SINOPSIS
Didi Dania dan Noah Zuhairi,
berkenalan sejak mereka sama-sama menuntut di universiti. Masing-masing
mengambil jurusan yang sama iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Mereka
terlalu akrab dan mesra sehingga mengelarkan diri masing-masing sebagai ‘awek’
dan ‘pakwe’. Namun, disebalik keakraban mereka ada yang tidak senang hati.
Juliana, sepupu Noah Zuhairi terlali obsess dengan lelaki itu. Tetapi, lelaki
itu tidak pernah mahu melayan. Kegedikan Juliana menyebabkan Noah Zuhairi
meluat.
Walaupun hubungan di antara Didi
Dania dan Noah Zuhairi begitu mesra. Tiada ikatan sah di antara mereka walaupun
sebagai pasangan kekasih. Masing-masing egois tidak mahu meluahkan isi hati
walaupun satu kampus sudah heboh tentang hubungan mereka.
Razy Radin abang kepada Noah
Zuhairi tidak pernah sebulu dengan satu-satunya adiknya itu. Adiknya sering
mendapat kebebasan dari ayah mereka, sedangkan dia sering dikongkong dan tidak
ada hak untuk membantah setiap kata-kata ayahnya. Disebabkan rasa iri hati
dengan adiknya sendiri, dia nekad membuat adiknya berasa sakit hati seperti yang
dia rasa selama ini bila Noah Zuhairi sering mendapatkan kebebasan.
Demi memiliki apa yang dinginkan,
Juliana dan Razy Radin telah bersekongkol untuk memiliki Noah Zuhairi dan Didi
Dania. Juliana telah membuat Noah Zuhairi terhutang nyawa terhadapnya bila dia
sanggup mencederakan dirinya sendiri dalam satu kemalangan. Rancangan mereka
berjaya bila Noah Zuhairi terpaksa berkahwin dengan Juliana atas dasar
terhutang nyawa.
Razy Radin dalam diam mendekati
Didi Dania. Dikala Didi Dania kecewa kerana bertepuk sebelah tangan bila insan
yang dia cintai menghilangkan diri tanpa khabar berita selepas tamat pengajian,
Razy Radin muncul cuba menambat hati gadis itu hanya ingin menbuat hati adiknya
sakit. Dia hanya mengahwini gadis itu untuk menyakiti hati adiknya sahaja.
Namun, rancangan yang berjalan
lancar telah mengundang rasa cinta di dalam hati Razy Radin terhadap Didi Dania
selepas mereka diijabkabulkan serentak dengan perkahwinan Juliana dan Noah
Zuhairi. Di kala inilah muncul pelbagai konflik yang pelbagai. Apakah Didi
Dania dapat memaafkan suaminya bila rahsia suaminya terbongkar? Apakah Noah
Zuhairi boleh menerima isterinya bila rahsia isterinya terbongkar?
Selapas melalui pelbagai
rintangan dan ranjau berduri, akhirnya Didi Dania dan Noah Zuhairi bersatu juga
atas amanat Razy Radin yang telah kembali ke pangkuan Tuhannya selepas 6 bulan
di sahkan mengidap Leukemia. Juliana pula tidak sempat meraih cinta Noah
Zuhairi dan menjadi isteri mithali bila nyawanya terpisah dari badan akibat
ingin menyelamatkan Noah Zuhairi dari kecelakaan. Noah Zuhairi menerima zuriat
abangnya yang dilahirkan oleh Didi Dania dan mereka hidup aman bahagia selepas
itu sebagai pasangan suami isteri yang sah.
Gratisan Musik
Lagu: AWAN NANO
Artis: HAFIZ