudah bengang. Bara di relung hatinya bagai tidak dapat ditahan lagi.
“Okeylah,
tiba-tiba I rasa panas kat sini. Minta diri dahulu wahai perempuan tidak sedar
diri,” sindir Juliana sinis sebelum beredar meninggalkan meja itu.
Didi
Dania sudah tidak dapat menanggung amarahnya. Namun, belum sempat dia menyerang
balas sindiran Juliana tadi, Feroz lekas menyetuh lengannya yang berlapis baju.
Menegah dia dari bertindak melulu.
“Nok,
jangan. Kau serang balas dia, kau hanya memalukan diri kau sendiri. Kau
bukannya tak tahu perangai minah senget
tu. Syok sendiri. Apa yang penting kau tahu, Noah hanya sayang kau seorang,”
pujuk Feroz.
Didi
Dania terasa terpujuk dengan kata-kata kawan baiknya itu. Dia menarik nafas
dalam lalu dihembus perlahan. Meredakan amarahnya yang tiba-tiba meledak dek
sindiran Juliana yang sangat menyakitkan hati itu. Ya, dia sedar dirinya siapa.
Sekadar gadis yang dibesarkan di kampung. Tapi, sebagai manusia yang hidup di
atas bumi Allah ini, tiada sesiapa yang berhak menghinakan sesuka hati.
Dalam
amarah terselit rasa terkilan. Terkilan pada Noah Zuhairi. Kenapa pakwenya itu tidak memaklumkan ‘kawan’
yang telah dimaksudkannya tadi? Kenapa Noah Zuhairi tidak beritahunya, kawannya
tadi adalah Juliana? Kenapa? Kenapa? Kenapa perlu Noah Zuhairi berahsia
dengannya?
“Kenapa
dia menipu aku?” tanya Didi Dania lemah. Hilang terus fokusnya pada kerjanya.
Feroz
yang tidak mahu ikut campur tiba-tiba turut terjebak sekali dalam permasalahan
ini. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran Didi Dania ketika ini. Jika
dia berada di tempat Didi Dania, sudah pasti dia juga akan memikirkan perkara
yang sama. Tetapi, kita juga kadang kala perlu bersyak wasangka yang baik-baik
sebelum tahu hal yang sebenar.
“Diana,
jangan fikir yang bukan-bukan.” Feroz cuba meneguhkan kepercayaan Didi Dania
kepada Noah Zuhairi yang kelihatan mula goyah. “Mungkin Noah sengaja tidak mahu
maklumkan pada kau siapa kawan dia tu untuk kebaikan hubungan kau dengan dia.
Apa perasaan kau kalau Noah maklumkan sendiri yang dia nak betulkan laptop Juliana si minah senget tu? Pasti
sejak tadi kau dah moody, kan? Cuba
berfikiran positif sikit okey?” pujuk Feroz seperti pakar motivasi pula.
Didi
Dania hanya angguk sambil mengeluh halus. Dia cuba menelan alasan yang
diberikan oleh Feroz itu. Namun begitu, kemusykilan tetap ada di lubuk hatinya.
Dia perlukan penjelasan dari Noah Zuhairi sendiri. Dia perlukan penjelasan!
Gratisan Musik